' Rise and Shine sweetheart darling honey bunny sweetiepie baby busuk!" sapaan ceria seorang lelaki kedengaran di telinga Edrianna.
Dia yang baru sahaja membuka mata terkejut mendengar suara itu lalu dengan refleks yang pantas, muka lelaki itu ditumbuk.
"Adoi!" teriak Aiden. Jangan tengok tangan, tapi tengok siapa punya tangan. Pagi pagi dah dapat penumbuk.
"Abang! Sayang minta maaf. Jangan merajuk alright? Ala, sayang terkejut sebab abang tiba tiba muncul macam tu," Edrianna membuat muka secomel yang boleh. Aiden mengalihkan pandangannya, takut dia tergugat melihat kecomelan isterinya.
"Taknak. Saya taknak maafkan awak. Sakit hidung titew," rajuk Aiden sambil muncung bibirnya.
Alahai, macam donald duck pun ada muka Aiden sekarang ni.
" Ala, jangan marah eh? Kalau marah, tak nak kiss abang anymore lah. Kalau masih merajuk, mommy dengan baby nak main dengan siapa? Baby needs papa. And so do mommy," pujuk Edrianna sambil membuat puppy eyes.
Telinga gatal Aiden terus berfungsi mendengar perkataan "kiss". Dia terus memandang tepat ke mata Edrianna.
"Kiss? Boleh tak abang kiss sekarang? Abang dah tak marah," kata Aiden bahagia. Amboi amboi amboi!
Dia terus melekapkan bibirnya pada binir Edrianna.
Bunyi tepuk tangan kedengaran diseluruh wad itu. Aduhai, masa ni juga lah Edrian, Alondra dan Edzry nak lawat.
" Along, pagi pagi dah tengok drama. Bilalah chance kita eh nak buat?" kata Edzry sambil memeluk lengan sasa Edrian lalu sandarkan kepalanya disana.
" Eh lepas lepas. Along dah. Kau je belum! Ni ha, Alondra ni, bakal wife along, kan sayang?" bahu Alondra dipeluk. Memerah pipi Alondra menahan malu. Baru kemarin kot dia lamar!
Nasib lah mereka berdua sudah berbincang dan semuanya hanya salah faham. Perkara itu amat mudah diselesaikan kerana kedua dua pakai bedar ini bersikap professional dan matang sewaktu perbincangan.
" Hmm, susahlah long. Angah nak yang cantik, macam miss universe!" kata Edzry sambil tersengih membayangkan seseorang yang telah mencuri hatinya. Ececeh!
" Ha tu kenapa senyum senyum kucing ni? Ingat awek eh? Bagitahu mama!" kata Edrianna menyakat. Edzry terus menjeling adiknya. Namun, kepalanya terus diluku oleh Aiden.
" Ko pehal jeling jeling bini aku? Eleh!" Aiden semakin rapat dengan angah disebabkan perangai kedua duanya yang seperti orang tidak waras. Namun itulah penyebab senyuman Edrianna timbul dibibir setiap hari sambil menahan sakit di badan.
* * *
Satu mentol menerangi gudang lama itu. Seorang wanita memghembuskan asap rokok ke udara sambil memegang sebuah gambar perempuan yang cantik." Rocky, Cloud , Sean!" jeritnya memanggil konco konco kepercayaannya. Terus ketiga ketiga lelaki itu datang menemui ketua mereka.
" Yes boss?" kata Rocky.
" Mana Era? Kenapa aku tengok dua pasangan tu makin bahagia? Kau tahu tak keluarga perempuan tu dah terima dia balik? Kau tahu tak Aiden tu milik aku sorang! Habis duit aku ugut sepupu kembar aku tu kau tahu tak! Duit aku jumpa bomoh lagi! Korang ni memang selalu bodoh macam ni ke?" tengkingnya. Suarahya bergema diseluruh pelesok gudang itu.
Tak lain tak bukan, jeritan yang memecahkan gegendang telinga ketiga tiga lelaki itu adalah jerits gedik Tengku Seraphina. Biasalah, di luar bukan main sopan, dekat dalam, semua benda haram dia pernah buat.
" Kami dah buat bos. Tapi bos tahukan perempuan tu banyak supporters. Abang abang dia. Aiden, dan yang lain bos," kata Rocky yang juga dikira sebagai pengintip dimana dia mencari Edrianna disetiap pelesok bumi, apa yabg dilakukan Edrianna dan sebagainya.
