Aiden tersedar dari lenanya. Dia memandang sekeliling kawasan yang teramatlah ganjil buat dirinya itu.
Hospital? Bukan.
" Abang, are you okay?" tanya seorang wanita lembut sambil memeluknya dari belakang.
Aiden kenal suara itu. Itu suara Edrianna, isteri pujaan hatinya.
" Sayang? Ini betul ke sayang?" tanya Aiden lalu memegang pipi wanita itu.
" Yes love. Its me, your wife," lalu sebuah kucupan hinggap di bibir Aiden.
" Sayang. Abang rindu sayang, I'm sorry sayang," kata Aiden merayu.
" Shh abang, dari mula kita kahwin sampai sekarang abang tak pernah buat salah," balas Edrianna lalu memandang mata Aiden.
Air mata Aiden terus terusan menitik. Dia bersyukur dapat berjumpa Edrianna di tempat ini.
" Abang, abang tak salah. Ed yang salah sebab berahsia. Balik nanti, baca surat yang Ed bagi tau, jaga anak anak kita, Ed pergi dulu," kata Edrianna yang tersenyum manis. Namun, kelibatnya perlahan lahan pudar dari pandangan mata Aiden.
"Edrianna!" jerit Aiden.
Jeritan itu sedikit sebanyak menyedarkan mereka yang berada di sana.
" Abang, panggil doktor cepat!" arah Datin Syuhada melihat Aiden meracau tak tentu arah.
Dato Azmeer segera keluar lalu mencari doktor yang bertugas.
" Doktor! Tolong anak saya!"
Doktor Alondra yang baru sahaja keluar dari wad Edrianna terus pergi ke arah Dato Azmeer. Dia sebenarnya kenal keluarga Aiden namun mereka tidak mengenalinya.
" Doktor, tolong anak saya. Dia meracau dalam wad!" desak Dato Azmeer.
Mereka segera bergerak ke wad Aiden. Aiden yang bangun itu kelihatan mencengkam baju mamanya dengan api kemarahan yang membara.
Alondra terdiam sejenak. Adakah penyakit Aiden telah kembali?
Dia segera menghampiri katil Aiden lalu digosoknya belakang Aiden lembut.
" Aiden, enough" kata Alondra sambil melakukan hal yang sama dilakukan ketika Aiden tertekan dahulu.
Cengkaman Aiden semakin longgar. Dia mula memandang wajah Alondra.
"Alondra, bagitahu aku mana Ed. I need to see her, my kids need me!" bentak Aiden. Air matanya menitis tanpa henti.
" Aiden, kau tak sehat. Moreover, kau tahukan apa jadi dengan Edrianna. Redhakan Aiden. Dia taknak kau sedih macam ni. Anak kau memang aku tak tahu kat mana," balas Alondra yang sedikit menipu.
" Tak Alondra. Dia tak mati! Bini aku hidup lah!"
Dan ketika itu Aiden sekali lagi pengsan tidak sedarkan diri. Alondra segera merawatnya lalu membetulkan posisi tidurnya.
" Sorry Aiden. Aku tak berniat nak buat kau macam ni. Tapi biarlah kau menyesal dulu. Kau rasakan sakit yang Edrianna rasakan dulu," kata Alondra dalam hatinya.
* * *
Seraphina keluar dari rumah agam keluarganya. Berita kematian Edrianna membahagiakan dirinya. Ketua anti- gangsterism konon. Tengok dah ikut jalan sahabatkau si Rania.
Satu mesej diterima Seraphina.
Assalamualaikum Ina. Ni mommy.
Tolong jenguk Aiden.
She needs you.
YOU ARE READING
Penantian Cinta
RomanceHighest: [ #17 in Romance, #28 in Romance ] Kahwin Paksa? Ya, memang tipikal. Siapa sangka hidup Edrianna Rose bertukar 360° setelah di paksa untuk berkahwin dengan CEO yang keras kepala, Tengku Aiden Mikael. Mungkin sesetengah orang berasa bersyuk...