Kayu kayu diletakkan di dalam unggun api yang marak. Tiba-tiba saja hujan tanpa di duga. Amin pergi ke dapur untuk membuat air untuk Tengku Farisha.
Tengku Farisha berjalan di sekitar ruang tamu Amin. Sangat luas, ni kalau main kejar-kejar pasti puas. Dia tersenyum.
Mata nya tertumpu pada sebuah gambar yang tergantung di dinding. Gambar sewaktu dia, Amin dan Mikhail kecil-kecil dulu. Tengku Farisha tersenyum. Terharu nya lelaki ni masih lagi simpan gambar mereka sedang membuat belon udara.
Masa kecil la kami bertiga antara budak paling nakal. Sehingga kami berlari ke bandar-bandar dan kampung semata-mata melarikan diri daripada pengawal istana.
"Amin, kau still lagi simpan gambar ni?" Ucap Tengku Farisha.
Amin senyum. "Mesti la. Zaman kecil dulu adalah memori yang aku takkan lupakan. Zaman kecil itu yang mendidik aku bagaimana nak jadi seorang yang kuat!" Cawan diletakkan di atas meja. Amin mendekati Tengku Farisha yang berada di sudut gambar.
"Terharu nya. Aku punya gambar dah hilang." Ucap Tengku Farisha.
Amin hanya memerhatikan saja Tengku Farisha melihat gambar mereka ketika kecil. "Dulu ingat tak kau pernah tanya siapa crush aku?" Soal Amin dengan tiba-tiba.
Tengku Farisha terus menoleh memandang Amin. Dia ketawa tiba-tiba. "Never mind, dulu memang beria aku nak tahu siapa crush kau. Tapi sekarang tak kot, ye lah sebab kau pun dah besar. Perempuan mesti keliling pinggang dengan rupa kau macam ni." Dia cuba menafikan walhal dia ingin tahu siapa yang Amin minat.
"Macam ni? Macam apa?" Amin cuba main tarik tali, dia menyembunyikan senyuman nya apabila riak wajah Tengku Farisha berubah.
"Macam... not bad la. Ramai perempuan yang minat kau." Tengku Farisha menggaru pipi nya kerana tiba-tiba saja suara nya jadi janggal di depan lelaki ni.
Amin hanya mengangguk. "Tapi aku cuma kejar satu perempuan ni je. Dia nampak baik je, tapi dalam masa yang sama dia seorang yang tegas. Aku suka perempuan tu." Amin menceritakan ciri-ciri perempuan yang dia suka.
Senyuman Tengku Farisha seperti tidak ikhlas. "Mesti dia cantik kan. Beruntung nya kau dapat isteri macam tu." Suara Tengku Farisha agak kendur sedikit apabila Amin menyatakan ciri-ciri perempuan itu bukan seperti diri nya. Yelah, dia ni siapa kan kalau nak dibandingkan dengan ciri-ciri yang Amin sebut tadi.
Amin senyum. Dia perasan perubahan reaksi daripada Tengku Farisha. "Tunggu sampai masa nanti aku nak lamar dia sebagai isteri aku. Sebab aku tak boleh biarkan dia pergi jauh dari aku." Gumam Amin.
Namun luahan Amin membuatkan Tengku Farisha bertambah sakit hati dan terluka. Dia tidak mudah cengeng seperti Ixora, tetapi Tengku Farisha beriak biasa.
"Okay la, boleh aku tolong kau majlis nanti. Tapi takkan kau tak kenalkan aku dengan bakal isteri kau. Aku pun nak tahu juga macam mana rupa dia." Tengku Farisha senyum dan menepuk bahu Amin. Cuba dikawal perasaan itu.
Amin senyum. "Of course. No problem, sis. Aku set time nanti." Tengku Farisha hanya mengangguk.
"Errr... aku datang sini sebab nak bagitahu pasal Janna." Dia hampir terlupa tujuan nya datang ke sini. Lain pula jadi nya.
Amin terus menoleh memandang Tengku Farisha. "Janna?" Tengku Farisha mengangguk.
💙💙💙💙💙💙💙💙
Sejak tengahari Ixora tidak nampak kelibat suami nya. Di mana dia pun tak tahu. Apabila di tanya ummi, nenda dengan Janna mereka pun tidak tahu ke mana Mikhail pergi.
Ixora pergi ke kolam renang, kelibat Mikhail juga tiada di situ. Merata dia cari suami nya.
