"Mama? Papa? Korang ke tu?" tanya Edrianna gugup sambil memegang erat lengan Aiden.
"Adik betul. Ni mama sayang dengan papa," kata Puan Bella sambil mengalirkan air mata.
" Abang, sayang tak salah dengar atau salah tengok kan? Tu betul mama kan? Dia panggil sayang dengan panggilan adik kan? Itu keluarga sayang kan? Jawab abang," Edrianna semakin meraung. Alondra dan Edrian cuba menenangkan nya kerana setiap kali itu berlaku, pasti semakin banyak darah yang akan dimuntahkannya.
" Shh, yes sayang, tu ha mama dan papa datang nak lawat. Dorang nak minta maaf sebab abaikan sayang, hina sayang, dorang dah tahu juga semuanya," balas Aiden lembut.
Edrianna terdiam sejenak. Semuanya tak bermaksud penyakit dia kan? Masa silam dia pun mama dan papa belum tahu kan? Tolonglah jangan tambah bebanan dalam hidup mereka.
" Adik, papa dengan mama minta maaf eh. Kita berdua dah hina adik, maki adik, menafikan anak kami sendiri sedangkan dia banyak terseksa. Mama dan papa tak sangka puteri kami ni sebenarnya seorang yang kuat dan menempuh dugaan yang berat berseorangan. Mama dan papa mohon maaf jika kami bukan yang terbaik sayang, adik sakit pun kami tak tahu," kata Tuan Aziz sambil memeluk bahu isterinya yang terhenjut akibat menangis itu.
Edrianna turun dari katil lalu berdiri merapati orang tuanya itu. Dia memegang tangan kedua orang yang telah membesarkannya dengan penuh kasih sayang dan keadilan.
" Pa, ma, jangan pernah minta maaf dekat adik sebab sedikit pun korang tak ada salah. Semuanya berpunca dari kelakuan adik sendiri. Cuba kalau adik jaga kelakuan adik dulu, mesti korang takkan benci kan. Macam waktu adik lari dari rumah dengan alasan ada kem dulu sebab benci keluarga kita. Adik tak pernah menghargai insan yang hadir dalam hidup adik ma. Korang tak perlu risau, demam ni mungkin kebah 2-3 hari. Sekadar sakit demam tak perlu nak diperbesarkan lah. Hehe, dah jangan nangis, tak comel dah bidadari dan bidadara kita orang ni," Edrianna memeluk kedua ibu bapanya erat. Walaupun dia cukup lemah saat ini, dia tetap memerah tenaganya untuk memeluk kedua insan itu.
Berlinangan air mata mereka mendengar kata kata Edrianna. Tidak sangka dia seorang yang amat lembut dan penyayang. Aiden berdoa mengucap syukur kerana ditemukan dengan seorang isterinya yang baik dalaman dan luarannya.
" Adik, jangan cakap macamtu. Adik, along dan Aiden dah cerita semuanya. Every single bits. Adik tak benci keluarga tapi adik didera kan? Kami terus benci adik, abaikan adik sebab fitnah lelaki durjana tu. Adik, mama dan papa tahu kami bukan orang tua yang baik. Kami gagal. Kami percayakan fitnah lebih dari anak kami sendiri sehingga dia menanggung kesakitan seorang diri.
Adik, mama dan papa harap adik tetap kuat eh sayang, demi kitaorang, demi Aiden dan demi cucu kami ni, we love you so much Edrianna," ujar ibu lalu mengucup ubun ubun Edrianna. Anaknya itu dicium penuh kasih sayang yang melimpah dari seorang ibu kepada anaknya begitu juga dengan ayah.
" Mama, papa, korang tak pernah gagal menjadi orang tua. Korang ialah yang paling best adik pernah ada. Dan adik sayang korang sangat sangat. Wajarlah kita sebagai manusia tidak lepas dari dosa, dan harus saling memaafkan. Andai kata adik pergi, adik titipkan anak adik dekat mama dengan papa. Maaf jika ianya menyusahkan.
Entah kenapa adik rasa macam harini hari terakhir. Adik rasa bahagia sangat. Segala beban yang adik tanggung hilang je bila tengok senyuman manis seorang suami, ibu, ayah, abang-abang dan bakal kakak ipar. Korang bak penawar untuk segala sakit adik. Thank you so much, I love you," lalu Edrianna kelopak mata Edrianna perlahan lahan tertutup dan dunia mereka terhenti seketika.
