Edrianna melangkah masuk ke dalam bilik tidur mereka. Kelihatan Aiden sibuk bermain dengan telefon bimbitnya. Dia mula melangkah masuk lalu melabuhkan punggung di sisi Aiden.
" Abang," panggilnya lembut sambil memegang lengan Aiden. Dia tahu Aiden masih marah kerana hal tadi. Dia memang patut dihukum.
Tangan Edrianna ditepis oleh Aiden. Terdengar Aiden merengus kasar lalu berdiri ke balkoni. Edrianna hanya memerhati dengan air mata yang berlinangan.
Ingin dikejar suaminya namun kepalanya terasa berat dan belakangnya pun sudah sakit akibat mengemas rumah mertuanya.
Aiden membuat keputusan untuk tinggal di rumah keluarganya buat seketika ini. Dia tidak mahu berdua bersama Edrianna di rumah mereka terlebih dahulu.
Edrianna yang terluka itu membawa hatinya yang berkecai untuk istirehat. Banyak lagi kerja yang harus dilakukannya.
" Ah, ubat!" kata Edrianna dalam hati. Dia memang tidak larat untuk bangun buat masa ini untuk mengambil ubat ubatannya di almari.
" Abang.. Boleh tolong Edrianna tak?" tanyanya lemah. Bukan untuk meraih simpati tetapi dia memang tidak larat buat masa sekarang.
Aiden yang mendengar itu berasa kesian. Sudahlah dia berbadan dua. Tambahan lagi banyak kerja dapur yang dilakukannya. Namun ego menguasai fikiran Aiden. Segala yang negatif meracuni mindanya buat seketika ini.
" Eh? Ketua Mafia macam kau lemah? Berapa orang dah tumpas dalam tangan kau? Takkan sebab kau bawak anak ni je kau dah lemah semacam?" kata Aiden dengan nada yang sinis. Makin naik amarahnya melihat Edrianna yang tidak mengendahkan kata katanya malah memicit kepalanya sendiri.
" Its okay kalau abang taknak," kata Edrianna sambil tersenyum lembut. Dia berusaha untuk berdiri lalu menuju ke almari tersebut. Mujur air mineral juga ada tersedia dalam bilik.
Aiden sedikit terpana melihat senyum isterinya itu. Dia beranggapan bahawa Edrianna akan menangis dihadapannya. Bibirnya ingin menguntumkan senyuman dan melemparkan kata maaf namun sayang, dia masih membiarkan ego bertahkta atas dirinya.
Aiden mengambil kunci kereta lalu meninggalkan Edrianna berseorangan di bilik itu.
Edrianna cuba untuk turun dari katil namun langsung tidak membantu. Badannya tidak dapat menampung dirinya sendiri. Tapi kebetulan waktu itu Ammir dan Ammar memasuki bilik Edrianna.
" Kak Long, kak long nak kemana?" tanya Ammir.
" Ammir, boleh tolong kak long tak? Ambilkan ubat kak long dalam peti tu dan Ammar tolong ambilkan air mineral dekat atas meja tu, bucket juga please. Thank you adik adik akak," kata Edrianna sambil tersenyum lemah. Dia merasakan tekaknya amat loya sekarang.
Ammir dan Ammar kemudian datang membawa ubat tersebut. Edrianna terus menyambar bucket tersebut terlebih dahulu lalu memuntahkan segalanya. Namun yang keluar hanya darah. Dia mengambil air tadi lalu menyuci mulutnya. Ubat ubat itu dimakan untuk melegakan sakitnya.
" Kak long! Kenapa kak long muntah darah?" tanya Ammir dan Ammar hairan.
" Takda apa apa sayang. Terima kasih tolong akak-" percakapan Edrianna terhenti.
" Ohh! Ini kerja kau! Kau siapa nak suruh anak anak aku ikut perintah kau ha?! Kau tahu tak, nasib aku ni masih bersifat berperikemanusiaan, tahu rasa ibu mengandung, kalau tak habis lunyai kau aku kerjakan!" jerkah Datin Syuhada. Hanya tinggal mereka berempat dirumah itu.
Edrianna bernasib baik kerana sempat menyembunyikan bucketnya tadi. Edrianna turun dari katil lalu melutut di kaki ibu mertuanya.
" Ma, Ed minta maaf atas segala salah silap Ed selama ni. Ed tahu Ed berdosa terhadap semua orang. Tapi izinkan Ed dijaga oleh Aiden sepanjang kehamilan Ed. Lepastu Ed janji takkan susahkan siapa siapa. Ed janji Ed pergi," Edrianna merayu sepenuh hati mengharap belas kasihan ibunya.
Namun, Datin Syuhada menendang kakinya yang mana terletak kepala Edrianna lalu terhantuk di bucu katil.
" Heh dengar sini! Memang kau patut mampus lepas kau bersalin. Anak kau takkan sekali kali diazankan oleh anak aku. Dan tangan aku takkan pernah sentuh anakkau sebagai cucu!" jerkah Datin Syuhada. Dia mengambil ubat ubatan Edrianna lalu membuangnya dalam sampah. Dia mengeluarkan setiap pil dari kotaknya.
