Part 43

15.9K 438 24
                                    

" Edrianna!!" jerit Aiden lantang. Dia menyambut tubuh yang lemah dalam pelukannya itu.

Dia mengendong Edrianna secara bridal style lalu dibawa ke arah Alondra memandangkan dia tidak tahu wad Edrianna.

" Alondra! Where are you?! " jerit Aiden risau. Semua staf disana melihat kepada Aiden.

" Yes? Whats the problem?" tanya Alondra. Namun dia terlopong apabila melihat Edrianna yang tidak sedarkan diri dalam gendongan Aiden itu.

" How?! Kenapa hidung dan bibir dia berdarah?! Is it you?!" hembur Alondra pada Aiden.

" Tak Alondra. Nanti aku bagitahu but please rawat dia dulu please" rayu Aiden. Dia tidak sanggup jika tadi ialah kali terakhir dia memeluk Edrianna.

" Bawa dia ke wad. Ikut aku" lalu Alondra membuka langkah seribu dan bergegas memasuki wad tempat Edrianna.

Aiden disuruh menunggu disebalik tabir katil Edrianna. Aiden melilaukan pandangannya kesekeliling wad itu. Matanya tertumpu pada empat bayi di tepi bilik itu.

Kaki Aiden perlahan-lahan menghampiri keempat empat bayi comel itu. Aiden mengelus salah satu pipi mereka yang menyebabkan bayi itu terjaga dari lena.

Kerana terkejut, Aiden terus mengendong bayi itu lalu dia meredakan tangisannya. Dia melihat ke tag nama pada katil tersebut.

Aryan Emran bin Abdullah

Aiden tersentak. Kenapa nama ini sangat dekat dengan nama yang kami pilih untuk Aryan dan Edryna. Muka mereka juga mirip. Tapi bukankah Edrianna mengandung kembar dua?

Alondra menyelak tabir itu. Dia melihat Aiden yang mengusap pipi anak-anaknya. Terbit rasa kasihan dalam dirinya.

" Aiden, kondisi Edrianna masih lemah. Aku harap kau jaga dia buat masa sekarang kalau kau masih sayang dia," kata Alondra lemah. Dia berura-ura untuk pergi sebelum suara Aiden menghentikan langkahnya.

"Ini anak anak aku ke?" tanya Aiden menatap muka mereka. Dia inginkan kepastian.

" Yes, korang dikurniakan kembar empat, " balasnya senada. Dia sebenarnya masih sebal dengan tindakan Aiden sewaktu ketika dahulu sehingga Edrianna menjadi lemah sebegini. Wanita adalah untuk dilindungi, bukan disakiti oleh pelindungnya.

" Kenapa Abdullah?" tanya Aiden seperti orang bodoh.

" Heh, kau buat buat bengap. Tu semua sebab kau dan keluarga kau. Kau haramkan anak anak kau berbin binti kan nama kau! Tulah padahnya. Buat sebelum fikir!" marah Alondra. Naik turun dadanya mengawal nafasnya. Jelas riak dan percakapannya menunjukkan bertapa marahnya Alondra ketika ini.

" Alondra, ada hari aku akan explain semua tu. Sekarang, aku nak anak anak aku tukar sijil beranak. Tukar nama mereka sekaligus. Mereka ada papa. Mereka ada gelaran tengku. Aku takkan biarkan anak-anak aku terbiar macam ni!" kata Aiden tegas. Dia memandang Alondra tajam.

" Tu hak kau. Okay ikut aku," lalu Alondra membawa Aiden pergi. Aiden sempat mengucup dahi Edrianna yang belum sedar sebelum meninggalkan wad itu.

" Okay, now rewrite their names here," kata Alondra senada. Dia sebenarnya malas mahu melayan Aiden. Letih melihat penderitaan Edrianna. Namun apa haknya untuk menghanang perbuatan ayah kandung mereka ini.

Aiden mengukirkan senyuman lalu memandang butir butir kelahiran anaknya itu.