" Ah! Alasan! Mana lelaki durjana tu? Seksa tu seksa sampai matilah! Ni kau tinggal tinggal separuh kau fikir apa?
Peluang kedua? Eh bangang betol!" herdiknya lagi. Habis terkeluar air liur nya kerana menjerit.Orang suruhannya itu hanya akur merenung muka mereka yang basah dek terkena semburan air liur bosnya itu.
* * *
Dua orang doktor masuk ke wad Edrianna. Tak lain tak bukan memang Alondra dan Edrian. Kedua mereka ingin menengok keadaan Edrianna namun nampaknya dia sedang lena diulit mimpi bersama suaminya yang tidur disebelahnya. Untuk lah badan kecil, muat dua orang.
Edrian terus mengambil gambar kedua pasangan itu lalu menghantar dalam family groupchat mereka.
Edrian hanya memandang Alondra gatal.
" Next time kita punya turn eh. 2 months to go sayang and you're officially mine," katanya dengan nada yang lembut dan mampu mencairkan Alondra.
Tanpa mereka sedari, rupanya kedua pasangan itu sudah pun bangun dari lena mereka. Terdengar hilai tawa kedua duanya yang sekaligus menyedarkan kedua pasangan doktor itu.
" Amboi, bukan main eh along! Gatal sangat! Bagitahu papa mama!" kata Edrianna sambil bangun dari posisi baring mereka berdua tadi.
" Cubalah! Mama dengan papa dah restu kot. Kalau adik bagitahu pun, makin gembira kot mama dengar kan sayang?" lalu Edrian melanggar manja bahu Alondra.
Refleks pantas Alondra yang mengelak perbuatan itu menyebabkan Edrian jatuh terjelopok di lantai dan mengundang tawa semua orang. Dia terdengar tepukan tangan seseorang yang menyebabkannya makin geram.
Tak lain tak bukan, mesti si Ezdry dah datang ni!
Dan betul sangkaannya, Edzry sedang ketawa sambil merakam aksi tersebut. Dia menjelirkan lidah kepada Edrian tanda mengejek lalu dipost nya ke instagram story miliknya.
@edzryaziz
When life hits you hard @dr.edrianaziz
Edzry terus menutup phone nya lalu melangkah masuk membantu abang kesayangannya itu.
" Kalau angah berani post video tadi tu, along send gambar angah tidur sambil hisap jari bulan lepas dekat wanita idaman angah tu" ugut Edrian.
" Macamlah along kenal dia siapa," kata Edzry sambil meniup kuku nya ala ala diva gitu.
" Eleh, angah suka ketua bahagian kewangan dekat kedai baju adik tu kan?" balas Edrian sambil menghadiahkan senyuman kemenangan kepada Edzry.
" Ketua bahagian kewangan kat kedai adik tu? Sandra Vivyana ke maksud korang?" tanya Edrianna. Dia amat rapat dengan Sandra dan selalu membawanya makan malam dirumah mereka dulu. Disanalah Edzry menanam rasa cinta terhadap gadis itu.
" Sarah Vivyana? Sepupu Alondra ke Edrian?" tanya Alondra hairan.
" Yes, sepupu awak sayang,"
Maka dengan itu, makin merahlah muka Edzry kerana tembelang sudah pecah. Dia menyiku perut abangnya lalu memberi jelingan yang cukup tajam. Dahlah bakal kakak ipar dia tu sepupu crush nya sendiri.
Edzry yang geram hati itu terus duduk di kerusi sambil memuncungkan mulutnya. Aiden yang lawak melihat itu terus menarik muncung abang iparnya itu.
Makin semakin penuhlah bilik itu dengan ketawa dan kebahagiaan. Bak kata orang putih, laughter is the best medicine to cure the pain in your heart.
* * *
Hai! Macamana chapter ni? Maaflah kalau bosan, saya tengah prepare untuk exam jadi dalam kepala ni cuma ada pelajaran je.Tapi saya harap korang tetap vote and comment sebab saya harap korang suka buku ni.
YOU ARE READING
Penantian Cinta
Roman d'amourHighest: [ #17 in Romance, #28 in Romance ] Kahwin Paksa? Ya, memang tipikal. Siapa sangka hidup Edrianna Rose bertukar 360° setelah di paksa untuk berkahwin dengan CEO yang keras kepala, Tengku Aiden Mikael. Mungkin sesetengah orang berasa bersyuk...