" Abang, jom makan, mama papa dengan adik-adik abang mana?" tanya Edrianna lembut setelah bertungkus lumus menyiapkan masakannya di dapur.
Dia menyeka segala peluh yang menintik di dahi. Terasa penat diseluruh tubuhnya tambahan lagi dengan keadaannya yang memikul dua anak dalam rahimnya tika ini.
" Jap, abang panggil," kata Aiden senada. Edrianna sedikit hairan melihat Aiden yang sebegitu. Selalu jumpa Edrianna macam kanak kanak dapat gula gula.
Edrianna turun ke bawah lalu menunggu mereka di meja makan sambil mengemas sedikit peralatan di dapur. Tanpa dia sedar, darah mengalir dari hidungnya akibat kepenatan.
Aiden yang baru turun tangga itu terus pergi kepada isterinya. Dia rasa bersalah akibat bersikap dingin sebentar tadi.
Dia melihat Edrianna yang membersihkan perkakas masak yang digunakannya sebentar tadi. Senyuman terukir di bibirnya lalu dia memeluk Edrianna dari belakang.
" Sayang, dah siap cedok makanan?" tanya Aiden lembut kepada isterinya.
Edrianna mencuci tangganya lalu berpaling kepada Aiden sambil tersenyum tanpa dia sedar yang hidungnya sedang berdarah.
" Sayang! Kenapa ni?!" tanya Aiden terkejut.
" Why? What's wrong?"
" Your nose is bleeding," balas Aiden sambil mengambil tisu untuk membersihkan darah tersebut.
" Oh, small matter! Hihi!" balas Edrianna. Padahal dalam hati memang takut habis sebab ni lah tanda penyakitnya sedang masuk tahap kritikal. Apabila hidungnya berdarah akibat lelah.
" Ya Tuhan, izinkanlah aku melahirkan putera puteriku ini terlebih dahulu sebelum Engkau mengambil nyawaku. Biarlah suamiku berbahagia bersama mereka sebagai ganti diri ku" Doa Edrianna dalam hati. Remuk hatinya melihat kondisinya yang semakin hari semakin parah.
Aiden masih dikuasai perasaan risau namun dia tidak mengendahkan semua itu kerana Edrianna dah cakap yang dia okay.
" Jap eh, abang panggil mama, papa, Ammar dengan Ammir kat atas," kata Aiden lalu mengucup pipi Edrianna. Edrianna hanya tersenyum lantas kembali dengan tugasnya. Sejujurnya kepala berasa sakit namun di sembunyikan semua itu dari pengetahuan Aiden.
Kelihatan kelibat mama dan papa Aiden datang dengan muka tegang. Aiden memimpin adik adiknya ke meja makan terlebih dahulu. Kelihatan senyuman terukir di bibir kembar itu.
" Ma, Pa, jemputlah makan, Edrianna tak tahu sangat apa korang suka but harap ni cukup," lembut dan sopan Edrianna menutur kan perkataannya namun sia sia kerana mertuanya masih melihatnya sebagai seorang gangster.
" Aiden, serious suruh mama dengan papa makan dari tangan pembunuh ni?" Tanya Datin Syuhada sinis. Aiden terus menayangkan muka tegang mendengar kata kata mamanya.
" Apa maksud mama?" Tanya Edrianna polos. Pembunuh? Siapa maksud mama?
" Kau nak berlagak alim depan aku? Tak perlulah! Mak bapak kau malu kot kalau aku cerita anak dia yang ayu ni sebenarnya seorang ketua gangster! Bodoh punya perempuan, mati mati aku percaya kau yang bertudung litup ni alim tapi perangai macam haram! Aku takkan pernah anggap janin yang kau kandung tu cucu aku! Aku haramkan dia berbin dan berbinti kan nama anak aku! Taknak aku darah pembunuh mengalir dalam keluarga aku jadi kau dengan anak kau boleh pergi mati! Aku harap kau koma waktu kau melahirkan anak tu nanti, tak tak pun mampus terus boleh juga!" hambur Datin Syuhada tanpa memikirkan hinaan dan sumpahan yang dilemparkan buat keturunan anak nya sendiri.
