Real Epilogue

4.3K 91 4
                                    

Imaginasi.

Satu kata yang dapat mengambarkan apa yang telah terjadi kebelakangan ini.

"Jadi itu adalah gambaran dalam kepala Tengku tentang apa yang berlaku lima tahun kebelakangan ni?" soal satu suara wanita yang tidak asing di pendengaran Tengku Aiden.

Tengku Aiden hanya mengganguk namun dimatanya tampan sangat kosong tatapannya.

"Saya masih cuba menerima semuanya," jawabnya ringkas. Beg bimbitnya kemudian di ambil lalu dia pergi meninggalkan ruangan itu tanpa kata putus. Enjin keretanya segera dihidupkan dan dia terus memecutkan keretanya menuju ke satu tempat yang acap kali bermain di kepalanya.

***

Tanah Perkuburan Islam.

Tempat bersemadinya bidadarinya dan jiwanya pun bagai terkubur sama.

Batu nisan itu dicium lalu dipeluknya erat. Dia rindu haba badan dari jasad tersebut, bukan hanya kesejukkan batu nisan itu.

Edrianna Rose binti Aziz

Siapa kata ianya tidak mustahil untuk melahirkan empat anak dalam keadaan sakit tenat dan masih bisa bertahan. Edrianna juga merupakan seorang manusia lemah dan ianya sangat mustahil untuknya hidup.

Setelah melahirkan kembar ke-empat dan koma selama dua bulan, Edrianna Rose telah menghadap Sang Pencipta. Apa yang telah tertulis hanyalah khayalan dan imaginasi Tengku Aiden semata-mata.

Selama lima tahun dia menipu dirinya dengan berfikir bahawa Edrianna Rose hanya menipu dia dan kembali bangun semula dari alam kematiannya. Hakikatnya, tidak.

Sang bidadarinya telah lama menghadap pencipta dan meninggalkan empat malaikat kecil untuk menjaga Tengku Aiden di sini.

Anak-anak lah yang menjadi sumber kekuatan Aiden selama ini. Jika tiada mereka, pasti batu nisan nya sudah lama tertanam di sisi isterinya.

Penyesalan.

Itulah rasa yang menyelubungi ruang minda seorang Tengku Aiden.

Penyesalan atas perbuatannya terhadap isterinya. Bahkan dia juga tidak tahu jika isterinya pergi dalam keadaan dia tahu bahawa sang suaminya menyesali perbuatannya dan mencintai dia sepenuh hatinya.

"Sayang, abang datang lawat awak. Abang rindu sangat-sangat kat awak sayang," ujarnya menahan tangisan. Dia segera bangkit lalu membersihkan kawasan perkuburan Edrianna. Tiada lagi yang harus dibersihkan, bahkan bunga yang ditaburkan juga merupakan bunga baru setiap hari.

Tiada kata yang dapat menggambarkan betapa ingin gilanya seorang Tengku Aiden lima tahun kebelakangan ini. Mensia-siakan cinta tulus seorang wanita yang menerima dirinya apa adanya.

Dia telah belajar dengan cara yang paling sakit bahawa kekayaan tidak mendatangkan segalanya. Bahkan segala duit dan hartanya saja tidak mampu menyelamatkan isterinya dari maut.

Tidak lama dia menabur bunga di atas kubur isterinya, esakkan seseorang memenuhi ruang pendengarannya.

Kelihatan seorang pemuda yang menangis sambil memakan bekalnya ditepi sebuah kubur. Tengku Aiden segera mengesat air matanya lalu menghampiri pemuda tersebut.

Aurora Arabella binti Dato Mustaphar

Aiden segera menepuk bahu pemuda yang masih menunduk menatap bekas makanannya itu. Dia mengusap belakang pemuda tersebut sambil duduk diam disampingnya. Tengku Aiden sangat mengerti perasaan lelaki tersebut pada saat ini.

"Isteri?" soalnya setelah pemuda itu kedengaran agak tenang dari esakkannya.

