Part 49

13.8K 403 6
                                    

Edrianna telah dibenarkan keluar hari ini dan anak anak mereka juga dibenarkan keluar.

Edrianna mengambil beg untuk mengemaskan barang-barangnya namun dihalang Aiden. Suami yang baik akan menolong isterinya ketika dia sakit, kata Aiden.

Edrianna menyusukan anak anaknya yang lena dari pagi tadi. Sedar tidak sedar mereka sudah berusia 3 bulan. Ertinya 3 bulan sudah Edrianna di tahan di hospital.

Aiden menjemput mamanya dan mama mertuanya untuk ikut sama mengambil Edrianna untuk mengendong anak mereka.

Setelah mereka masuk dalam kereta, kereta Aiden mulai membelah jalan raya.

Telefon Edrianna berbunyi menandakan panggilan masuk. Nasib anak dia tak bangun.

Hello, Edrianna speaking.

Hello Mrs.Edrianna.
Saya nak bagitahu yang
minggu depan Puan kena
adakan press conference tentang
berita bahawa Mrs telah meninggal dunia.

Okay, just set the date and time. Text me the place okay? Kalau boleh cepat sebab I takut my business partner will cancel all
of our deals.

Baik puan.

Terima kasih, Hairil.

Sama sama puan.

Mata Aiden terus terarah apabila mendengar nama lelaki disebut oleh Edrianna.

" Hairil?"

" Haah. My PA" kata Edrianna selamba. Dia terlupa yang Aiden seorang yang cemburu.

" Kenapa ambil lelaki?" urat di tangannya sudah timbul akibat genggaman kuatnya pada stering kereta tersebut.

" Itu sebenarnya PA abang Zayyan. Dia take over my company waktu I sakit. So macam kenapa nak tukar lagi macam tiber. Okay gurau. Sayang taknaklah menyusahkan. Betul. Nanti kalau sayang pergi, tetap juga abang Zayyan take over my company," kata Edrianna sambil menggengam tangan Aiden.

Mata Puan Bella mengalirkan air mata. Dia sedar anaknya belum pulih total. Edrian juga sudah menerangkan kondisi Edrianna pada mereka.

" Mommy, dont cry" kata Edrianna dari tempat duduk di hadapan. Dia terdengar bunyi esakkan kecil ibunya.

" Apa maksud Edrianna? Mama tak faham" kata Datin Syuhada. Pelbagai soalan timbul di kepalanya. Edrianna ada PA? Edrianna akan pergi? Apa semua tu?

" Takda. Cafe Edrianna akan Edrianna bagi dekat Zayyan, abang angkat Ed sebab manatau Ed nak sambung belajar ke apa," kata Edrianna lalu tersengih.

Satu sebab kenapa dia tidak ingin ibu mertuanya untuk mengetahui tentang sakitnya adalah kerana dia tidak mahu ibu mertuanya rasa bersalah ketika membuang ubat-ubatannya dahulu.

Perjalanan ke rumah amat sunyi selepas itu. Masing-masing sibuk melayan perasaan sendiri.

Setelah membuka pintu kondo Aiden, anak anak mereka terus diletakkan dalam baby court.

" Ma, Mommy korang nak tidur sini malam ni?" tanya Edrianna lembut.

" Tak sayang. Mommy balik sebab you know daddy, balik outstation kena nampak muka mommy dulu," kata Puan Bella. Edrianna ketawa kerana dia tahu bagaimana besarnya cinta daddynya kepada mereka sekeluarga.

Penantian CintaWhere stories live. Discover now