Tidur nya terganggu kerana bunyi kicauan burung daripada luar istana menyapa telinga Ixora. Ya Allah! Sudah pagi rupanya.
Ixora hendak bangun namun, pergerakan nya seakan tersekat oleh seseorang. Kelihatan Mikhail masih lagi nyenyak tidur sambil memeluk pinggang Ixora. Wajah Mikhail melekap pada leher Ixora. Seperti budak kecil yang memeluk ibu nya.
Like a cute child. Ixora tersenyum. Malam tadi buat pertama kali lelaki itu menangis di depan nya. Ego lelaki akhirnya ditundukkan apabila Mikhail sangat merindui ibu bapa nya.
Ixora menjarakkan sedikit kepala nya untuk melihat Mikhail tidur. Handsome... ni serius handsome, Ixora mengakui nya daripada diri nya. Jari nya dengan spontan bermain di sekitar wajah Mikhail.
Hidung mancung Mikhail diusik dengan jari nya. Pasti suami nya penat menangis kerana meluahkan segala yang tersimpan dalam hati.
Ixora tersenyum apabila Mikhail mengeluarkan suara seperti anak kecil merengek apabila diusik ketika tidur. Pelukan nya dikemaskan oleh Mikhail.
Ixora pula mengeluh. Sampai bila nak macam ni? Nanti Nenda dengan ummi cari, susah pula. Tapi dia takut Mikhail akan terjaga daripada tidur.
"Bonda... Mika rindu..." Mikhail mengigau.
Ixora mengerutkan dahi nya. Pagi-pagi sempat lagi mengigau? Parah ni. Nak tak Nak, dia terpaksa bangun.
Dia sempat mencium dahi Mikhail sebelum keluar daripada bilik Permaisuri dan Raja dan meninggalkan Mikhail yang sedang lena tidur.
💞💞💞💞💞
Tengku Ziana duduk di pondok Airis yang merupkan pondok kegemaran Raja Damien. Dia mengeluh lemah. Sampai bila dia akan berjauhan dengan Damien?
Dia rindu akan senyuman manis Damien, rindu suara Damien, rindu tentang Damien yang sering mengambil berat tentang nya. Dia suka akan sikap Damien yang mengambil berat terhadap orang lain. Dia memang layak digelar Raja, pemimpin kepada rakyat jelata nya.
Sikap dan perangai Mikhail sama seperti Damien, tapi Mikhail agak sedikit manja apabila bersama dengan permaisuri. Tengku Ziana tersenyum.
"Ummi..." Sapa Ixora.
Tengku Ziana memandang Ixora dengan senyuman manis.
"Min sihat?" Soal Tengku Ziana.
"Min sihat."
"Mana Mika?" Soal Tengku Ziana.
"Dia tengah mandi." Jawab Ixora.
Tengku Ziana tersenyum. "Min tahu kan tugas sebagai seorang isteri kepada putera mahkota?" Soal lagi Tengku Ziana.
Ixora hanya mampu menggigit bibir nya.
"Tapi kan Mika tengah mandi, takkan kena tunggu jugak?" Cuba untuk mencari alasan untuk menggelakkan diri.
"Min... tak kira walau apa pun, Mika tetap suami Min sendiri. Min kena tunggu Mika, sediakan baju Mika, uruskan keperluan Mika. Min tahu kan semua tu?" Soal Tengku Ziana.
Ixora hanya tersenyum sumbing. "Min gerak dulu. Bye ummi." Nak tak nak dia terpaksa juga menurut arahan Tengku Ziana. Tak boleh nak tentang, sebab Tengku Ziana merupkan ibu susuan Mikhail.
💞💞💞💞💞
Kepalanya terjenguk untuk melihat kelibat Mikhail di dalm bilik. Tak ada, masih mandi lagi? Nasib baik laa.
YOU ARE READING
The King Of Aarayan (Completed)
RomanceGenre : Romance, Action Published : Kehidupan Ixora Yasmin hanya biasa-biasa saja. Bukan seperti cerita-cerita di dalam novel mahu pun drama. Bukan lelaki kaya seperti di dalam cerita novel. Ixora Yasmin hidup bersendirian sejak sekolah menengah. T...