Part 31

11.4K 375 7
                                    

Pagi menjelma lalu muncul lah kelibat seorang lelaki berpakaian segak keluar dari bilik air wad hospital itu setelah selesai mandi.

Terima kasih atas keprihatinan Aiden menyediakan bilik mandi dan tandas sewaktu membangunkan bangunan ini kerana ia amat membawa untuk kepada dirinya sendiri.

Mesti ramai yang tertanya kenapa Aiden keluar mandi dari bilik air kan? Kenapa tak mandi rumah? Ha senang je jawapan dia. Sebab Aiden taknak pisah dari Edrianna. Kalau boleh dia pergi kerja tu pun dia bawa sekali katil Edrianna masuk dalam office. Tapi tak bolehlah kan.

Puas bertugas di hospital ini dia beralih ke pejabat nya pula yang kira kira 5km dari hospital.

Dia mengambil tie nya lalu didibawanya mendekati Edrianna yang sedang bermain telefon.

" Sayang," rengek Aiden manja. Dia memintal hujung rambut Edrianna yang lebat itu.

Edrianna lock screen telefonnya lalu meletakkannya diatas meja. Pandangannya dialihkan kepada baby besar depannya yang merengek manja sebentar tadi.

" Yes baby? Nak apa?" tanya Edrianna lembut sambil tersenyum melihat muka Aiden. Aiden yang cair berpura pura pengsan melihat senyuman manis Edrianna itu.

" Aish! Senyum tu untuk abang je tau! Kalau nak senyum dekat lelaki lain, senyum macam.." Aiden cuba mencari senyuman buruk Edrianna. Namun hampa, semua sudut nampak comel dan manis.

" Argh serabutnyaaaaaaa!" dia terduduk di kerusi sambil memicit kepalanya. Edrianna yang terkejut terus terduduk dari baringnya.

"Abang sakit eh?" soalnya risau. Yelah, dah suami kau pegang muka kau terus jerit tak tentu arah, mana tak risaunya cik kak oi!

" Ya. Sakit hati. Sayang ni ha, kenapalah comel sangat. Kenapa? Sayang tahu tak takda angle pun yang membuatkan senyuman sayang nampak buruk. Mungkin sayang perlu pakai mask kot. Tapi mata sayang tu cantik pulak. Alahai, nasib kau Aiden dapat bini terlalu lawa sampai nak berkepit dengan dia 24/7," Aiden terus membebel sambil tercebik cebik mulutnya.

Edrianna tersenyum mendengar bebelan suaminya itu. Alahai, comelnya laki aku ni! Edrianna terus menarik tangan Aiden mendekatinya.

" Ala abang tak perlu risau. Walau sejuta lelaki datang melamar pun ketahuilah bahawa you're the one for me and I love you so much!" lalu dia mengucup pipi Aiden. Aiden apa lagi, tersengih sengih lah dia.

Aiden terus menyuakan tali lehernya kepada Edrianna. Edrianna akur saja dengan permintaan suaminya itu.

Disebabkan ketinggian Aiden yang seperti zirafah terlebih nutrisi, Edrianna terpaksa menarik badan Aiden kebawah, dimana dahi Edrianna berhadapanan dengan bibir Aiden.

Aiden yang amat gatal itu terus mengucup dahi Edrianna berulang kali. Edrianna nak ikat tali leher pun terganggu seketika akibat kucupan itu. Dia terus mencubit mulut gatal Aiden lalu membuka semula tali leher itu kerana tersalah ikat. Alahai cik kak.

Cubitan Edrianna itu membuat Aiden semakin galak menciumnya. Edrianna terus mengambil sepit rambutnya lalu menyepit bibir Aiden.

" Ha! Siap pun!" lalu Edrianna memandang muka Aiden. Terlepaslah ketawanya melihat muka masam Aiden bersama bibir yang dikepit itu.

"Abang, jom selfie," lalu dia turun dan duduk di riba Aiden sambil mengambil selfie kedua dua mereka. Yang perempuan tersenyum manis, yang lelaki bagi muka masam.

Edrianna terus mempostnya di instagram account miliknya.

