Shower di tutup setelah selesai membersihkan diri. Amin keluar daripada bilik air dengan tuala dililit pada pinggang. Terserlah tubuh nya kekar yang mempunyai timbulan otot-otot ditambah dengan tubuh nya yang basah kelihatan berkilat menambahkan lagi maskulin dan seksi.
Tubuh nya disandarkan di sofa sementara rambut nya masih basah. Dia melihat luka pada bahu nya yang masih berbalut. Amin membuka balutan tersebut untuk memberi ubat pada luka akibat kesan tembakan daripada musuh nya.
Dalam maskulin pada tubuh Amin, namun kelihatan banyak parut-parut yang meninggalkan kesan ke atas tubuh Amin. Tapi bagi Amin, itu adalah perkara biasa dalam pekerjaan nya sebagai penembak tepat atau lebih dikenali sebagai snipper. Memang bukan perkara yang mudah bagi nya untuk menjadi snipper, tapi itu adalah tekad nya.
Bunyi loceng menandakan seseorang datang ke kediaman nya. Dan orang itu boleh lepas daripada pengawal keselamatan nya. Luka tersebut dibiarkan terdedah.
Amin pergi ke pintu utama da melihat gerangan orang itu daripada CCTV nya. 'Tengku Farisha?' Amin mengerutkan dahi nya sebelum membuka pintu.
"Farisha? Kau buat apa datang sini?" Soal Amin.
Tengku Farisha terus menekup mata nya daripada melihat Amin yang hanya memakai tuala paras pinggang saja. "Arrrr... tak boleh ke kau tutup apa yang patut dulu. Pastu bagi aku cakap."
Wajah nya panas apabila melihat Amin yang tidak berbaju. Gila ke apa! Lelaki ni dari kecik perangai nya masih tak berubah. Suka sangat tak pakai baju.
"Masuk je lah. Aku nak bersihkan luka aku dulu baru pakai baju." Amin terus meninggalkan Tengku Farisha yang tercongok di depan pintu utama.
Mata nya di buka perlahan, takut bila dia ternampak Amin yang separuh bogel tu. Kalau tuala itu terlucut sendiri, sia-sia je mata aku. Dah tak suci nanti untuk bakal suami aku.
Perlahan-lahan Tengku Farisha masuk ke dalam rumah Amin. Wow! Besar nya. First time dia masuk rumah teman rapat nya yang tak berapa nak dapat sebenarnya.
"Duduk..." suara itu membuatkan Tengku Farisha memalingkan wajah nya ke arah Amin yang sedang membersihkan luka.
"Ah?"
"Aku cakap duduk. Kau pekak ke apa?" Balas Amin.
Tengku Farisha membuat mimik muka meluat. Eleh, nak cari gaduh ke? Dia duduk bertentangan dengan Amin.
Mata nya meliar ke arah tubuh Amin. Wow! Seksi nya... tak sangka Amin ada rupa tubuh nya seksi. Setahu dia lelaki ni paling kuat makan sewaktu kecik-kecik dulu. Paling tembam la katakan.
"Kenapa? Tak pernah tengok free show?" Perli Amin. Bukan dia tak nampak Tengku Farisha asyik melihat tubuh nya saja. Dasar mata lelaki.
Tengku Farisha terus memalingkan wajah ke tempat lain. "Mana...mana ada. Tak selera aku nak tengok free show yang tak berapa nak show." Nafi Tengku Farisha.
Amin tersenyum nipis. Setelah membersihkan luka. Dia mengambil balutan untuk membalut luka nya pada bahu.
Tengku Farisha melihat Amin membalut luka nya sendiri. "Salah tu. Kau ni memang tak pandai balut luka sendiri ke?" Soal Tengku Farisha. Dia mendekati Amin lalu diambil balutan tersebut pada tangan Amin.
Diletak beberapa kapas dan kain kasa lalu di letak pada luka tersebut. Kemudian baru mengambil balutan tersebut. Tengku Farisha mengambil tempat duduk di sebelah Amin untuk memudahkan proses balutan tersebut.
Dililit luka itu dengan balutan dengan teliti supaya darah tidak keluar. Ketika Tengku Farisha membalut, tangan nya tersentuh pada tubuh Amin yang berotot-otot itu membuatkan wajah Tengku Farisha menjadi merah. Auwwww, seksi nya... arghhh! Sabar Farisha, dia bukan suami kau. Bakal suami pun tak ada, huhuhu...siapa lah yang sudi terima aku ni...
YOU ARE READING
The King Of Aarayan (Completed)
RomanceGenre : Romance, Action Published : Kehidupan Ixora Yasmin hanya biasa-biasa saja. Bukan seperti cerita-cerita di dalam novel mahu pun drama. Bukan lelaki kaya seperti di dalam cerita novel. Ixora Yasmin hidup bersendirian sejak sekolah menengah. T...