Part 52

14.9K 438 9
                                    

Edrianna dibawa masuk ke dalam bilik pembedahan. Lampu kecemasan segera dibuka menandakan pembedahan sedang berlangsung.

Aiden dan yang lain menunggu diluar bilik rawatan tersebut. Zara telahpun ditangkap oleh pihak polis dan akan kes akan dibicarakan nanti.

" Aiden, tell mama apa yang Edrianna maksudkan. Edrianna ada ketumbuhan otak?" tanya Datin Syuhada setelah dirawat oleh doktor sebentar tadi.

Air mata Aiden tiba tiba mengalir mengingatkan sakit isterinya itu. Aiden perlahan-lahan mengganguk menjawab soalan mamanya itu.

Datin Syuhada terus jatuh. Dia teresak-esak mengingati segala perbuatannya dulu. Dimana dia membuang ubat-ubatan Edrianna.

" Edrianna maafkan mama sayang. Mama salah. Mama dah buang ubat kamu. Mama dah seksa kamu. Mama jahat, mama tak boleh nak maafkan diri mama sayang," kata Datin Syuhada dalam tangisannya yang bergema.

Aiden memandang kearah mamanya tajam. Dia lantas bangun lalu menuju ke arah Datin Syuhada.

" Say that again!! Did you just say you threw her pills?!" jerkah Aiden. Dia sebagai suami, walaupun perasaan benci sewaktu itu menebal tidak pernah terfikir untuk membuang ubat-ubatan Edrianna.

" Mama minta maaf Aiden.Mama salah. Mama bodoh sebab percayakan hanya satu pihak," rayu Datin Syuhada sambil memegang erat tangannya anaknya.

" Baik mama balik," arah Aiden. Datin Syuhada hanya menggeleng dengan mukanya yang meraih simpati anaknya. " Mama taknak. Mama nak tunggu Edrianna keluar dari bilik pembedahan,"

" I dont care. Balik cepat," arah Aiden lagi dengan suara yang dingin. " Makcik, biar saya hantar makcik balik," tawar Arash. Dia tidak mahu hospital ini menjadi huru-hara. Akhirnya Datin Syuhada hanya akur apabila melihat wajah tegang Aiden.

Dia berangkat dari situ lalu menuju ke rumah bersama dengan Arash. Aiden kemudian menghela nafas berat. Edzry terus mengusap bahu Aiden.

" Bro, semarah mana pun kau, dia tetap mak kandung kau. Aku pun kecewa juga dengan perbuatan dia, darah daging aku sendiri kot, tapi siapalah kita untuk murka berlebih-lebihan terhadap manusia yang sama darjatnya dengan kita. Aku bukan nak mengungkit, tapi kalau apa yang kau buat dekat Edrianna lagi dapat dia maafkan, kenapa kau tak dapat maafkan mama kau. Cuba kau bayangkan, satu hari kau bangun, takda lagi senyuman mama menanti kau di meja makan. Tiada lagi bebelan nya menasihati kau. Tiada lagi tangisannya kerana bangga dengan kau.  Kau fikir Edrianna tenang ke kalau tahu kau bersikap macam ni dekat mama," kata Edzry lembut. Aiden hanya mendiamkan diri lalu mengeluarkan telefon bimbitnya.

Kenalan mamanya dicari sebelum nombor itu didail.

Assalamualaikum mama.

Waalaikumusalam sayang. Ada apa?

Nothing much. Aiden just.. just nak minta maaf sebab terkasar dengan mama. Aiden emosi sangat. Aiden tertekan dengan semua ni.

Mama maafkan sayang. Aiden anak mama. Mama kenal kamu bukan semalam. Kamu menetap dalam rahim mama untuk sembilan bulan sayang.

Aiden sayang mama. Terima kasih ma. Mama pergilah bersihkan diri. Nanti kalau mama ada masa lawatlah kami di hospital.

Okay sayang. Take care.
Later mama datang okay, bawa baju Aiden.

Thanks ma. Take care juga.