" Ma! Enough! Jangan sebab ayat Seraphina yang belum tentu benar tu menyebabkan mama meghina keturunan Aiden! Bukti pun takda mama terus tuduh melulu macam ni! Mama tahu tak tu anak Aiden! Jangan sampai mama menyesal dengan perbuatan mama ni!" jerkah Aiden yang marah atas hinaan mama nya itu.
Edrianna hanya menunduk ketakutan. Hatinya terguris akibat hinaan yang dilemparkan. Segala doa mertuanya supaya dia mati melahirkan menghancurkan hati ibunya. Dia meramas jari jemarinya untuk menahan air mata yang ingin merembes keluar.
" Heh! Korang nak bukti?! Ni bukti! Sekarang penjelasan dari tuan punya badan mana?!" kata mamanya sambil melemparkan gambar Edrianna dalam sut hitam sambil mengacukan pistol kepada seseorang.
Edrianna melihat gambar itu lalu tengiang ngiang kekalahannya sebelum mencuci tangan dahulu. Memang itu dia, tetapi dia tidak membunuh, dia melakukan itu atas sebab menuntut bela terhadap kawan baiknya, Keisha, yang meninggal akibat serangan Seraphina sebelum dia tewas diseksa oleh Fadueq dan Seraphina.
" Tak.. Gambar tu bu..bukan" bercelaru fikiran Edrianna untuk menjelaskan situasi sebenar. Dia tahu yang tiada siapa akan mendengar penjelasannya.
" Wait, so its true?! Dahlah, takpayah kau nak explain lagi, Dah muak aku dengan segala rahsia kau ni, aku ni laki kau tahu tak, aku minta maaflah kalau aku dulu seksa kau, tapi kau mafia kot, kenapa tak suruh orang orang kau bunuh aku? Kenapa kau buat aku rasa aku macam berkuasa! Dan jangan pernah terfikir nak anakkau berbin kan nama aku. Aku haramkan tu!" naik seoktaf suara Aiden. Sekali lagi, Edrianna semakin terguris. Penat lelah dia menjaga kandungan ini supaya menjadi kenang kenangan namun yang diberi hanyalah sampah! Tak guna! Dia mengorbankan kesihatannya demi kebahagiaan Aiden! Tapi, bagaimana dia ingin hadirkan perasaan benci itu kalau hati masih suka.
Mereka semua kemudian pulang semula ke bilik masing masing. Edrianna duduk di meja makan bersendirian sambil merenung nasibnya. Dia mengusap perutnya lantas bercakap dengan bayi bayinya.
"Kepada anak anak mama, jangan takut eh sayang. Mommy janji selagi mommy diberi kekuatan untuk hidup dan jaga Aryan Elman dengan Edryna Adelia, mommy akan buat yang terbaik. Ingat, korang masih ada atok, opah, paklong Edrian dan pakngah Edzry," dia terhenti apabila ada tangan lain turut mengusap perutnya.
" Kak long, jangan sedih tau, Ammir dengan Ammar janji kita jadi baby baik baik," kata si cilik Ammar. Ammir hanya menggangukkan kepalanya. Edrianna terhibur dengan tingkah mereka. Dia memeluk adik adik iparnya yang berusia 8 tahun itu.
" Dah dah, kerja rumah dah siap tak? Pergi siapkan, nanti kak long tak bagi main dengan baby bila dah keluar!" ugut Edrianna lagi. Terus berlari dua kembar itu menuju ke bilik mereka. Edrianna menggelengkan kepala. Terhibur juga hati melihat karenah mereka berdua.
* * *
Aloha! Guys, if ada yang korang rasa tak betul, just tinggalkan comment so saya dapat use as future reference.
As usual,
Vote and Comment!

ANDA SEDANG MEMBACA
Penantian Cinta
RomanceHighest: [ #17 in Romance, #28 in Romance ] Kahwin Paksa? Ya, memang tipikal. Siapa sangka hidup Edrianna Rose bertukar 360° setelah di paksa untuk berkahwin dengan CEO yang keras kepala, Tengku Aiden Mikael. Mungkin sesetengah orang berasa bersyuk...