"Ma? Pa?" gugup sahaja bunyi Alondra menuturkan ayat itu. Tidak sangka bakal berjumpa dengan bakal ibu dan bapa mertuanya selepas 5 Tahun.
" Alondra, Rindunya mama dekat kamu," kata Puan Bella teresak esak.
Alondra hanya membalas pelukan Puan Bella lalu mengalihkannya.
" Sorry, so I'll speak in malay starting from now on, jadi Alondra nak bagitahu tentang keadaan Edrianna sekarang. Dia kehilangan banyak darah, tadi dia bleeding profusely tapi mujurlah sudah dapat diberhentikan. Perkara ini adalah sangat bahaya dan mesti di ambil berat. Dia kehilangan darah akibat muntah darah dan kecederaan tadi. Dia akan sedar dalam 1 jam lagi," katanya sekali nafas.
Puan Bella dan Tuan Aziz sudah berkerut dahi. Tentu hairan mengapa Edrianna dibilang kerap muntah darah.
" Kenapa adik-" cakap mama dipotong oleh Edrian.
" Ma, Aiden ada lagi satu benda nak bagitahu mama," tegas Edrian.
" Uhmm.. sebenarnya.. maa," gugup bunyinya menahan air mata yang berlinangan.
" Apa Aiden?! Tell us now!" jerkah Puan Bella. Tak sanggup menahan rasa resah didalam dada menunggu khabar anaknya.
"Edrianna, anak mama dengan papa, menghidap ketumbuhan otak di tahap ketiga. Dia sangat memerlukan pembedahan tetapi itu akan membahayakan kandungannya. Jadi dia cakap nak buat pembedahan selepas bersalin. Tapi kebelakangan ni, dia muntah darah. Dan tadi, along cakap dia pengsan sebab muntah darah banyak sangat, maafkanlah Edrianna ma, pa,
Dia tak pernah bersalah, masa dia tahu mama dengan papa lari ke France, dia sangat tertekan ma,pa" kata Aiden lalu terduduk kerana badannya sudah berasa lemah. Dia tak mampu menangung kesedihan.
Dan dia harus mengakhiri hubungannya dengan Seraphina. Walaupun dia cinta akan wanita itu, tetapi tidak sekali sekali dia akan membiarkannya menghancurkan hubungannya dengan isterinya.
Selesai saja Edrianna pantang, dia pasti akan membalas perbuatan Seraphina, Zara dan Fadueq. Takkan pernah terlepas dari penghukuman Aiden!
" Abang. Anak kita! Kenapa dia sakit macamtu!" lalu Puan Bella memandang Aiden tajam.
" Ma, Pa, tu bukan sebab apa yang Aiden lakukan. Tapi sebab Fadueq," jawab Edrian.
" Siapa Fadueq tu along?" tanya kedua ibu bapanya.
" Fadueq, senior adik sewaktu dia dibawah jurusan perubatan. Dia culik adik balik dari kem 5 tahun lepas. Itulah sebab kenapa adik takda dengan kita untuk beberapa bulan. Adik tak lari ma. Mama benci dia kan sebab Fadueq datang dan cakap dia bersembunyi di rumah kawan dia sebab benci keluarga kita?
Sebenarnya Fadueq jahanam tu yang kurung dia, seksa dia, mental Edrianna didera teruk, itulah sebab Edrianna takut takut nak pergi dapur dan jumpa kita orang. Dia takut benda tajam dan manusia. Mental dia dah dicemari. Satu hari, along pergi ke kolej nak minta penjelasan dia, waktu tu along tengok seorang perempuan ni, memang teruk keadaan dia, rupanya tu adik. Along yang bodoh sebab percaya fitnah tu pun bawa dia pergi hospital lepastu along tinggalkan dia.
5 hari lepas tu, rakan sekerja along beritahu pada along ada satu pesakit ni kena jalankan CT scan. Along pun terus pergi, tengok biodata, rupanya adik. Along tak faham kenapa, kenapa along taknak jalankan tapi selepas dipaksa baru along lakukan. Lepas je along study result tu, along memang terkejut Edrianna menghidap ketumbuhan otak. Along menangis menyesal ma, masa tu Along bagitahu adik tapi dia senyum je, dia cakap tu balasan dia sebab tak pernah jadi anak baik untuk mama dan papa. Tak pernah jadi adik yang baik untuk along dan angah. Dia suruh rahsiakan ni dari korang semua sebab dia cakap dia memang dah banyak bawa masalah dan tekanan kepada korang semua jadi dia nak korang tenang. Tapi along tak sangka yang angah terdengar perbualan kami berdua," ulas Edrian panjang lebar menceritakan cerita sebenar yang disimpan selama 5 tahun. Penderitaan Edrianna, sakit Edrianna semua dia simpan bersama dengan kedua abangnya.
