Part 22

12.2K 413 1
                                        

Doktor Alondra merenung tajam muka Edrian dihadapannya. Perasaan benci dan rindu bercampur aduk dalam dirinya. Setelah lama sesi renung merenung, Alondra mula membuka bicara.

" Aiden, follow me. And you, stay there. We need to talk" Kedua dua jejaka itu hanya akur terhadap perintah yang diberi oleh doktor muda ini.

Aiden membuka langkah untuk pergi ke ofis Alondra.

" So, Aiden, your wife condition is getting worse. Her mental is really at high pressure now. She'll be traumatized. I think the abuses are disturbing her. You really need to keep an eye on her as she's pregnant too, please Aiden. She's like a little sister to me, take care of her please," ujar Doktor Alondra penuh sayu mengenangkan nasib Edrianna yang trauma habis akan segala penderaannya.

Aiden hanya mengganguk. Rasa bersalah bertandang di hatinya. Semuanya salahnya. Dan juga lelaki tak guna itu. "Fadueq, aku takkan lepaskan kau!" azam Aiden.

" Your wife is awake now. You can visit her, she's okay. And I need to finish my business now, so excuse me," tambah Doktor Alondra.

Aiden yang tidak mahu sibuk dahulu tentang Alondra dan Edrian terus menjenguk Edrianna. Isterinya adalah his first priority now.

Dia ingin menelefon ibu bapanya, tetapi dia pun sudah lama tidak berjumpa mereka setelah pergaduhan  hebat mereka 3 bulan lalu ketika dia membawa Edrianna berjumpa keluarganya setelah mereka berdua berdamai.

                          *          *         *
Flashback

Dato Azmeer dan Datin Sarah menunggu kedatangan anaknya yang memaklumkan bahawa dia akan menjenguk mereka sebentar.

Kelihatan Aiden keluar dengan senyuman lalu bergegas membuka pintu kereta penumpang. Edrianna yang kelihatan sukar untuk keluar dari kereta itu terus tersengih melihat prince charmingnya menyambutnya di luar.

" Ha, fikir dah lupa rumah keluarga. Ni ha, kenapa kau bawak perempuan ni sekali?" tanya Datin Sarah kasar.

Aiden yang belum sempat menyalam tangan ibu bapanya itu agak terkejut dengan kata kata ibunya.

"Ma, what are you talking about? She's my wife, memanglah Aiden kena bawa dia," katanya pelik.

" Heh, alasan. Dah berapa bulan kandungan kau tu? Tu betul ke cucu aku yang sah, memang zuriat Aiden?" melenting Datin Sarah.

" Ma, apa yang mama cakap ni? Kita datang sini nak bawa berita gembira sampai sampai mama buat macam ni?" marah Aiden.

" Ha, tengkinglah ibu kau ni. Bela si sundal ni. Dah mak bapak kau buang kau, terhegeh hegeh nak anak aku! Mak bapak kau tu pun satu, kawan makan kawan. Kau tahu tak syarikat laki aku sikit lagi muflis akibat syarikat tak seberapa bapak kau tu! Macamlah aku sudi nak kawinkan anak aku dengan anak orang yang baru nak buka business?"hambur Datin Sarah lagi.

" Ma, Ed-" tapi percakapan Edrianna dipotong.

" Jangan pernah panggil aku mama!" herdiknya.

" Datin, Saya tak faham apa yang datin cakap. Sebab saya memang dah lama tak jumpa keluarga. Saya mohon maaf dari pihak keluarga saya atas kesalahan yang dilakukan"

"Memanglah kau dah lama tak jumpa keluarga, dah asyik menyundal mana nak ingat dunia wahai ahli neraka! Dan benda suci ni, tak mampu nak tutup dosa kau!" lalu Datin Sarah merentap tudong pemberian Aiden semasa dia memujuk Edrianna dulu.

Mengalir terus air mata Edrianna. Dia lantas mengambil cardigannya lalu menutup kepalanya. Datin Sarah yang berang melihat air mata Edrianna itu lantas menampar pipinya.

Edrianna jatuh tetapi disambut Aiden. Aiden memang bengang atas tindakan mama nya itu lalu mengherdiknya.

" Ma! Apa yang mama buat ni! Siapa mama nak hina isteri Aiden. Isteri ni lah pilihan hati mama dengan papa dulu! Apa semua ni? Mama memang dah melampau. Edrianna tak pernah sekalipun menjahati korang tapi korang je yang menganggap dia jahat. Kalau sebab kata kata Aiden dulu, semua tu memang salah Aiden, tak kira berapa jahat deraan Aiden, dia tak pernah ingkar, dia patuhi, sebab apa, sebab dia tahu yang isteri tunduk pada suami. Mana lagi perempuan yang sanggup buat macamtu? Dia tak pernah menyundal. Dia tak pergi layan mana lelaki sebab kebodohan Aiden kunci dia dalam bilik, biarkan dia tak socialize, now dari segi mana dia boleh menyundal? Fikir fikirkan lah. Aiden taknak kurang ajar. I love you so much tapi tindakan korang dah melampau. Aiden minta diri" tangan orang tua nya dicium.

Edrianna yang takut itu terus melutut lalu mencium kaki mertuanya. Tetapi, dahinya ditunjal oleh mereka sebaliknya. Aiden yang terkejut atas tindakan Edrianna itu terus menariknya masuk ke dalam kereta.

Kereta mewah itu pun meninggalkan rumah agam itu dengan linangan air mata.

End Flashback

                            *       *      *

Aloha! Ni je I mampu update. Terima kasih kerana sudi membaca. Love ya!

Penantian CintaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang