Edrianna Rose
" Eh, dah lewat ni! "
Aku bergegas mengambil tuala lalu berlari ke dalam bilik air. Oh, nampaknya lewat lagi lah kedai aku buka hari ni.
Perkenalkan, nama aku Edrianna Rose, seorang florist. Ya, aku memang gila bunga. Terutamanya bunga ros. Terjangkit nama kot.
" Anak dara seorang ni, tak lewat memang tak sah! " Ah, itu memang sah suara mama. Sehari rasa tak complete kalau mama tak berleter.
Aku bergegas menukar bajuku. Aku mengenakan baju putih lalu di tuck in kemudian denim sebagai lapis. Aku lilit shawl berwarna hitam untuk dipadankan bersama pakaian ku tadi.
Makeup? Tak payah cakap, memang takde langsung kat muka aku. Buat rimas je.Aku mengambil handbag lalu bergegas menuruni tangga tangga yang ku rasa seperti tiada penghujungnya.
" Goodmorning pa, ma, along, angah "
sapaku ceria." Eh along, godzilla dah bangun lah! " usik angah. Eleh, angah sehari tak kacau aku memang tak sah hari dia.
" Wow, mama jemput bigfoot untuk sarapan sekali ke ma? " Angah nak sangat main kan? Sini adik bawak main puas puas.
" Angah, adik apa gaduh depan rezeki ni? Adik, cepat duduk, sarapan! " tegas papa.
Aku menjulurkan lidahku ke angah tanda menejek. Dia mencebik. Ceh, tua tua pun masih manja.
Selesai sarapan, aku terus mengambil kunci kereta Suzuki Swift ku untuk ke kerja. Aku memang jenis tak suka bawak kereta besar. Takut.
* * *" Eh, bagus punya boss, baru nak sampai kerja? " Hah, ni bestfriend aku, nama dia Camila Cabello. Cheh, perasan je lebih. Nama dia sebenarnya Kamalia. Dekat je kot?
" Habis kau, buat apa tercegat kat sini? Pergilah buat kerja " Akak tak marah. Akak gurau jer.
" Yelah Cik Anna "
Cheh, aksi je lebih.
Aku mula menyusun bunga bunga yang baru sampai semalam. Pergh, memang best, dahlah banyak warna, rasa nak tidur dalam timbunan bunga bunga tersebut.
" Eh Anna, ni ada kiriman but I'm busy so macamana eh? " Aduh si Kamalia ni, masa ni jugak lah kau busy kan.
" Okay lah, aku hantar "
Aku sebenarnya malas bukan apa, cuma kalau bab menghantar kiriman bunga, aku lebih cadangkan mereka untuk hantar guna motor. Sebab apa? Sebab aku tak suka kereta aku kotor. Sekian.
Aku membaca alamat tersebut. Wuish, dekat taman, nak melamar ke ape? Aku menghidupkan enjin motor lalu beredar dari kedai.
Setibanya aku ditaman, pembeli bunga tersebut sudah terpacak di tepi tasik. Aku apa lagi, hantarlah, takkan nak bakar kot.
Seusai membeli dan menghantar, aku berjalan menuju ke arah tempat aku meletakkan motorku. Namun, nasib malang apabila aku terlanggar dengan seseorang.
Eh buta ke apa? Tak tengok eh orang cantik nak lintas ni? Eh terpuji pulak.
Aku mendonggak keatas ingin melihat gerangan mana yang berani mati melanggar aku yang mempunyai black belt ini.
Ya Tuhan! Handsomenya!
" Eh budak, kau jalan guna mata ke guna lutut? " Eleh, muka handsome mulut longkang. Poyo je lebih.
" Maaf encik. Saya jalan guna mata tapi encik tu yang syok sendiri sampai tak nampak orang tengah lintas "
" Eh pompuan ni, menjawab pulak dia " katanya tegas. Cheh, baru tu dah marah.
Tanpa menghiraukan mamat poyo tersebut, aku terus saja berjalan menuju ke baby bucuk ku. Aku hidupkan enjin dan pulang semula ke kedai.
* * *
Aiden Mikael
Ergh. Habis sengal badan aku. Dah lah tak boleh tidur. Jetlag. Ya, aku baru pulang dari UK semalam selepas menamatkan pembelajaran ku dalam bidang business.
Mungkin kalau aku jogging dapat refresh kot. Mujurlah kat kawasan ni ada taman.
Aku mencapai tuala ku lalu masuk ke bilik air.
Setelah selesai, aku mengenakan T-shirt Under Armour dengan joggerpants. Lalu mengenakan kasut sukan Adidas Yeezy untuk bersenam.
Tidak lupa juga membawa MP3 Player dan earphone bersamaku kerana aku lebih suka mendengar music ketika bersenam.
" Mommy, Aiden pergi taman dekat sini tau " Maklumlah, anak ibu, nanti ibu risau, siapa susah?
" Okay sayang, hati hati tau! "
" Sure mommy! Bye Ammar and Ammir! " Aku melambai adik kembarku yang berusia 6 tahun. Nak dibawa, mereka menghadiri tadika. Aduh.
Setibanya aku ditaman, aku memulakan sesi joggingku dengan sesi pemanasan badan. Nanti cramp siapa sakit?
Selesai pemanasan badan, aku mula untuk berlari, 3 pusingan taman ni cukup kot. Well, aku kan dah fit, macho lagi, sado lagi pergh, memang boyfriend material. Sorry lah, terpaksa puji diri sendiri, sejak balik dari UK ni, takde orang nak puji.
Sedang aku berlari sambil melihat keindahan tasik, aku terasa badanku terhempap sesuatu. Sakit siot!
Eh, terlanggar perempuan cun pulak. Apa aku merapu ni? Tapi betul lah, natural beauty, takde contour, highlight segala.
" Eh budak, kau jalan guna mata ke guna lutut? " ujarku. Yela, nak tengok dulu sama ada perempuan cun ni pemdiam atau mulut cili.
" Maaf encik. Saya jalan guna mata tapi encik tu yang syok sendiri sampai tak nampak orang tengah lintas " eh eh, dia sindir sindir kitew. Mana boleh! Ni, Tengku Adam Mikael lah.
" Eh pompuan ni, menjawab pulak dia " nah rasakan!
Aku menunggu apa yang akan dibalasnya. Eh eh boleh pulak dia go je macam tu. Kalau dia adik aku, nak je aku luku kepala dia tu.
Aku menyambung larian ku selepas 3 pusingan. Pergh, sado kan. Cheh. Angkat bangkul sendiri lagi.
* * *
Hello, so ini buku pertama saya. Ringankan lah tangan tu nak vote dan comment okay? Sorry kalai typo dan idea tak masuk akal! Xoxo!
YOU ARE READING
Penantian Cinta
RomanceHighest: [ #17 in Romance, #28 in Romance ] Kahwin Paksa? Ya, memang tipikal. Siapa sangka hidup Edrianna Rose bertukar 360° setelah di paksa untuk berkahwin dengan CEO yang keras kepala, Tengku Aiden Mikael. Mungkin sesetengah orang berasa bersyuk...