Aiden dan yang lain memasuki bangunan usang yang terdapat dalam alamat yang diberikan. Pergh, habuk tu kan, macam muka si Seraphina tu kena tampar, habis beterbangan bedak dia.
" Aiden kau depan eh? Kau kan selalu buat misi macam ni dengan adik aku," kata Edzry kepada Aiden.
" Taknak ah! Aku dah lama tinggal kerja tu, suruh Arash lah," kata Aiden sambil berjalan kebelakang Edrian.
" Aku dah berhenti! Aku dah jadi CEO macam kau," balas Arash pulak. Mungkin mereka akan berdebat sampai esok kot tentang benda ni.
" Hish korang ni, bising lah! Penakut!" marah Edrian. Orang dahlah sibuk cari jalan.
Edrian nendahului kumpulan itu lalu bergerak menuju ke ruang tamu bangunan itu.
" Tolong!" jerit satu suara yang dirasakan datang dari tingkat atas.
" Tu suara mama!" kata Aiden kepada mereka. Edrian dan yang lain mula mengetatkan pegangan pada pistol dan memastikan bullet mereka ada
Mereka berjalan perlahan-lahan menaiki tangga menuju ke atas. Semakin mereka melangkah, semakin kedengaran jeritan Datin Syuhada.
Sebuah bilik yang terdapat dihujung koridor itu menaikkan rasa curiga mereka. Perlahan-lahan kaki diatur menuju ke hadapan pintu bilik tersebut.
Edrian memandang mereka lalu membuat kiraan tangan sebelum merempuh masuk bilik itu.
Satu
Vest dikencangkan. Mereka diberikan vest kalis peluru.
Dua
Helmet dipastikan ada di kepala.
Tiga!
Mereka berlari merempuh bilik itu. Aiden terus berlari ke arah suara itu manakala Arash, Edrian dan Edzry menghalang serangan lawan.
Kosong.
Itu sahaja yang dapat dikatakan tentang bilik itu, tanpa sebarang pengawal mahupun kelibat manusia. Benda ghaib tak tahu lah.
Jeritan itu masih kendengaran namun ianya menaikkan amarah mereka melihat itu adalah suara daripada recorder yang diulang.
Buk!
Pintu telahpun ditutup oleh seseorang. Mereka terus berlari menuju ke arah pintu tersebut namun tiada guna, ianya sudah dikunci. Sebuah surat diberikan melalui celah pintu.
Bangunan ini dikawal. Kau telefon polis guna gelang bodoh korang tu, your mama gonna die!
" Sial ah kau!" marah Edrian.
" Peras ugut macam kanak kanak bodoh!" jerkah Aiden pada orang diluar.
" Tulisan macam tahi lembu!" kata Edzry menyebabkan mereka berpaling memandangnya.
" Aku cakap benda betul kot, kan tongkang pecah?" tanyanya pada orang diluar.
Mereka semua meraup muka lalu terduduk di lantai bilik tersebut. Arash menggaru lehernya sebelum dia terpegang sesuatu.
Dia terus mengambil benda itu sebelum tersenyum lebar. GOTCHA!
Mereka memandang hairan Arash yang tersengih seorang diri. Takkanlah baru beberapa minit duduk sini dah naik gila.
" Wei, kau kenapa?" tanya Edzry.
" Kekadang kan, aku rasa beruntung ambil korang sebagai adik angkat aku!" kata Arash sambil mengeluarkan sesuatu.
In-ear monitor!
Arash memasang monitor itu ke telinganya sebelum tendengar bebelan Edrianna.
ANDA SEDANG MEMBACA
Penantian Cinta
RomanceHighest: [ #17 in Romance, #28 in Romance ] Kahwin Paksa? Ya, memang tipikal. Siapa sangka hidup Edrianna Rose bertukar 360° setelah di paksa untuk berkahwin dengan CEO yang keras kepala, Tengku Aiden Mikael. Mungkin sesetengah orang berasa bersyuk...