"Saya sangat berharap dia sempat menjadi isteri saya," kata pemuda itu. Dia kemudian mengumpulkan tenaga untuk melihat raut wajah lelaki tersebut.

"Encik Tengku Aiden kan?" soalnya melihat lelaki itu. Siapa sahaja ahli perniagaan tidak tahu Tengku Aiden? Dia merupakan sosok terkenal kerana kemampuan nya dalam bidang perniagaan dan menjadi lebih dikenali apabila kematian isterinya yang jugak seorang tokoh perniagaan menjadi tajuk utama pihak media untuk beberapa minggu.

"Encik Zafriel?" soalnya setelah melihat wajah pemuda tersebut. Zafriel mengganguk lalu menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan lelaki itu.

"Encik lawat isteri encik ke?" soal Zafriel kepada Tengku Aiden. Tengku Aiden hanya mengganguk lalu menunjukkan pusara isterinya.

"Saya selalu kesini selepas habis kerja untuk makan dan becerita dengan dia. Itu merupakan rutin kami sewaktu dia masih bersama saya dahulu," luah Zafriel tiba-tiba.

"Tapi , itu sebelum saya buat keputusan paling bodoh dekat bumi ni. Saya sia-siakan dia dan pergi mencari kenangan lama. Hahah, bodohkan saya?" soalnya sambil tergelak kecil.

"Saya pun pernah sebodoh tu," ungkap Tengku Aiden. Mereka berdua kemudian hanya mampu mengeluh lemah kerana perkara yang lepas usah dikenang.

"Ok lah Encik Zafriel, saya kembali ke pusara isteri saya dahulu ya. Kita sama-sama kuatkan semangat ya encik," kata Tengku Aiden lalu memeluk Zafriel erat.

Bagaimana seorang yang sedang lemah ingin menguatkan seorang yang sedang lemah lainnya?

Bibirnya memang senang menuturkan kata semangat, tapi adakah semangat itu dalam dirinya sendiri terlebih dahulu?

Itulah lika-liku kehidupan. Tidak semua yang kita harapkan pasti terjadi. Tapi jika ini sudah aturan Tuhan, siapakah kita untuk tidak menidakkan?

Hidup dalam penyesalan kerana belum sempat meminta maaf sangat sakit. Kita tidak tahu sama ada orang tersebut pergi dalam keadaan dimana kita sudah mendapat kemaafan darinya.

"Abang harap sayang tahu berapa sayangkan abang dekat awak sampai saat ini sayang. Dan abang tak kan pernah berhenti untuk datang sini setiap hari meminta kemaafan dari pada awak," ujarnya lalu mengucup nisan Edrianna.

Dia kemudian memaksa dirinya untuk pulang ke rumah kerana dia sedar bahawa anak-anaknya hanya mempunyai dia sebagai seorang ayah dan ibu didalam hidup mereka.

"Jumpa esok sayang, I love you."

Ujarnya sebelum melangkah keluar dari tanah perkuburan itu. Dia sempat memandang ke arah Zafriel yang masih berusaha untuk menguatkan dirinya.

Sakit, sangat sakit.

Jika masa dapat diundurkan, terlalu banyak perkara yang dia ingin betulkan. Namun, semuanya mustahil. Perkara-perkara pahit yang telah terjadi akhirnya menjadi pengajaran terbesar dalam hidupnya.

Itulah pengakhiran kisah cinta Tengku Aiden dan Edrianna Rose.

Tiada fantasi, cuma realiti.

Tamat

**********************************************

Siapa sangka lepas 5 tahun Penantian Cinta buat comeback?

Memang apa yang terjadi sangat mengarut, kerana apa? Kerana ia merupakan fantasi Tengku Aiden. Ia bukan kenyataan yang dapat Tengku Aiden terima. 5 tahun jugak adalah tempoh dia hidup dalam fantasi yang diciptakannya sendiri (sama macam korang yang baca dari 2018😂)

Apapun terima kasih untuk sokongan anda semua. Ini lah the real end to Penantian Cinta. Terima kasih semua, love you guys❤️

Penantian CintaWhere stories live. Discover now