Part 8

21.8K 819 27
                                    

" She's my girlfriend" tegas Aiden.

Okay, apa semua ni? Baru beberapa hari kahwin dah macam ni dah?

" Tak sangka kau macam ni kan" ucap Edrianna sinis sambil menepuk tangan.

" Depan keluarga bukan main baik dia, jangankan pijak semut, pijak telur pun tak pecah pecah " tambahnya.

" Jadi? Kau nak apa? Mengadu? " tengok dah keluar dah taring dia.

" Of course! " satu peringatan, jangan pernah nak cabar Edrianna Rose.

" Kau jangan macam- macam eh!" eleh, dah keluar warning.

" Okaylah sotong, aku baru je sihat, kau pun baru je habis belakon drama kau selama beberapa minggu campur dengan masa kau tipu aku dengan ayat manis kau" kata Edrianna.

" Aku tahu kau kahwin dengan aku sebab jawatan kan? Papa kau bagi tempoh 3 bulan kan? Aku tolong kau. Tapi syaratnya nanti aku bagitahu. Rules & Regulations jugak. For now, kau buat kerja kau, aku kerja aku. Jangan nak sibuk hal each other okay?" tambahnya lagi.

Alahai, dah membebel dah makcik sorang ni. Adui!

                 *          *         *
" Okay jadi ni kertas perjanjian menurut syarat aku" kata Edrianna lalu meletakkan surat itu diatas meja. Mereka sedang duduk di balkoni.

Aiden membaca isi kertas tersebut.

Edrianna's Rules

1. No touchy or physical contact.
2.Jangan fikir dan cakap kotor.
3. Jangan kacau harta benda saya.
4. Pastikan bilik kemas setiap hari.
5. Jangan bawa girlfriend awak dalam rumah.
6. Belanja saya makan sekali sekali okay!
7. Selepas awak dapat jawatan tu, awak boleh pilih, stay or leave.

Yang Benar,
Si Comel Anna.

" Ek eleh, simple je!" ujar Aiden bangga. Sekarang Aiden pulak yang memberi kertasnya.

Flower Boy Aiden's Rules

1. Kau tak boleh ada boyfriend.
2. Belakon sayang depan keluarga.
3. Jangan kau mengadu dekat mama atau papa.
4. Jangan jejak kaki dalam bilik aku. Kain kotor aku angkat pergi bilik cuci.
5. Sentiasa bersedia untuk bermadu atau jadi janda muda.
6. Call me Abang for a period of 3 months.

Yang Benar dari hati yang tulus,

Aiden handsome ;)

Hm, nak muntah aku baca! Handsome konon! Flower boy! Bermadu? Rela aku jadi janda. Tak boleh ada boyfriend? Hahahaha lawak do. Kau ada girlfriend tak pun aku melenting.

" Eleh, kau yang sepatutnya bersedia jadi duda! And abang? No no! " bidas Edrianna.

" Oh taknak? Okay, I'm gonna break your rules too" kata Aiden sambil tersenyum senget macam kucing tercirit.

Mereka pun menandatangani surat tersebut bersaksikan burung burung di awan.

" Okaylah, aku nak pergi masak dinner. Kau nak makan apa? " tanya Edrianna.

" Kau? "

" I mean a-aba..ng" nak muntah aku. Abang? Pergh, memang tempah tangki air untuk muntah.

" Good girl! I want ayam masak merah dan mix veggies" balas Aiden. Ceh senang je. Bukan hanya petik jari, masak sambil buat music geli pun aku boleh.

Ceh Anna, riak.

Aku pun berlalu ke dapur untuk memasak. Ayam beku dikeluarkan. Sayur kasi potong cantik cantik. Jari dihiris. Eh, salah.

Penantian CintaWhere stories live. Discover now