Bab 39

20.5K 944 33
                                    

Jam menunjukkan tepat 12 tengah malam, mata Ixora masih lagi segar memandangkan suami dan Amin masih belum pulang lagi. Hati nya seperti tidak tenteram dan risau terhadap mereka berdua.

Tengku Farisha sudah lelap. Bunyi ketukan pintu rumah, dengan pantas Ixora turun lalu berdiri di hadapan pintu. Senyuman manis, dia terus membuka pintu.... Namun, senyuman nya mati apabila kelibat yang berada di hadapan nya bukan lah suami nya mahupun Amin, tetapi.... Janna dan beberapa orang lelaki tegap datang ke villa nya.

"Janna...." Ucap Ixora. Dia berundur ke belakang apabila melihat senyuman Janna sangat pelik dan sukar ditafsirkan.

"Sorry dear... Aku terpaksa lakukan semua ni." Janna terus memukul kepala Ixora menggunakan kayu. Terus terkulai tubuh Ixora menyembah lantai.

"Angkat pompuan ni... Jangan sampai ada yang tahu plan kita." Arah Janna kepada lelaki tegap itu.

Dengan perlahan tanpa bersuara, tubuh Ixora diangkat tanpa memikirkan kandungan di dalam tubuh Ixora yang masih mentah lagi.

💙💙💙💙💙💙💙💙💙💙💙

Kepala nya berpinar-pinar. Mikhail cuba mengingati kejadian tadi, namun kepala nya terasa berdenyut-denyut. Sangat sakit. Dia memerhati sekeliling, tempat yang sangat suram dan gelap hanya berterangkan obor-obor di tepi dinding. Seperti nya, tempat ini sdalah penjara bawah tanah!

Baru saja Mikhail ingin bangun, terasa badan nya tidak boleh bergerak. Dia melihat tangan dan kaki nya di rantai dengan besi. "Ouh shit!" Mikhail cuba melepaskan rantai tersebut daripada tangan nya.

"Mikhail!" Jerit Amin.

Mikhail melihat sekeliling, tiada orang. Tapi di mana Amin?

"Aku dekat sebelah ni." Ujar Amin.

Perlahan-lahan Mikhail bergerak  dengan mengesot. "Kita dekat mana ni?" Soal Mikhail.

"Penjara bawah tanah kerajan Stanley. Kita tertangkap time kita training dekat tempat latihan kita. Tempat kita telah diserang." Ujar Amin dengan lemah.

Mikhail menghentakkan kaki nya yang di rantai dengan besi. Shit! Macam mana dengan Ixora? Adakah dia baik-baik saja? Ya Allah, lindungi isteri aku.

Dia melihat sekeliling penjara. Terdapat beberapa tentera yang sedang menjaga pintu keluar. "Amin..." Ujar Mikhail.

"Cari tempat keliling kau. Ada something weird tak?" Arah Mikhail.

Walaupun tubuh nya saat ini sangat lemah kerana ubat terlalu overdose diberikan sehingga boleh melemahkan tubuh nya, tetapi jiwa nya sangat membara untuk mempertahankan wilayah nya. Hati nya sangat risau memikirkan Ixora.

Mata nya melilau mencari sesuatu di sekeliling penjara tersebut. Pasti ada sesuatu untuk keluar daripada penjara ni. Dia tidak boleh berdiam diri di dalam penjara menanti kemenangan musuh.

Dengan kaki dan tangan berantai, Mikhail terpaksa mengesot sedikit demi sedikit untuk mencari jalan keluar. Pergelangan kaki nya luka memperlahankan pergerakan nya.

"Mika! Kau dengar tak?" Dinding batu itu diketuk lalu berbisik di dinding tersebut.

"Cuba kau cari betul-betul di blok dinding, ada blok yang pelik." Ujar Amin.

Mikhail mencari semua blok dinding. "Tak ada. Kau dah cuba bukak?" Soal Mikhail.

Amin terus menekan blok yang lain bentuk ke dalam. Terus lantai itu bergerak ke bawah. Badan nya terus terbaring. "Ada jalan rahsia." Ujar Amin.

Mikhail menggigit bibir nya. "Kau pergi dulu. Settle semua dekat luar." Arah Mikhail.

KEPALA NYA terasa berpinar-pinar kerana hentakan pada kepala nya. Ixora mengerutkan dahi nya. Otak nya cuba untuk mentafsir keadaan disekeliling nya.

Penglihatan nya agak kabur menyukarkan untuk melihat sekeliling. "Come on!" Ixora meronta-ronta.

Terasa tangan dan kaki nya diikat dengan tali pada kerusi. "Ouh shit!" Ixora mengetap gigi nya apabila kepala nya masih pening.

"Min..." Ixora cuba mencari suara tersebut dengan penglihatan kabur nya.

"Siapa tu?" Soal Ixora.

"Farisha. Min, nampak tak?" Soal Tengku Farisha.

Ixora hanya diam. "Kita dekat mana?" Soal Ixora .

"Kita tertangkap! Mika dengan Amin pun kena tangkap." Ujar Tengku Farisha.

Ixora terus mengalirkan air mata nya. "Mika... Min takut. Min tak boleh nampak." Ixora menangis teresak-esak. Dia juga risau kandungan nya terjadi apa-apa.


Sorry yal, sis terlalu busy smpi x sempat nak bukak wattpad. Banyak project, assignment semua. Final exam pun dah nak tiba. Huhuhuu. Tabah la😭

Sorry sangat sbb x sempat updated.

The King Of Aarayan (Completed)Where stories live. Discover now