Sinaran matahari kian menyinari dunia. Manusia di muka bumi bekerja tanpa henti sepanjang hari seperti robot. Dia akui, dia sendiri pun begitu. Bekerja tanpa henti kerana pesakit kian bertambah dan bertambah. Ada yang kehilangan, ada yang selamat.
Air panas dihirup sedikit demi sedikit. Terasa panas di lidah namun, diabaikan oleh nya. Ixora Yasmin menghela nafas dengan tenang.
Hidup nya seperti permainan. Pagi dia kerja, malam dia tidur. Tiada apa yang menarik tentang diri nya sehinggakan teman sekerja nya menyuruh nya untuk mencari teman hidup. Namun, bagi Ixora itu bukan mudah baginya. Teman hidup? Ixora tersenyum nipis.
Hidup nya terasa seperti kosong. Seperti tin kosong yang di buang. Bukan dia tidak mahu mencari teman hidup, tapi dia tak layak. Tak layak untuk membahagiakan orang lain sedangkan diri nya cukup terasa sunyi sepi. Ixora tidak dapat menghiburkan diri nya. Dia jarang ketawa seperti teman sekerja nya. Yang dia tahu, hanya kerja... kerja...kerja.
Ixora masuk ke dalam bilik nya. Fail diselak perlahan. Pintu diketuk. Ixora mengarahkan orang itu untuk masuk.
Seorang nurse bersama seorang kanak-kanak kira-kira 7 tahun bersama ibu nya yang sedang mengandung masuk ke dalam bilik Ixora.
"Doktor Min, Puan Zara datang untuk periksa kandungan nya." Ucap nurse itu.
Ixora tidak mampu tersenyum manis hanya tersenyum nipis. "Puan Zara, mari kita buat pemeriksaan kandungan."
Puan Zara pergi ke katil. Langsir di tutup. Kanak-kanak kecil itu duduk sambil melihat sekeliling dan meja kerja milik Ixora. "Doktor Ixora Yasmin?" Soal kanak-kanak itu sendiri. Dia pelik.
Langsir dibuka. Ixora duduk semua di kerusi nya sementara itu nurse membantu Puan Zara untuk turun daripada katil.
"Kandungan Puan Zara sihat. Ada perubahan daripada sebelum ni, cuma saya nasihatkan Puan Zara jangan banyak lakukan kerja yang berat-berat. Kurangkan saja." Puan Zara hanya mengangguk lalu mengusap perut nya yang membesar hampir 3 bulan.
"Doktor, kenapa bilik doktor tak ada gambar keluarga doktor? Doktor tak kahwin lagi ke?" Soal kanak-kanak itu.
Ixora tersentak. Pertama kali dia disoal oleh kanak-kanak tentang diri nya.
"Maaf doktor. Ariff ni suka tanya macam tu. Maklumlah, teruja dapat baby baru." Celah Puan Zara.
Lama Ixora diam. "Tak apa. Ariff, doktor tak ada keluarga. Doktor hidup sendiri. Mama dengan papa doktor dah lama meninggal dunia. Doktor tak kahwin lagi." Balas Ixora.
Ariff tersenyum lalu memegang kedua pipi Ixora. "Doktor kena cepat kahwin sebab doktor baik. Doktor cantik, doktor banyak tolong orang. Ariff suka tengok doktor senyum." Ixora tergamam melihat kanak-kanak di depannya.
Ya Allah! Kanak-kanak ni seperti memahami nya. Ariff tahu dia susah nak senyum. Ixora tersenyum manis. Pertama kali, untuk sekian lama nya dia tidak senyum sehingga menampakkan kedua lesung pipit nya.
"Terima kasih Ariff." Pipi Ariff dicubit lembut.
Puan Zara dan nurse di dalam bilik itu melihat mereka berdua. Terharu. Nurse itu tersenyum gembira apabila melihat senyuman Ixora Yasmin. Sangat cantik bila doktor Ixora tersenyum. Kecantikan nya disorokkan daripada orang ramai, sayang nya doktor Ixora tidak suka senyum.
💞💞💞💞💞
Ixora berjalan untuk pergi ke wad. Tiba-tiba laluan nya dihalang. Doktor Edward berdiri di hadapan nya.
YOU ARE READING
The King Of Aarayan (Completed)
RomanceGenre : Romance, Action Published : Kehidupan Ixora Yasmin hanya biasa-biasa saja. Bukan seperti cerita-cerita di dalam novel mahu pun drama. Bukan lelaki kaya seperti di dalam cerita novel. Ixora Yasmin hidup bersendirian sejak sekolah menengah. T...