Panggilan telefon itu ditutup. Aiden kemudian tersenyum sambil menyeka air mata sendiri. Edzry kemudian menyenggol bahu Aiden. " Mommy's big boy ha?" usik Edzry, cuba untuk menenangkan keadaan.

Aiden kemudian mengetuk kepala abang iparnya itu. Usia mereka adalah sama namun disebabkan Aiden kahwin dengan Edrianna, maka Edzry adalah abang ipar Aiden.

"Assalamualaikum," sapa seorang wanita sambil tersenyum manis. Seseorang diantara ketiga jejaka itu terus terpaku melihat gadis tersebut.

" Waalaikumusalam," balas Aiden sambil mengukir senyuman nipis. Selagi isterinya belum dia ketahui kondisinya, selagi itulah dia akan hilang mood.

" Along, buka camera" bisik Edzry kepada Edrian. Dia terus membetulkan rambutnya dan mencuba pelbagai senyuman. Ha, dapat pun!

" Waalaikumusalam Vivy, ada apa Vivy kesini?"  balas Edzry lembut. Mukanya yang acah macho itu membuat Aiden dan Edrian meluat. Rasa nak gosok guna kertas pasir.

" Eh Edzry. Oh, Vy dengar Edrianna masuk hospital, sebab tu Vy datang sini. Plus ada masalah sikit dengan Rose Apparel so saya nak minta korang uruskan sementara ketiadaan Edrianna," katanya lembut sambil memandang mereka penuh harapan.

Edzry sudah menjerit dalam hati. Yes! Peluang dekat dengan crush!

" Saya boleh tolong. Ni nombor saya. Just contact me. Nanti kita berurusan sebab tak sesuai pulak kalau kat sini," balasnya ramah sambil memandang ke arah wajah Vivyana.

Vivyana hanya tersenyum lalu pandangan mereka teralih melihat Alondra yang keluar dengan muka yang serius.

" We need to talk," katanya serius sambil memandang ke arah mereka.

" Sure doctor," balas Aiden yang resah menunggu.

" Okay. First of all, kami berjaya keluarkan peluru dari badan Edrianna but its time consuming. She's fine. Secondly, she need a surgery. To remove her tumor that are getting larger," kata Alondra sambil menghulurkan kertas.

"Oh my! Just do it Alondra! Apa yang awak tunggu lagi?" tanya Aiden dengan suara yang naik seoktaf.

" Risky Aiden. Very risky. Its getting big and she havent take her medication for about 3 months. Its not 50 50 but its lower. As low as it can be," kata Alondra dengan penuh sayu. Dia tidal sanggup memandang wajah Aiden yang bagai merayu kepadanya.

" Just.. just do it. I want to give some efforts in saving her. Please do your best, Alondra. Please," rayu Aiden lalu menandatangani surat kebenaran.

Alondra mengganguk lalu kembali semula ke dalam bilik pembedahan. Dia memandang keseluruh wajah mereka lalu menunduk muka memasuki wad operasi.

Aiden kemudian tiba dengan wajah yang sugul. Air matanya sekali lagi menitis dengan perlahan. Edrian menghampiri adik iparnya itu lalu duduk disebelahnya.

" Sabar Aiden. Aku percaya adik aku kuat. Kita doakan eh untuk dia," katanya lalu memicit bahu Edrian. Mereka disana juga turut bersimpati dengan keadaan Edrianna.

Edrian segera memberi Erman yang terjaga kepada Aiden. Dia mengucup pipi anaknya, berharap agar kasih sayang antara satu sama lain dapat menyalur sedikit kekuatan dan harapan untuk dirinya.

Sayang, cepat sembuh eh. Abang rindu. Rindu gelak ketawa sayang, senyuman manis sayang, telatah sayang, usikan sayang, masakan sayang dan terutama sekali abang rindu cinta sayang. Wake up my sleeping beauty.

*      *     *

Hello, busy dengan sekolah so lama tak update, sorry😓

Harap chapter tak membosankan✌ You know the drill guys, vote and comments please. Thanks!!

Penantian CintaWhere stories live. Discover now