" Ma! Jangan ma! Ed perlukan ubat tu!" teresak esak Edrianna. Dahlah dia harus melawan sakitnya tambahan lagi sekarang ubatnya sudah dibuang.
Edrianna terkilan dengan layanan mereka terhadapnya. Dimanakah kebahagiaan buat dirinya? Belum cukup kah usahanya mencari? Adakah ini semua petanda masanya untuk meninggalkan dunia ini sudah dekat?
Dia mengambil tilam kecil lalu diletak diatas lantai. Dia tidak mahu tidur diatas katil memandangkan dia kerap muntah darah maka lebih senang apabila dia tidur dibawah sahaja.
Edrianna takut untuk menyentuh bantal dan selimut Aiden lalu dia tidur beralaskan lengannya sendiri dan beberapa helaian bajunya yang tebal sebagai selimut.
* * *
Aiden pulang larut malam kira kira pukul 1 pagi. Dia sengaja pergi ke pejabat lalu menyiapkan segala tugas yang tergendala.
Kelihatan rumah ibu bapanya sudah gelap memandangkan ia sudah lewat. Sekuriti membukakan pagar buat anak majikan mereka itu. Aiden sedikit hairan melihat pintu balkoni di biliknya belum ditutup.
Aiden singgah ke dapur lalu melihat makanan dalam periuk. Kelihatan masakan Edrianna sewaktu tengahhari tadi masih ada. Dia mencedok sikit makanan kegemarannya, ayam merah special dari Edrianna. Dia mengambil pinggan lalu makan dengan lahapnya.
Selesai sahaja makan, Aiden terus melangkah menuju ke biliknya. Dia membuka lampu namun kelibat Edrianna tidak kelihatan. Dia melangkah masuk lalu terlihat susuk tubuh yang tidur di penjuru bilik beralaskan lengannya dan berselimutkan baju baju tebal milik wanita itu.
Dia terlihat lengan wanita itu telah dipenuhi dengan darah yang mengalir dari hidungnya. Aiden terus menitiskan air mata melihat keadaan itu. Bertapa pucatnya muka isterinya. Bertapa seksanya hidup isterinya itu.
" Hey, bangun!" panggil Aiden dingin. Edrianna menyeka darah di hidungnya lalu berpaling pada Aiden.
" Eh abang, dah balik? Maaf sayang tertidur, abang dah makan? Jap sayang masakan," Edrianna tersenyum lembut lalu mengambil getah rambutnya.
" Aku dah makan. Kau dah makan ubat? Ni kenapa kau tidur bawah? Tak sudi sekatil dengan aku?" balas Aiden semakin dingin. Muka ketat ditayangkan dihadapan isterinya.
"T..tak abang. Jangan salah faham. Sayang tidur bawah sebab taknak kotorkan katil abang dengan darah ni. Lagipun sayang senang nak pergi tandas kan kalau macam ni? Hehe, jangan marah eh!" Edrianna menayangkan sengih dihadapan Aiden. Isu ubat itu tidak dijawabnya kerana dia pun tidak tahu bagaimana dia ingin makan ubat jika ubatnya itu sendiri pun tidak ada.
" Lantak kau ah perempuan!" Aiden meninggalkan Edrianna lalu masuk ke dalam bilik air. Edrianna mengosok luka dikepalanya akibat hentukan di bucu katil pagi tadi. Tidak sempat dia merawat.
Aiden yang masuk kedalam bilik air terus jatuh terduduk. Dia sungguh berasa lemah ketika ini. Dia masih cinta akan isterinya namun dia benci menerima hakikat yang isterinya ialah seorang gangster.
Aiden mengalirkan air mata memikirkan kondisi isterinya tadi. Memang dia berasa kecewa dengan diri sendiri melihat Edrianna yang memperdulikan keselesaan Aiden sebelum kesihatan Edrianna sendiri.
"Aku mesti siasat benda ni!" Aiden memasang tekad dalam hati. Dia akan coba untuk menyelidiki hal ini terlebih dahulu.
* * *
Hi! Saya dah mula exam lah. Saya ada tulis 3 chapter baru baru ni dan each one akan dipublish satu chapter sehari. [ bunyi macam makan ubat lah pula ]
Tapi apapun, enjoy reading yang bermakna vote dan comment jika anda suka. Kalau tak suka buku ni, kenapa masih baca? HAHAHA ok gurau. Janganlah sampai ke hati. Titew mintak maaf..
ANDA SEDANG MEMBACA
Penantian Cinta
Storie d'amoreHighest: [ #17 in Romance, #28 in Romance ] Kahwin Paksa? Ya, memang tipikal. Siapa sangka hidup Edrianna Rose bertukar 360° setelah di paksa untuk berkahwin dengan CEO yang keras kepala, Tengku Aiden Mikael. Mungkin sesetengah orang berasa bersyuk...