Tengku Aryan Emran bin Tengku Aiden Mikael

T.lahir: Diamond Hospital

______________________________________

Tengku Edryna Amelia binti Tengku Aiden Mikael

T.lahir: Diamond Hospital

Dia membaca bermula dari anak-anaknya yang ketiga dan keempat. Mereka dilahirnya di hospital milik Aiden sendiri. Aiden berasa bangga kerana inilah tujuannya membina hospital. Supaya keluarganya dirawat disini dan anak cucunya juga dilahirkan disini.

Namun Aiden agak terkesima memandang butir milik anak pertama dan keduanya.

Tengku Aryan Elman bin Tengku Aiden Mikael

T.lahir: N/A

______________________________________

Tengku Edryna Adelia binti Tengku Aiden Mikael

T.lahir: N/A

Selesai menambah Tengku dan berbin dan berbintikan namanya, Aiden segera menanyakan Alondra tentang hal yang menjadi kekeliruan dalam hatinya.

"Alondra," panggil Aiden. Alondra hanya memandang Aiden sekilas.

" Kenapa tempat lahir Aryan dan Edryna dicatat not available?" tanya Aiden lagi.

Alondra menghela nafas berat. " Tu lah pengorbanan isteri kau. Sebenarnya, Aryan dan Edryna lahir ditepi jalan. Dia dihalau oleh mak bapak kau petang kau keluar tu. Mujur Kamalia lalu jalan tu, jadi dia bawa Edrianna ke hospital. Sampai sini, keadaan dia memang lemah tapi rupanya dia masih lagi ada baby, or babies. Dia teran sehabis tenaga namun tidak cukup tapi dia paksa Aiden, keluarlah Aryan Emran. Tapi tak sangka, ada lagi satu. Dia teran lagi dan keluar lagi Edryna Amelia. Sebelum tu dia pesan, jangan letak Tengku dan berbinkan nama kau. Aku hairan tapi aku buat. Dia sedar untuk satu hari sebelum koma seminggu. Keadaannya dia masih lemah. Kau tak tahu betapa besarnya pengorbanan dia untuk melahirkan benih tanda cinta korang ni," kata Alondra sambil menyeka air mata yang menitis ke pipi.

Aiden segera belari masuk wad lalu memeluk isterinya. Dia merasa begitu banyak yang isterinya sudah lalui namun setia tabah. Dia menyesal. Jika masa dapat diputarkan, mesti dia selidiki terlebih dahulu.

" Sayang, maafkan abang. Abang tak pernah peduli pasal sayang waktu sayang tenat. Sam...sampaikan..sa...sayang terpaksa bersalin di..te....pi.....ja..lan," teresak esak Aiden meluahkan setiap butir kata yang tersemat dalam hatinya.

Dia memeluk Edrianna yang hanya terlantar itu. Hangat bibir Edrianna masih tinggal di bibirnya. Bauan Edrianna menusuk rongga hidungnya. Dia mengucup dahi, pipi dan bibir Edrianna sebelum duduk di kerusi ditepi katil sambil menggengam tangan Edrianna.

Keadaan Aiden yang masih lemah itu  dia tepis lalu dia baring beralaskan lengan ditepi Edrianna. Anak anaknya sempat dikucup sebelum masuk tidur.

Aksi Aiden diperhati oleh Dato Azmeer. Dia tahu betapa besarnya cinta Aiden pada Edrianna. Ianya jelas dengan mata kasarnya. Dia menyesal memisahkan anak dan menantunya.  Senyuman terukir di bibirnya melihat cucu cucunya di tepi bilik itu.

Air matanya mengalir memikirkan khilaf yang dilakukan olehnya dan isterinya sehingga menyekat kebahagiaan Aiden.

Dalam perasaan simpati Dato Azmeer, seseorang sedang memerhati gerak geri suaminya dengan pandangan yang geli. Tak lain tak bukan, Datin Syuhada.

Aku akan pastikan Seraphina bersama Aiden. Perempuan bodoh tu tak layak! getus hati Datin Syuhada. Inilah padahnya apabila hati sudah dikelilingi dengan benci dan fitnah.

   *     *     *

Hello! I lately baca yang banyak comment kata storyline susah. Does it make my story boring? Again, I apologize in the first place.

Apapun, comment something like [#author comel (angkat bakul jap) dan your opinion about the chapter] dan vote okay? Saya sayang awak semua!

Penantian CintaWhere stories live. Discover now