Bab 40

19.3K 802 15
                                    

Tubuh nya terasa lemah apabila darah pada luka kaki nya mengalir keluar dengan banyak. Mikhail mengoyakkan baju nya lalu diikat pada luka nya.

"Min.... Min.... Min okay ke? Maafkan Mika sebab tak jaga Min. Mika bukan suami yang baik." Mikhail mengeluh. Dia memandang tingkap kecil yang memancarkan cahaya.

Lama dia memandang cahaya tersebut, terus dia bangun. Perlahan-lahan dia mengesot ke arah dinding berdekatan dengan tingkap. Lalu telinga nya ditekupkan pada dinding untuk mendengar sesuatu diluar.

Mata nya dipejam cuba menangkap bunyi di luar sana. 'Bunyi angin luar. Bunyi derapan tapak kaki, tapi dekat mana?' Mikhail kurang pasti dengan telahan tersebut.

Tiba-tiba bunyi loceng di dalam penjara membuatkan Mikhail terkejut. Dia hanya diam dan memerhati apabila kesemua askar di dalam penjara tunduk hormat pada seseorang. That bastard!!!

Tan Sri Tengku Hafidz berdiri di depan penjara di mana Mikhail berada. "Good morning my nephew. How your day now?" Dia gelak dengan besar apabila kerajaan Aarayan sudah menjadi tawanan nya. Akhirnya impiannya menjadi kenyataan.

"Kau memang lelaki durjana. Kau patut disular bersama keluarga kau. Kau dengan keluarga kau sama saja, gila terhadap kuasa dan harta." Mikhail hanya merenung tajam.

Tan Sri Tengku Hafidz hanya ketawa jahat. "Tapi aku juga gila dengan isteri kau. Did you see that?" Tablet ditayangkan di hadapan Mikhail.

Mikhail mengetap gigi nya apabila melihat Ixora diikat. Kemarahan nya makin membara apabila seorang lelaki mendekati Ixora lalu mencium tangan Ixora.

"Jangan sentuh isteri aku!!! Shit bastard! scumbg. Kau akan mati." Mikhail meludah pada wajah Tan Sri Tengku Hafidz.

Lelaki tua itu hanya tersenyum sinis. "Awasi dia  jangan sampai dia terlepas." Tan Sri Tengku Hafidz terus meninggalkan Mikhail di penjara.

Nafas Mikhail naik turun menahan amarah nya. Dia menjerit sambil menumbuk dinding. 'Min, maafkan Mika.' Air mata nya mengalir tiba-tiba.

IXORA mengetap gigi nya menahan sakit di kaki nya. Dalam keadaan dia sedang hamil, tubuh nya sedang lemah. Ixora melihat Tengku Farisha yang diikat dipenjuru dinding dengan tangan nya diikat ke atas. Dia kesian melihat Tengku Farisha, pasti sangat penat kerana berdiri sepanjang hari.

"Min, kau tunggu situ. Aku selamatkan kau." Tengku Farisha berusaha meloloskan tangan nya daripada ikatan.

"Tak... Aku tak nak kau tersiksa." Rintih Ixora.

"Aku dah janji dengan Mika untuk jaga kau, lindungi kau. Aku kena jaga apa yang Mika dah amanahkan dekat aku." Tengku Farisha mengetap gigi nya saat satu tangan nya hampir berjaya keluar daripada ikatan tersebut. Namun niat nya terbantut apabila pintu gudang tersebut dibuka luas.

Tan Sri Tengku Hafidz berjalan bersama beberapa lelaki bersuit hitam sambil memegang selaras senapang.

“Hello puteri raja Aarayan." Tan Sri Tengku Hafidz mendekati Ixora yang terkulai lemah.

Ixora memandang lelaki tua itu dengan pandangan kejam. Rasa meluat, walaupun darah daging Mikhail namun, lelaki ni adalah pengkhianat.

"Masihkah kau ingat, pada lelaki yang tergila-gilakan kau?" Muka Ixora terus pucat apabila melihat rakan sekerja nya dahulu berada di sini.

"Ed...Edward? Awak buat apa dekat sini?" Bibir nya menggeletar.

Edward tersenyum sinis. Dia mendekati Ixora. Ditilik setiap wajah wanita yang dia cintai, lebih cantik dan berseri. Mata nya berhenti melihat perut Ixora yang sedikit besar. Disentuh perlahan lalu dielus perut Ixora.

"Edward, please... Why you here?" Soal Ixora.

"To get you." Bisik Edward. Dia tertawa mengejek.

"Please Edward. Awak kena sedar yang lelaki tua ni just using you." Ixora meronta. Setiap sentuhan Edward, Ixora mengelak. Mikhail, where are you?

Satu suntikan dikeluarkan daripada beg kecil. Tengku Farisha meronta-ronta. "No!!!! You're bastard, scumbag, fuck you! Demi Allah, kamu semua akan merana seumur hidup."

Ixora sudah menangis teresak-esak. "Farisha, tolong selamatkan Mikhail." Pandangan nya mula layu apabila jarum suntikan itu dicucuk pada leher Ixora.

Bibir Tengku Farisha menggeletar, kepala nya digeleng berkali-kali. "Min, aku tak nak kehilangan kau. Lepaskan aku! Lepaskan aku la bodoh!" Kaki nya di sepak orang disekeliling nya namun, seperti tiada gunanya apabila seorang bodyguard Tan Sri Tengku Hafidz bertindak memukul menggunakan kayu pada kepala nya Tengku Farisha.

Tan Sri Tengku Hafidz tersenyum sinis. "Bawa mereka ke tempat lain. Pastikan mereka berdua berada berlainan bilik. Aku tak nak tengok sampah ni lagi." Dia menunjuk pada Tengku Farisha yang pengsan kerana dipukul.

Diam tiada rontaan, tiada rayuan inginkan tangisan yang ingin Tan Sri Tengku Hafidz dengar. Nilai kasih sayang dan belas ikhsan terhadap darah daging nya kini mati.



I'm back after berbulan bulan rehat now i'm back to finish this story. Huhuhu... Sorry semua, masing masing asyik reply je bila nak publish. So, author publish atas permintaan ramai. Thank u for support my story until now.

The King Of Aarayan (Completed)Where stories live. Discover now