Bab 19

21.9K 1.1K 103
                                    

Kaki nya diregangkan, sudah lama dia tidak berenang di kolam kegemaran nya. Swimming pool ini agak tersorok sedikit daripada istana. Kalau orang lalu, tak nampak sebab swimming pool ini private, jadi Mikhail tidak perlu risau untuk mencari ketenangan di sini.

Mikhail mengapungkan badan nya di atas air. Lama dia memandang langit biru awan yang sentiasa silih ganti bergerak mengikut putaran angin. Sungguh menyenangkan.

Kejadian petang tadi membuatkan Mikhail geli hati memerhati gerak geri isterinya. Sejak bila isterinya pandai berkata-kata? Sweet talker la, Min.

Pintu bilik ditutup. Kelihatan Mikhail sedang bermain handphone. Kalau lain tak bukan mesti main game atau buat kerja. Penat juga asyik tengok suaminya asyik bekerja, padahal dia sendiri langsung tak membantu suaminya.

Ya Allah! Dosa kah aku kerana mengabaikan suamiku? Tapi... Ixora mengigit jari telunjuk nya. Kau boleh! Jangan sampai Janna ambik Mikhail daripada aku!

Perlahan-lahan Ixora mendekati Mikhail yang sedang duduk di atas sofa. Kepala nya digaru. Tak gatal pun, tapi fikir macam mana cara nak pikat suaminya.

"Min boleh duduk ke?" Soal Ixora.

Mikhail mengerutkan dahinya. "Sejak bila Min pandai minta izin ni? Duduk lah, tempat abang, tempat Min juga." Mikhail menepuk sofa yang berada di sebelah nya.

Ixora duduk. Namun diam. "Min macam nak cakap something je." Mikhail pelik melihat isterinya tiba-tiba nak duduk sebelah nya. Biasa nya ada saja kerja nak dibuat supaya nak elak daripada Mikhail.

Ixora memejamkan mata nya. 'Kau boleh Min! Janna boleh goda Mika, takan dia tak boleh goda suami dia.'

Mikhail geli hati melihat reaksi wajah isterinya. Asal berkerut sangat dahi tu? "Min sayang, nak cakap apa? Macam important je. Cakap lah, abang tak marah pun." Mikhail meletakkan handphone nya dan memandang Ixora yang masih diam membisu.

"Errrmmmm... Min nak..."

"Min nak apa? Min nak abang ke?" Usik Mikhail sambil ketawa.

Ixora menjeling lalu mencubit lengan Mikhail. "Boleh tak awak jangan minta benda tu?" Marah Ixora. Mata nya dilirikkan.

"Habis tu, Min yang cakap lambat sangat. Abang sambung lah. Cepat lah!" Mikhail sudah menongkat dagu nya pada sofa.

"Awak penat ke?" Soal Ixora.

Mikhail mengerutkan dahi nya. Pelik. Lambat-lambat dia mengangguk. Penat tu penat, tapi dah biasa dah.

Ixora tersenyum. Dia mula mengurut lengan sasa Mikhail. "Awak penat, jadi Min urut. Kesian awak." Ixora menyumpah diri nya kali ni. Tak pernah seumur hidup dia mengurut badan lelaki.

Senyuman terukir, tapi pelik juga melihat perangai isteri nya. Sometimes okey, sometimes tak! Sometimes boleh buat diri nya tak keruan, sometimes geram bila isteri nya buat bodoh je. Rasa nak gigit je.

"Min tadi nak cakap apa? Min nak apa?" Mikhail berbalik kepada soalan isteri nya yang tertangguh tadi.

Ixora terus diam. Dia memandang Mikhail lalu tersenyum. "Min nak Mika ajar Min swim? Boleh?" Soal Ixora.

Mikhail senyum tapi dalam hati rasa nak gelak je. "Itu ke Min nak cakap sebenarnya." Hidung Ixora dicubit tapi Ixora menepis nya.

Ixora mengetuk kepala nya. Bodoh nya kau hari ni, Min!

Bunyi kocakan air kolam renang membuatkan Mikhail sedar daripada lamunan nya. Otak nya fikir pasti isteri nya yang masuk ke dalam kolam renang.

Terasa tangan Ixora melingkari pinggang Mikhail daripada belakang. "Min nak suruh abang ajar swim kan? Tapi jangan buat benda pelik boleh tak? Abang bila-bila je boleh out of control." Bebel Mikhail apabila tangan tersebut mula menjalar pada dada sasa nya yang terdedah.

The King Of Aarayan (Completed)Where stories live. Discover now