Hampir satu hari Mikhail tidak sedarkan diri nya. Ahli keluarga di istana risau akan keadaan Mikhail sekarang ni.
Ixora masih setia menunggu Mikhail sedar. Dia tahu ini semula salah dia. Kalau diri nya tidak tidur di kamar Tengku Farisha, pasti Mikhail tidak pengsan dan masih tidak sedarkan diri.
Ixora menggengam tangan Mikhail lalu mencium berulang kali. Perkara sama dia melakukan seperti itu. Air mata nya tetap mengalir dengan deras tanpa henti sehingga dia tiada tenaga untuk bercakap.
"Min, sabar ye. Bonda sangat pasti Mika akan baik-baik saja." Tengku Ziana menenangkan Ixora di kala kesedihan.
"Tak... ini semua salah Min. Kalau Min tak tinggalkan Mika sorang-sorang dalam bilik, perkara ini takkan berlaku." Ixora mengelap air mata nya.
Ixora tergamam apabila Janna menengking nya apabila mendapat tahu Mikhail tidak sedarkan diri.
"You buat apa sampai Mika pengsan ni?" Soal Janna.
Ixora masih menangis. Dia tidak dapat fikir dengan waras, fikiran nya hanya Mikhail saja. Dia takut kehilangan Mikhail. Bukan untuk kali kedua.
"You dengar sini! Kalau you tak mampu jaga Mika, baik payah kahwin dengan Mika. Menyusahkan hidup Mika je." Janna menarik nafas nya. Dia juga takut kehilangan Mika. Cukup lah dia menahan rindu terhadap lelaki ini.
"Tak! Mika masih hidup! Mika takkan tinggalkan Min. Min sayang Mika. Min cinta Mika." Ixora menangis teresak-esak. Malang nya pengakuan cinta Ixora tidak dapat didengar oleh Mikhail sendiri.
Janna tersenyum sinis. "Sekali lagi you buat Mika macam ni! I tak teragak-agak untuk suruh you minta cerai. You're so careless! You're so mean!" Janna meninggalkan bilik tersebut.
Ixora duduk di lantai menangis teresak-esak. Maafkan saya Mika. Saya tak layak berdamping dengan awak, saya terlalu menyusahkan hidup awak.
Ixora duduk termenung. Terasa penat menangis, tapi dia tetap menunggu Mikhail sedar. Dia ingin minta maaf. Tolong lah Mika, sedar! Saya perlukan awak.
"Min ciwek." Suara itu membuatkan Ixora mendongak melihat Mikhail.
Suami nya sudah pun sedar. Syukur lah Ya Allah! Ixora terus menangis teresak-esak. Tak tahu lah kenapa, tapi sedih sangat. Dia menangis sebab takut kehilangan Mikhail dia menangis sebab gembira Mikhail sudah pun sedar.
Mikhail mengusap pipi Ixora dengan lembut. "Sejak bila Min jadi ciwek ni? Kuat menangis. Buruk lah muka Min. Abang tak nak isteri abang tua daripada abang." Pipi Ixora dicubit manja.
Ixora tetap menangis. "Maafkan Min. Kalau Min tidur dekat bilik ni, awak takkan pengsan."
"Jadi Min takut kehilangan abang?" Soal Mikhail.
"Mestilah!" Ixora jadi dengan yakin.
"Jadi Min cintakan abang?" Soal lagi Mikhail.
Ixora terus diam. Dia menggeleng kepala nya. "Tak! Sebab awak suka sakitkan hati saya."
Mikhail hanya tersenyum. Tak apalah, setidaknya Ixora tidak memarahi nya seperti semalam. Mungkin Ixora terlalu risaukan Mikhail sampai angin kemarahan nya lenyap.
Ixora bangun namun cepat dicapai oleh Mikhail. "Nak pergi mana?" Soal Mikhail.
"Nak pergi ambik makanan, awak dari pagi tadi tak makan lagi. Perut tu jangan biarkan kosong, takut sakit perut. Susah nanti." Bebel Ixora.
Mikhail hanya diam lalu menarik Ixora. Automatik tubuh Ixora terbaring di sebelah Mikhail. "Stay with me. I need your attention." Bisik Mikhail di telinga Ixora. Bahu Ixora dicium. Mikhail memeluk erat tubuh cilik Ixora.
YOU ARE READING
The King Of Aarayan (Completed)
RomansaGenre : Romance, Action Published : Kehidupan Ixora Yasmin hanya biasa-biasa saja. Bukan seperti cerita-cerita di dalam novel mahu pun drama. Bukan lelaki kaya seperti di dalam cerita novel. Ixora Yasmin hidup bersendirian sejak sekolah menengah. T...