Alondra dan Edrian terus cemas sekali lagi. Tak mungkin! Edrianna tidak akan pergi. Aiden, papa dan mama terus dibawah keluar oleh angah.
Beberapa jururawat bergegas masuk kedalam wad Edrianna. Aiden, papa dan mama tersungkur. Tidak mempercayai apa yang berlaku. Mereka hanya melihat pintu wad yang tertutup itu sambil menyesali perbuatan silam mereka.
Beberapa minit kemudian, Alondra dan Edrian keluar dari wad tersebut. Kelihatan riak sedih diwajah mereka. Alondra akhirnya mengalirkan air mata kesedihannya.
Mereka berdua memberi ruang untuk melihat keadaan dalam wad tersebut. Kain putih menutupi badan Edrianna. Aiden mengeleng kepalanya. Tidak menyangka yang dibawah kain putih itu adalah isterinya. Perut Edrianna yang membesar itu jelas kelihatan dari permukaan kain itu.
Ketiga tiga mereka terus berlari menuju ke katil itu namun ditahan oleh beberapa jururawat. Mereka tidak dibenarkan untuk melihat wajah Edrianna.
Alondra, Edrian dan Edzry tiba tiba tersenyum. Mereka keluar dari wad itu lalu bergegas ke wad Alondra.
* * *
" Sayang, sayang tak tinggalkan abang kan? Kenapa sayang pergi harini? Kenapa sayang tak tunggu abang. Sayang tahu tak abang rindu sayang? Siapa nak teman abang tidur, makan, mandi dan bermacam lagi. Im gonna miss your cooking aand sweet scent. Bangun sayang, please I'm begging you buka mata," Aiden teresak esak sambil menatap muka pucat Edrianna itu. Wajahnya kelihatan berseri dan tersenyum.
Tiba tiba, senyuman Edrianna bertukar sengihan. Aiden terus menggosok matanya, betulkan yang dilihatnya tadi.
Edrianna bangun dari katil lalu mengucup pipi Aiden.
" Happy Birthday abang, I love you sooo much. Sorry eh, this time sayang
gurau kasar, hee janganlah merajuk eh, nanti tak da orang nak teman sayang tidur, makan tapi mandi tak perlu, abang sorang je yang gatal! Sayang minta maaf atas segala salah sayang sepanjang menjadi isteri abang. Sayang harap dengan surprise yang simple ni, abang akan ingat memori ni sampai bila bila. Kalau abang nak marah, sekeh kepala angah eh. Dia yang cadang ni, sayang tak nak sebenarnya tapi godzilla tu paksa, once again, happy birthday my charming prince," Edrianna mengucup sekilas bibir Aiden. Amboi, gatal nampak!
Aiden terpana. Aku kena tipu?
" What? Sayang! Jangan pernah buat macam ni lagi. You know I lost part of me when you're gone. Sayang adalah bagai pelengkap hidup abang. Hadir sayang membuat abang mengenal cinta. Thank you for ypur speech sayang. Abang nak marah tapi fikir ni idea angah tak jadi dah. Apapun, abang harap perasaan cinta ni kekal sampai bila bila. Amin. I love you sayang," balas Aiden lalu mengucup kembali bibir Edrianna.
Alahai kambing dua ekor ni, lupa ke ada orang lain dalam bilik ni.
Papa berdehem lalu mama pun ketawa. Alondra hanya memandang sekilas Edrian. Bilalah turn mereka? Manakala si Edzry sudah memeluk pinggang abangnya, Edrian.
" Along sayang, I cannot live without you my prince, kiss me kodok!" lalu dia memuncungkan bibirnya. Spontan semua ketawa melihat drama kunyit Edzry. Haih, indahnya dunia bila bersama yang disayangi!
* * *
Hai guys, maaf sangat sangat sebab author lambat update. Tersangatlah busy jadi takde masa. Buka phone pun untuk benda penting je.
Anyway, you know the drill! Vote and Comment pleasee!
Okay tu je. Bye kambings.
Love,
Author comel molek.
ANDA SEDANG MEMBACA
Penantian Cinta
RomanceHighest: [ #17 in Romance, #28 in Romance ] Kahwin Paksa? Ya, memang tipikal. Siapa sangka hidup Edrianna Rose bertukar 360° setelah di paksa untuk berkahwin dengan CEO yang keras kepala, Tengku Aiden Mikael. Mungkin sesetengah orang berasa bersyuk...