"Kenapa along, angah, kenapa tak pernah bagitahu papa dan mama. Korang tahu betapa sayangnya kami dekat korang. Apa ni?" tegas papa.
" Maaf pa,ma,ini semua permintaan Edrianna, along tak boleh bantah sebab dia memang paksa along jangan beritahu. Dan dia taknak buat pembedahan awal sebab taknak korang risau," tambah Edrian. Edzry hanya merenung ke dalam wad Edrianna. Menunggu bila adiknya akan pulih.
Pada saat itu, seorang jururawat keluar bersama beberapa lagi jururawat yang lain.
" Doktor, dia dah sedar," kata jururawat tersebut.
Edrian dan Alondra yang memang doktor disitu terus meluru ke dalam wad. Alondra hanya melihat Edrian yang sedang merawat Edrianna dengan penuh kasih sayang.
Makin membara lah perasaan cintanya kepada jejaka itu. Dahlah nampak segak walau hanya berbaju T tetapi badannya yang tegap itu membuat Alondra jatuh cinta sekali lagi.
"Ehem kak, nak tembus belakang abang akak tenung," Edrianna berdehem. Eleh dia ni, baru je sedar dah nak mengusik.
"Uhm, Edrianna dah sedar?" tanyanya menutup debaran di dada. Dahlah si Edrian ni bagi senyum kambing dia kat aku.
" Soalan ke tu? Nervous nya akak. Dah Ed duduk cakap dengan akak mestilah dah sedar," Edrianna ketawa terbahak bahak.
" Hai Edrianna, kau sakit nak masuk tahap kritikal pun kau boleh berlawak sana sini. Along tahu kau sebenarnya nak tutup rasa kecewa" getus Edrian dalam hati.
" Ha kambing, ni ada orang nak lawat Ed," kata Edzry kepada Edrianna. Sejak bila masuk pun tak tahu langsung. Dahlah sukahati selipar dia nak panggil Edrianna comel ni kambing.
Edrian memanggil Aiden dan kedua ibu bapanya. Edrianna terus menundukkan pandangannya melihat wajah Aiden. Dia takut Aiden akan memarahinya sekali lagi.
Sebuah kucupan hinggap didahinya. Kucupan penuh kasih sayang. Mengumpul kekuatan, dia memandang mata gerangan itu.
" Hello darling," lalu Aiden mengenyitkan mata. Edzry disebelah buat buat loya yang menyebabkan kepalanya disekeh oleh Edrian.
" Hai abang, I.... m..miss you," katanya gugup.
"More sayang. Abang minta maaf sebab tengking sayang dan tinggalkan sayang tadi. I am sorry dear love,"
" Shh abang, its okay. Sayang tak apa," namun sejurus berkata sedemikian, dia meminta seseorang menghulurkan baldi. Pasti Edrianna ingin muntah.
" Sayang, stay strong please. For me, for our kids, and for our families. Sayang dah makan?" tanya Aiden prihatin.
" Tadi dah, dengan izin Tuhan abang, Edrianna pasti kuat. Edrianna harap sebelum Edrianna tutup mata, Edrianna dapat berpelukan dengan mama dan papa Edrianna dan mama abang. Edrianna rindu sangat dengan dorang dua ni. Andai kata Edrianna pergi waktu bersalin, Edrianna harap korang kenalkan anak anak Edrianna dengan nenek dan atok dorang eh," Edrianna menangis di pelukan Aiden. Dia tidak sanggup meninggalkan keluarganya namun semua ini adalah rancangan Tuhan. Tiada siapa dapat menghentikan.
"Adik," kedengaran sebuah panggilan dari suara yang dirindui.
Edrianna mendongak mencari kelibat itu. Dia terus menatap wajah tua itu sebelum air matanya mengalir lagi sekali.
Papa dan Mama!
* * *
Hello Bello guys. Thanks sebab masih baca sampai ke chapter ni. Actually I try nak buat plot twist dia beza sikit tapi macam sama je. Hmm. Sedih ar!Tolong bagi comment and rating di comment section untuk saya memperbaiki chapter chapter seterusnya. Kalau tak rate, maka....
Vote yang anda beri amat beharga buat author yang comel ini. Terima kasih.
Love,
author yang comel dan cantik (seperti yang dinyatakan)

ANDA SEDANG MEMBACA
Penantian Cinta
RomanceHighest: [ #17 in Romance, #28 in Romance ] Kahwin Paksa? Ya, memang tipikal. Siapa sangka hidup Edrianna Rose bertukar 360° setelah di paksa untuk berkahwin dengan CEO yang keras kepala, Tengku Aiden Mikael. Mungkin sesetengah orang berasa bersyuk...