Bab 42

20.3K 807 36
                                    

Mata Ixora membuka sedikit apabila suara itu membangkitkan diri nya daripada pengsan. Dia melihat sekeliling, gelap nya. Di mana dia sekarang ini?

Anak mata Ixora berhenti apabila melihat wajah yang dia rindui, lama dia melihat wajah itu. Betul ke ni? Aku tak mimpi ke? Air mata nya mengalir deras apabila melihat kesan lebam pada wajah yang hadapan nya sekarang ni.

"Sayang, dah bangun." Mikhail terus membantu Ixora bangun sedikit.

Sayu hati nya melihat tubuh isteri nya sangat lemah. Sungguh dia tidak dapat menjaga isteri nya dengan baik, dia suami yang dayus. Apabila melihat tubuh belakang Ixora, air mata nya diseka. Mereka berjaya mengambil cip tersebut dari badan Ixora.

Ixora menangis kuat lalu memeluk leher Mikhail. Sungguh dia rindu akan suami nya. "Min rindu Mika. Min takut."

Mikhail hanya mengusap belakang Ixora untuk menenangkan isteri nya. "Ishhhh... I miss you too. Semua nya akan okay, don't worry."

Pelukan nya dileraikan. Ixora memandang wajah Mikhail. "Why?"

"Kenapa sayang?" Soal Mikhail.

"Kenapa muka ni lebam-lebam. Tak hensem dah." Monyok Ixora.

Mikhail senyum. Isteri nya ni sempat bergurau dengan keadaan macam ni. Anak mata nya terus tertancap pada perut Ixora yang berisi.

Baru saja Ixora ingin bersuara, tangan Mikhail terus melekap pada perut nya yang semakin membesar. "Assalamualaikum, apa khabar anak papa. Terima kasih sebab jagakan mama masa papa tak ada. Anak papa kuat." Mikhail bercakap lalu mengusap perut Ixora.

Ixora terharu melihat Mikhail berbicara anak di dalam kandungan nya. Ya Allah, bila semua ini akan berakhir? Aku tidak kuat untuk hadapi semua ini.

"Semua, pergi ke dataran sekarang. Ada sesuatu yang berlaku, ini arahan komander. Cepat pergi ke sana segera!" Arah salah seorang askar tersebut.

Kesemua askar yang berada di dalam penjara bawah tanah terus meninggalkan tempat tersebut membuatkan Mikhail dan Ixora tercengang.

Apa yang sudah berlaku ni? Mikhail terus mendekati dinding bawah tanah tersebut. Dia dapat merasakan sesuatu telah berlaku. Bunyi derapan kaki yang ramai dan beberapa das tembakan dilancarkan.

"Mika, what happened?" Soal Ixora. Dia menjadi takut.

"I think we're save now." Sedikit senyuman lebar terukir pada bibir Mikhail. Dia hanya perlu menunggu saja Amin tiba di bawah tanah. Good job bro, I know you can do this.

RAJA AMSYAR hanya memerhatikan keadaan daripada menara istana nya. Agak terkilan kerana serangan tersebut datang secara mengejut. Kesemua askar nya turun melawan askar daripada pihak lawan.

Tan Sri Tengku Hafidz mendekati Raja Amsyar. "Tuanku, hanya tinggal beberapa askar kita saja yang hidup. Kita tidak dapat bertahan lagi dengan pihak musuh, mereka mempunyai senjata api yang canggih. Kita kena hentikan semua ini." Dia tidak boleh menahan ini lagi. Dia tidak mahu mati awal sebelum dirinya menjadi raja.

Raja Amsyar hanya diam melihat askar-askar nya sudah mati katak. "Kalau macam itu, easy je nak hentikan. Kau cuma perlu serah diri kau kepada pihak musuh."

"Tidak mungkin saya akan menyerah diri." Masih lagi dengan ego Tan Sri Tengku Hafidz.

Raja Amsyar hanya ketawa. Dia melihat Amin yang berjalan bersama musuh nya. Sudah dia duga ini angkara Mikhail.

"Ambil Mikhail sekarang dan bunuh dia depan mata aku sebelum pihak musuh menceroboh penjara bawah tanah, sekarang!!!" Arah Raja Amsyar.

"Baik Tuanku." Tan Sri Tengku Hafidz dan beberapa askar terus bergerak ke penjara bawah tanah dengan segera.

The King Of Aarayan (Completed)Where stories live. Discover now