Bila di hubungi tidak diangkat. Voice mailbox yang keluar. Ixora mendengus lembut.
Ixora terus naik ke bilik nya, penat dah cari suami nya merata tempat. Asyik nak menghilang je. Geram betul. Masuk saja ke dalam bilik, dia melihat kertas yang bertulis di atas katil serta kain berwarna putih di atas katil. Dia mengerutkan dahi nya. Siapa yang bagi ni? Ixora baca surat tersebut.
Dear my beloved wife,
Sorry kalau Min cari abang sampai merata tempat. Abang ada permintaan untuk Min.
Please pakai baju yang dekat atas katil tu. Tepat jam 9 malam, nanti Min pergi Villa Phoenix. Bodyguard tunggu dekat depan pintu istana.
Jangan lupa pakai baju yang abang bagi tau. Thanks sayang.
From your husband,
Mikhail in heart.Ixora tersenyum. Sweet nya Mikhail. Dia mengambil baju yang dikatakan oleh Mikhail. Gaun berwarna putih dan ditabur dengan batu-batu yang berkilat. Namun apa yang dia tidak suka dengan gaun ni adalah gaun ni sangat singkat dan tidak berlengan dan sangat jarang pada bahagian dada. Gila ke apa Mikhail nak suruh dia pakai gaun seksi nak mati.
Ixora pergi ke walk-in closet untuk mencuba gaun itu. Sumpah dia tak nak pakai gaun ni. Apa saja permintaan Mikhail pasti aneh.
💙💙💙💙💙💙💙💙💙
Jam menunjukkan jam 8 malam, Tengku Farisha masih berada di rumah Amin kerana hujan masih tidak berhenti. Mungkin angin monsun berubah arah sebab tu Aarayan hujan sepanjang hari.
Masing-masing buntu tidak tahu apa yang ingin dibualkan setelah topik tentang rancangan sebenar Janna.
Tengku Farisha pula merasa janggal kerana Amin hanya duduk termenung. Leher nya digaru. "Ehmmmm... kita tengok movie jom. Kau mesti ada movie best kan?" Soal Tengku Farisha dengan memberikan idea untuk meluangkan masa sementara menunggu hujan berhenti.
Amin hanya mengangguk. "Good idea. Jom naik atas." Amin terus bangun meninggalkan Tengku Farisha.
Tengku Farisha hanya senyum. Dia membuntuti Amin naik ke tingkat dua. Tengku Farisha kagum dengan Amin dalam diam kerana bukan senang nak tengok orang bujang pengemas seperti Amin. Tingkat dua terdapat 3 bilik utama di rumah Amin.
Bilik pertama adalah bilik milik Amin sudah semestinya. Bilik kedua adalah bilik yang terbesar iaitu bilik khas untuk Amin berlatih menembak, so no wonder la Amin diberi pangkat besar kerana dia seorang penembak yang tepat dan handal. Dan bilik yang last adalah bilik untuk tengok movie. Dulu Tengku Farisha ingat lagi yang Amin akan buat untuk nya bilik khas untuk tengok movie. Jadi, dia tertanya-tanya adakah bilik movie ni Amin khas kan untuk nya kerana ingat lagi janji dulu? Tengku Farisha senyum sendirian
Amin melihat Tengku Farisha. "Kenapa senyum? Aku tak buat lawak pun." Ucap Amin. Dia pergi ke tayangan tersebut untuk memilih movie yang mereka ingin tonton nanti.
"Tak adalah, aku just teringat je masa lalu. Langkah bahagia nya kalau kita bertiga dapat berkumpul macam dulu, main kejar-kejar. Otak masih lapang lagi. Tak stress fikir pasal masa depan." Luah Tengku Farisha. Dia mengambil duduk di sofa yang empuk manakala Amin mengambil duduk di sofa single.
Amin melihat Tengku Farisha. Bukan dia tak nak luahkan isi hati nya kepada perempuan di depan nya, tetapi bukan masa nya. Sebab perkara lain lebih penting. Maaf kan aku kalau perasaan ni yang banyak buat kau terluka dan tertunggu-tunggu.
YOU ARE READING
The King Of Aarayan (Completed)
RomanceGenre : Romance, Action Published : Kehidupan Ixora Yasmin hanya biasa-biasa saja. Bukan seperti cerita-cerita di dalam novel mahu pun drama. Bukan lelaki kaya seperti di dalam cerita novel. Ixora Yasmin hidup bersendirian sejak sekolah menengah. T...