@anna.se Goodmorning from us! Padahnya bila laki kau gatal sangat di pagi yang suci ini @tengkuaidenmikael

32,375 likes 345 comments

@orangbiasa wah sweetnya korang berdua.
@cumicumi akak anna dekat hospital? Get well soon.
@anna.se thank you!
@mr.sado hai cantiknya awak. Saya suka! Saya handsome dan sado.
@tengkuaidenmikael Sayang! Apani! btw @mr.sado saya lagi handsome okay! Sado pun saya juga!
@anna.se bluekk :p take care keding! love you @tengkuaidenmikael

Eleh, dua orang ni, sebelah sebelah pun masih chat dalam telefon. Kalau dekat whatsapp ke, line ke, telegram ke, boleh jugak. Ni dekat ruangan komen ni pebende?

Tiba tiba beberapa notification comment muncul di screen Edrianna. Terus diketiknya icon itu maka terpapar lah comment dua beruk.

@dr.edrianaziz Alahai laki bini ni! Aku tengok sebelah menyebelah je. Gediknya adik along!

@edzryaziz Omg! Masamnya muka @tengkuaidenmikael. Macam stokin busuk pun ada. Yang @anna.se ni pehal? Fikir Godzilla cam adik ni comel?

@anna.se adik memang comel. Korang je taksm sedar sebab selalu iri hati @dr.edrianaziz @edzryaziz

Dan mereka pun berbual sehingga comment Edrianna yang 300+ tu dah jadi 600+.

Tok Tok!

Kedua mereka berhenti lalu meletakkan telefon masing masing di sebelah meja lalu melihat gerangan yang masuk ke bilik.

" Selamat pagi Tengku. Maaf menggangu tapi saya nak cakap lepas je 2 bag lagi IV drip ni masuk, Puan Edrianna dah boleh balik rumah jadi kira kira malam nanti sebab drop dia pelahan sikit," kata Doktor Rayyan selaku doktor peribadi ketiga Edrianna. Dia juga merangkap sepupu Aiden tetapi tidak terlalu rapat kerana keluarga masing masing sibuk dan Aiden jarang pulang kampung.

" Thanks Yan! Okay nanti abang ambil sayang lepas balik kerja okay sweetheart!" lalu Aiden mencuit hidung Edrianna.

" Eh Kael, fikir lah sikit aku yang membujang kat sini ni. Kita memang tak rapat tapi pertalian darah ni cukup buat aku sekeh kepala kau!

Biar kau nangis balik kampung cari TokMa lepastu cakap "Tok, Yayan sekeh kepala Ayen!" Eh terkeluar pula nama manja kau," kata Doktor Rayyan meluat. Kesian orang bujang tengok suami isteri berasmara dana.

Edrianna menekup mulit menahan tawa. Ayen? Alahai, manjanya dia. Aiden disebelah sudah menjeling kepada sepupu dan isterinya yang ketawa itu.

" Dahlah, merajuk dengan korang dua. Ayen nak kerja ah! Alamak, tersasul pulak!" kata Aiden sambil tersebut nama manjanya. Dia mengucup kepala isterinya lalu terus beredar dengan muka merah.

Usai sahaja Aiden keluar, Edrianna menyuruh Rayyan bergegas mengambil baldi lalu sekali lagi dia muntah darah dalam kuantiti yang banyak.

"Edrianna, tengok ni, kau dah makin sakit Ed, jalankanlah pembedahan tu," kata Rayyan sayu.

" Tak, awak cakap sama masih ada masa 5 bulan kan kalau tak jalankan pembedahan? Jadi 1 bulan lebih saya takkan buat apa apa sampai babies ni keluar. Sekurang kurangnya, saya ada kenangan untuk ditinggalkan kepada Aiden. Saya harap awak faham," Edrianna kemudian baring semula lalu merehatkan kepalanya yang pusing.

* * *

Hai! Dah 3 hari tak update. Sorry lah guys, revision, next week dah exam dah! Jadi maafkanlah aku jika tidak selalu update eh?

Anyway saya harap tetap vote and comment buku ni eh! Love ya!


Penantian CintaWhere stories live. Discover now