Bab 25

21.4K 1.1K 36
                                    

PRAGUE, CZECH REPUBLIC.

Kepala nya terasa sakit akibat tidur yang sangat panjang. Dia memegang kepala nya yang berdenyut-denyut. Mata nya kelihatan kabur apabila melihat sekeliling. Tempat yang sangat asing bagi nya. Ini bukan bilik di istana Aarayan. Ixora melihat sekeliling bilik, begitu juga struktur bilik. Sangat berbeza. Di mana dia sekarang ni?

Ixora bangun daripada katil. Dia melihat baju yang dipakai. Cepat-cepat dia terus menekup tubuh nya. Siapa yang tukar? Seingat nya, dia hanya memakai kemeja putih besar. Tapi pakaian yang dipakai sekarang ni, hanya baju nipis yang jelas kelihatan bra berwarna hitam yang dipakai nya, dan hanya memakai panties.

What the hell!!! Who is doing this? Ixora segera menarik comforter yang berada di katil. Dibalut tubuh nya dengan comforter supaya tubuh nya yang terdedah tidak kelihatan.

"Good Night." Suara itu terus membuatkan Ixora melihat pemilik itu. Dia pandang lelaki itu dengan penuh benci.

"Kau buat apa dekat aku, huh?!" Jerit Ixora.

Mikhail mendekati isteri nya dengan senyuman. Makin dekat sehingga Ixora hilang keseimbangan dan terbaring di atas katil.

Ixora sudah gelabah. Apa yang lelaki ni fikiran? Badan nya sudah disekat oleh Mikhail. Apabila dia meronta kuat, Mikhail tetap berada di atas badan Ixora.

"Kau buat apa ni? Lepas la!" Ixora menolak sekuat hati nya tubuh Mikhail yang berada di atas badan nya.

Mikhail tidak memperdulikan rontaan Ixora, malah terus mendekatkan wajah nya dengan Ixora. Sungguh dia rindu Ixora yang dulu. Kelembutan yang cukup menyenangkan bagi nya, tapi kini tiada lagi. Hampir mati akal dia memikirkan cara untuk memikat kembali hati isteri nya supaya jatuh cinta pada nya. Nampak nya bukan mudah untuk menawan hati Ixora sudah tawar hati terhadap nya.

Air mata Ixora mengalir tiba-tiba. "Kau hanya anggap diri aku sebagai bekas tunang kau kan? Kau anggap aku seperti orang lain, bahkan bukan sebagai isteri. Kau sanggup ketepikan perasaan aku, hati aku sebab kau masih sayangkan bekas tunang kau! Lelaki jenis apa kau ni!" Ixora menumbuk dada sasa Mikhail dengan kuat. Dia melepaskan geram pada Mikhail.

Ixora menumbuk sekuat hati, tangisan nya makin kuat tapi tumbukan nya tidak lari pada dada Mikhail.

Mikhail hanya membiarkan Ixora menumbuk dada nya. Biarlah jika ini membuatkan Ixora merasa lega. Sekurang-kurang nya Ixora dapat melepaskan geram dan tangisan nya.

Tangan nya menggengam kuat apabila kuku Ixora mencakar sekitar bahu dan dada nya. Aarrgghh! Namun Mikhail masih berlagak selamba. Dia tidak mahu menunjukkan lemah nya di depan isteri nya.

Hampir satu jam juga la Ixora menangis. Baru saja bangun daripada tidur, terus saja menangis, menumbuk dada Mikhail, cakar dada Mikhail. Semua nya kerana Ixora geram dan melepaskan marah nya pada lelaki itu. Biar dia rasakan seperti apa yang dia rasa di dalam hati.

Mikhail mengalihkan kedudukan. Dia bangun lalu pergi ke bilik air. Dia membiarkan Ixora menenangkan diri selepas menangis. Dia perlu membersihkan diri. Dapat lihat daripada t-shirt putih, ada kesan darah. Mungkin kesan Cakaran Ixora tadi.

🔹🔹🔹🔹🔹

CARLO IV, THE DEDICA ANTHOLOGY.

Pintu bilik air di tutup. Selesai membersihkan diri, Ixora terus duduk di sofa. Dia melihat Mikhail sedang menyiapkan kerja nya. Lelaki itu, walaupun ada masalah... Tapi dia masih dapat fokus pada kerja nya.

"Kita dekat mana?" Soal Ixora.

"Prague." Ixora terus membulatkan mata nya. Czech Republic? Dia angkut aku sekali dekat sini? For what?

The King Of Aarayan (Completed)Where stories live. Discover now