Edrianna segera mengambil tempat bersebelahan Aiden. Edrian sudah lama pulang kerana mama sibuk mencarinya.
From: Pumpkin Edrian
Hai adik! Abang dah sampai rumah!
To: Pumpkin Edrian
Glad you arrive safely. Is mom and dad alright? How about Edzry? Adik rindu giler memekak dengan dia.
From: Pumpkin Edrian
Adik, don't overthink. Remember, jangan fikir banyak sangat.
To: Pumpkin Edrian
Okay abang!
Dan Edrian hanya membaca pesanan terakhir Edrianna. Fikirannya melayang terbang jauh tinggi di angkasa. Kesian Edriana. Semua orang buang dia. Edrian mengerjakan solat mendoakan kebahagian dan kesihatan Edrianna.
" Along! Along dari mana baru balik?" soal mama kepada Edrian. Mungkin berterus terang adalah jalan yang terbaik. Manalah tahu ibu terbuka hati melawat Edrianna.
" Along lawat adik. Dia dimasukkan ke hospital sebab tertekan dengan hal tadi," habis saja ayat itu ditutur Edrian, mama terus bangkit dari duduknya. Ayah merenungnya tajam. Zara yang mendengar itu terus merengus geram. Fikirnya kehadiran dia mampu membuatkan semua lupa tentang adik diorang tu. Rupanya belum. Apa yang syok sangat tentang Edrianna tu sampai Edrian susah nak lupakan dia?
" Adik?!" tanya Edzry hairan. Dia dalam dilemma, dia sangat sayang akan adiknya itu tetapi akibat fitnah yang ditabur, dia berasa malu tentang perbuatan Edrianna.
" Siapa suruh kamu jumpa betina tu?! Sekali lagi kamu jumpa dia, siap kamu! Mama tak teragak agak untuk gugurkan kandungan dia tu!" jerkah ibu. Terkejut Edrian.
" Don't you dare to touch my niece and nephew. Mama tahu berapa lama diorang tunggu baby tu keluar? Mama tahu yang Edrianna menahan sakitnya dan mengandung? Mama dah tak kesiankan dia ke?" sayu saja percakapan Edrian. Mama terus berpaling dari memandang muka mereka.
Ibu mana yang tak sayang anak. Tapi perbuatan Edrianna amat sukar untuk dimaafkan. Dia berasa malu sehingga membawa diri ke negeri barat untuk menjauhi anaknya itu. Dia pun tidak tergamak membunuh cucunya tetapi bila marah menguasai, memang perkataan bodoh yang keluar. Itulah sebabnya kita jangan berkata kata ketika marah kerana ianya adalah ego semata mata.
" Niece? Nephew? Heh, memang tak lah!" jerkah Zara. Dia memang paling manja dalam keluarga ini dan mendapat title adik yang dipegang Edrianna.
" Kau Zara diam! Kau takkan pernah ganti tempat Edrianna dakam keluarga ni!" bidas Edrian.
Mama terus masuk ke bilik dan papa manakala Edrian berlalu ke dapur. Zara sibuk menyambung tugasnya mencari kasut untuknya keluar lepak malam nanti.
Edzry pulak menghadap telefonnya. Ni lah keadaannya, setiap kali nama Edrianna disebut, mesti timbul rasa rindunya terhadap adiknya itu sebagai seorang abang. Edzry rupanya sedang stalking Instagram Aiden dan Edrianna. Kadang kadang dia tersengih melihat pasangan sejoli itu.
Dia menekan satu post Instagram Edrianna dimana Aiden yang merajuk akibat Edrianna yang mengotorkan mukanya menggunakan buttercream. Bukan sikit, tapi full face Aiden kena buttercream.
Edzry membaca caption gambar tersebut, " Finding happiness before it ends, love you @tengkuaiden"
Dia tahu akan penyakit Edrianna kerana dia pernah terdengar perbualan Edrian dan Edrianna yang menyatakan Edrianna menghidap brain tumor itu. Menag berlari teruslah Edzry kebilik lalu menangis mengenang nasib adiknya. Malam itu juga, dia pun mengatur langkah untuk melawat adiknya.
* * *
Edrianna membaca novel sambil berbaring diatas katil hospital itu. Dia belum lagi dapat keluar akibat tekanan darahnya yang masih tinggi.
Edrianna mengeluh seketika akibat kebosanan kerana Aiden sedang berjumpa client manakala Edrian berkerja tetapi di hospital lain.
Masih lagi dia ingat bagaimana Aiden memujuk client itu supaya berjumpa di cafe Edrianna yang terletak tidak jauh dari hospital itu. Aiden, Aiden, manja sangat!
Pintu biliknya terbuka. Edrianna terus melihat gerangan itu. Aiden ke? Tapi sangkaannya meleset apabila figura seorang gadis yang kelihatan. Gadis itu membawa sejambak bunga dan senyuman manith.
" Eh, harap harap bunga tu dari kedai aku. Adalah juga keuntungan masuk!" Edriannna bermonolog dalam hati.
" Hai bekas keluarga Mr.Aziz, perkenalkan saya Zara Erisha, model terkenal dan juga anak bungsu Encik Aziz," kata Zara sombong.
" Doktor kata, layan jelah orang gila. Tak pasal pasal meroyan dia nanti" sindir Edrianna. Dia tergelak dalam hati memikirkan kata katanya tadi.
" Siapa gila? Kau yang gila!" jerit Zara. Bilik ni memang tak berapa nak dengar suara dan ni bilik VVIP untuk CEO Rose Apparel.
" Aku tak cakap kau gila, yang kau terasa apa hal? Lagipun kalau aku gila, kau lagi gila sebab dengan tak malunya mengaku keluarga orang sebagai keluarga kau sendiri. Kau fikir aku tak tahu perancangan kau dengan Fadueq. Apa? Nak hancurkan aku? Kau dengar eh, sebesar mana pun cinta kau pada Aiden, aku takkan lepaskan dia untuk kau!" bidas Edrianna kepada wanita dihadapannya ini.
Berang dengan kata kata Edrianna itu, Zara terus menarik bantal Edrianna lalu menekup muka Edrianna. Edrianna meronta minta dilepaskan namun sia sia. Rontaan Edriann semakin lemah apabila hidungnya tiba tiba berdarah dan nafasnya tidak teratur.
" Woi! Apa kau buat tu ha?!" jerkah seseorang.
Itulah perkara terakhir yang Edrianna dengar sebelum dia tidak sedarkan diri. Babi kau Zara!
ANDA SEDANG MEMBACA
Penantian Cinta
RomanceHighest: [ #17 in Romance, #28 in Romance ] Kahwin Paksa? Ya, memang tipikal. Siapa sangka hidup Edrianna Rose bertukar 360° setelah di paksa untuk berkahwin dengan CEO yang keras kepala, Tengku Aiden Mikael. Mungkin sesetengah orang berasa bersyuk...
