Part 32

10.6K 352 2
                                    

Edrianna telah dibenarkan keluar hospital pada 7:00 malam. Sewaktu dia mengemas barang, kelihatan seorang bidadara jatuh dari langit membuka pintu kejalan yang benar.

Taklah. Cuma Aiden dan senyuman kambingnya depan pintu tu. Aiden menuju kemana Edrianna berada lalu mengambil barangan Edrianna.

Dia memegang tangan Edrianna lalu berjalan keluar wad itu dengan siulan bahagia. Bayaran? Tak perlu sebab ni hospital dia. Kalau bayar pun masuk balik dalam pocket dia kot.

Dia membuka kereta Jaguar F-Type putih miliknya lalu meletakkan barang barang Edrianna di belakang. Dia dengan romantisnya membuka pintu kereta untuk isteri tercinta buah hati pengarang jantungnya itu.

Aiden memboloskan diri kedalan kereta lalu kereta mewah itu meluncur meninggalkan pekarangan hospital.

" Abang," panggil Edrianna lembut.

" Yes sayang munchkin baby girl cutiepie?" balas Aiden gedik sambil memegang tangan Edrianna.

" Abang, boleh tak kita pergi shopping barang baby. Terus decorate bilik baby? Abang off day besok kan? Jomlah! Abang belanja!" katanya ceria.

" Ye lah. Lupa pula tak lama lagi anak anak daddy dah nak keluar. Okay, jom. Abang belanja!"

" Hmm. Sayang rasa semua ni berpunca dari sayang. Kalau dulu sayang makan ubat, mesti tak macam ni kan? Mesti sayang ada masa untuk abang. Jujur sayang cakap, sayang isteri yang tak berguna abang. Sayang tak pernah lengkap jaga pakai minum abang. Semua abang buat sendiri, sayang minta maaf sangat sangat," teresak esak Edrianna berkata apabila dia terkenang yang dia hanya ada 5 bulan yang tinggal untuk mengecapi kebahagiaan. Dikucupnya tangan suaminya penuh sayu.

Aiden terus memberhentikan keretanya tepi jalan menyebabkan Edrianna mendongak. Aiden terus memeluk Edrianna lalu mengucup dahinya.

" Sayang, jangan cakap macamtu. Sayang tak bersalah dalam hal ini. Ini dinamakan takdir. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Dah dont cry, " pujuk Aiden lagi.

Dia melepaskan pelukan lalu menatap muka Edrianna.

" Sayang, nak tahu sesuatu? Abang rasa abang orang paling beruntung sebab memiliki sayang. Sayang, sayanglah seorang yang terbaik untuk abang dan anak anak ni," jelas Aiden menenangkan Edrianna.

" Thank you abang for seeing my dark time as a light, thank you for being there when I'm about to fall, nothing can describe how much I love and afraid to lose you," jujur Edrianna

"Aww, bini abang ni makin sweet! Sayang, jom fikir nama anak anak kota before shopping," cadang Tengku Aiden. Manalah tahu nak buat tempahan apa.

" Sayang fikir nak letak yang boy as Tengku Aryan Elman dan yang girl abang pilih," balas Edrianna. Yalah, tak adil kalau dia seorang sahaja yang pilih nama bayi mereka nanti.

" Wow, dengar bunyi nama tu macam handsome je hero daddy ni. Jadi untuk heroin daddy, daddy pilih Tengku Edryna Adelia, okay tak mummy?" tanya Aiden sambil mengusap perut Edrianna.

" Cantik nama princess mummy. Tak sabar nak tunggu korang keluar," kata Edrianna.

" Okay, nama dah settle, jom sambung jalan sayang?" kata Aiden lalu dia menghidupkan kenderaannya semula. Dia mengengam tangan Edrianna dan sekali sekala dikucupnya.

Alahai, bibir tu asyik nak cium je. Tak letih ke kau menggatal Aiden? 

Setibanya mereka di komplex membeli belah itu, Aiden terus memegang tangan Edrianna. Untuk keselamatan dia bilang.

Mereka memasuki kedai Rose Apparel terlebih dahulu kerana Edrianna ingin menjenguk kedainya.

Dia disapa oleh beberapa orag kakitangannya yang bertugas di sana. Dia menegur mereka sambil tersenyum manis. Aiden sudah resah melihat beberapa staf dan customer lelaki yang terpegun melihat senyuman manis Edrianna.

Eh tak boleh! Merajuk ah dengan Edrianna lepas ni! Kalau tanya kenapa bagitahu sebab Ayen cakap no comel comel!

" Amboi, mak buyung, kenapa orang sebelah muncung ni?" sapa seorang wanita yang manis dan ayu.

" Biasalah Vy, nak kena pujuk. Tu lah buat hal tengah kedai," balas Edrianna lalu mengerling ke arah Aiden yang masih bermasam muka itu.

Ha ni lah crush Edzry, Sandra Vivyana. Dia comel orangnya. Ayu juga. Memang wanita kedua idaman para lelaki di staf selepas Edrianna.

"Ha jom aku bawa pergi naik atas. Kita tengok perkembangan syarikat," kata Vivyana kepada Edrianna.

Edrianna terus menarik Aiden yang masih merajuk itu ke lif untuk naik ke atas.

Setibanya mereka disana, Edrianna disapa oleh staf staf nya. Makin panjang muncung Aiden apabila majoriti nya adalah lelaki.

Aiden merasa tangannya ditarik, dia terus menunduk melihat Edrianna yang pendek sedikit darinya itu.

" Dahlah tak payah nak muncung. Sayang senyum sebab dia kan pekerja sayang. Taknak lah dicop belagak. Abang tak payah jealous. Dah abang memang nombor satu kat hati," lalu Aiden merasa bibirnya dikucup.

Melebar senyuman Aiden sampai ke mata. Bahagia sebab Edrianna dulu yang mulakan langkah. Dia terus menarik pinggang Edrianna kemudian meneruskan langkah mereka ke pejabat.

" Ha, sampai pun. Penat tau tunggu kau tengok drama korang berdua tadi. Dahlah aku ni single, terasa hati tau,  lainlah kalau aku dengan Edzry!" balas Vivyana tanpa sengaja. Edrianna dan Aiden terus membuntangkan mata.

"Edzry?!" jeritan itu menyebabkan Vivyana menutup mulutnya kerana tersasul.

" Eh, uhmmm. Ala, Edrianna, Aiden, tak usah lah bagitahu Edzry eh. Aku tak sengaja. Ala, malulah aku. Dia bukan suka orang macam aku ni," balasnya sedih. Amboi, kau tak tahu keseluruhan cerita.

Tapi, Edrianna dan Aiden tidak mengungkapkan hakikat sebenarnya kerana ingin melihat usaha Edzry menambat wanita pilihannya. Semoga berjaya bigfoot!

                        *       *     *

Hello buah hati-s! Kita bertemu lagi di part yang ini.

Harap korang suka, keep on voting and comment your thoughts! Thank youuu!

Penantian CintaWhere stories live. Discover now