Hujan renyai-renyai membuatkan Ixora malas nak keluar daripada istana. Dua hari dia terpaksa berpisah dengan suami nya kerana hal kerja.
Macam ni ke rasa nya rumah tangga yang bahagia. Langsung tak boleh berpisah walaupun satu saat. Kalau boleh nak melekat je pada tubuh Mikhail.
Tiga hari lalu sambutan hari lahir nenda telah berjalan dengan lancar. Dia suka dengan keluarga Mikhail, walaupun sedang mengalami pergolakan. Tapi hati mereka tetap tabah.
Ixora pergi ke ruang tamu keluarga, tempat istirehat untuk keluarga Aarayan. Kelihatan Tengku Ziana sedang mengait benang.
"Umi buat apa?" Soal Ixora.
"Umi tengah kait benang nak buat baju sejuk. Tak lama lagi kan musim sejuk akan tiba, jadi umi nak prepare awal." Ucap Tengku Ziana.
Ixora hanya mengangguk. Dia suka melihat wajah Tengku Ziana, tenang, cantik.
"Min okay dengan Mika?" Soal Tengku Ziana.
Ixora hanya mengangguk. "Ailesha macam mana?" Soal Ixora. Dia rindu sangat dengan budak kecil itu. Senyuman nya sangat mempersonakan walau pun Ailesha adalah seorang yang kurang sempurna dari segi fizikal. Ye, dia bisu.
"Ailesha, alhamdulillah ada nampak perkembangan nya. Doktor cakap Ailesha dah boleh balik ke Aarayan minggu depan." Ucap Tengku Ziana dengan senyuman.
"Boleh Min tahu, Ailesha bisu sejak kecil ke?" Soal Ixora.
Tengku Ziana berhenti mengait. Dia memandang Ixora dengan wajah terkejut. "Min tak ingat apa-apa?" Soal Tengku Ziana.
Ixora mengerutkan dahi. Tak ingat? Apa kaitan dengan diri nya? "Min tak ingat? Min ada ke masa tu?" Soal Ixora. Dia ingin tahu apa yang sebenarnya terjadi.
"Ayah Min, kemalangan semasa berada di istana Aarayan. Min tak ingat?" Soal Tengku Ziana.
"Papa Min?" Ixora terus memegang kepala nya. Kepala nya terasa berdenyut-denyut apabila Tengku Ziana mengatakan tentang kemalangan itu.
Tengku Ziana terus merapati Ixora apabila Ixora mula ingin rebah dan pucat. "Min, kenapa ni?" Salah nya kerana mengaitkan perkara lalu.
Kepala nya sangat sakit. Ixora tidak tahan. Mata nya di pejam sekejap untuk menghilangkan rasa sakit. Namun, sakit kepala itu lebih mengusai diri nya dan pandangan nya terus gelap.
💞💞💞💞💞💞💞💞
10 tahun lalu.
Pintu makmal di buka, kanak-kanak berusia 12 tahun mendekati ayah dan ibu nya yang sedang melakukan kerja.
"Mama, papa... ni apa?" Soal kanak-kanak kecil itu.
Dr. Hyla mencangkung untuk menyamakan kedudukan dengan anak nya. Dia mengusap rambut ikal anak nya dan senyum. "Bila Min dah besar, Min akan tahu. Tapi sekarang ni, boleh mama dengan papa pinjam tubuh Min?" Soal Dr Hyla.
Lambat-lambat Ixora berfikir. Dia melihat sekeliling makmal, penuh dengan tabung uji dan cecair kimia dan banyak lagi yang dia tidak tahu tentang ni. Dia sendiri pun hairan apakah pekerjaan mama dan papa nya selama di Istana Aarayan.
"Mama takkan sakiti Min, sebab mama nak tengok bila Min dah besar mesti cantik macam mama." Pujuk Dr Hyla dengan senyuman manis nya.
Ixora mengangguk lemah. Dr Hyla senyum lalu mendukung tubuh Ixora dan di letakkan di atas katil. Cahaya di hadapan mata nya, membuatkan Ixora makin tidak keruan.
Namun apabila dilihat wajah mama dan papa kelihatan tenang dan tersenyum, diri nya bagaikan di pujuk. Dalam keadaan takut, Ixora memejamkan mata nya... terasa ada suntikan pada lengan nya. Ubat penenang.
YOU ARE READING
The King Of Aarayan (Completed)
RomansaGenre : Romance, Action Published : Kehidupan Ixora Yasmin hanya biasa-biasa saja. Bukan seperti cerita-cerita di dalam novel mahu pun drama. Bukan lelaki kaya seperti di dalam cerita novel. Ixora Yasmin hidup bersendirian sejak sekolah menengah. T...