Part 37

13.1K 475 35
                                    

Edrianna dikejutkan oleh Aiden pagi itu. Dia memisat matanya lalu memandang Aiden.

" Ye abang?"

" Aku nak keluar pagini. Ada hal," kata Aiden senada.

" Okay take care, by the way, abang boleh tolong belikan udang dan sotong waktu abang balik nanti. Esok Ed dah nak pergi rumah mama dengan papa nak bawa makanan pergi sana, jap Ed ambil duit dulu," kata Edrianna lalu cuba untuk bangun dari pembaringannya. Edrianna mula memakai oxygen tank sejak dua hari lepas sebab dia kekurangan nafas. Muntah muntah dan batuk menyebabkan dia terbaring lemah dan kurang nafas.

" Dah, kau tu sakit. Aku je bayarkan. Dah aku pergi ni," kata Aiden namun Edrianna sempat menarik tangannya.

" Abang, kejap eh. Lend me few minutes, I really need to tell you this," kata Edrianna. Aiden hanya mengangkat keningnya sebagai tanda tanya.

" Dengar sini, Sayang, Edrianna Rose binti Aziz ingin memohon maaf diatas segala salah silap sayang. Sayang nak abang tahu I love you so much! Lagi 3 hari mereka berdua ni keluar dan lepastu sayang buat pembedahan kalau sempat. My point here is, kalau Ed pergi sebelum atau sewaktu pembedahan tu, jagakan mereka eh abang. Sayang nak tengok mereka membesar jadi anak yang penuh agama di dada. Sayang amanahkan mereka dekat abang, sayang mohon maaf sebab tak pernah bagitahu abang masa silam sayang lagi. Terima kasih kerana pernah jadi penyeri hidup sayang yang kucar kacir ni. Halalkan makan minum sayang dan tolong doakan semoga dipermudahkan sayang bersalin nanti.

Kepada abang, Tengku Aiden Mikael binti Dato Azmeer, terima kasih atas segala perasaan cinta abang terhadap sayang. Kenangan manis kita bersama. Terima kasih. Satu lagi, bawa lah sekali segala Aryan dengan Edryna nanti melawat kubur sayang eh, kalau abang sudi. Mungkin ni jadi kali terakhir kita jumpa. Akhir kata, saya, Edrianna Rose, cinta mati dengan Tengku Aiden Mikael, my prince charming. Okay abang, take care!" kata Edrianna sambil mengusap pipi Aiden.

Sewaktu itu dia berkata sedang Aiden dalam lena walau bukan itu hakikatnya kerana Aiden sedar waktu itu, sekarang dia ingin Aiden sendiri mendengarnya dari mulut Edrianna sendiri. Dia mengucup bibir Aiden lalu tersenyum.

Aiden hanya tidak beriak lantas meninggalkan bilik itu dengan segera. Aiden tersentuh mendengar ayat isterinya itu. Dia harus mencari hakikat sebenarnya!

                          *          *        *

Edrianna mengambil tualanya lalu ke bilik pergi ke bilik air. Setelah mandi, dia berhasrat menyusun segala baju untuk dibawanya pada esok hari. Tilamnya sudahpun dia kemaskan.

Sedang di sibuk mencari dimana letaknya beg pakaiannta, mertuanya telahpun menjerit memanggil namanya.

" Hey, betina turun kau!" jerit Datin Syuhada.

" Sekarang, memandangkan laki kau dah keluar sebab selama ni dia asyik upah orang perhatikan aktiviti kau kat rumah sebab sayang sangat kat kau sampai plan aku tak menjadi, tapi sekarang, tak mustahil benda ni dihalang. Okay lah, aku jujur. Jujur aku muak tengok muka gangster macam kau ni! Sampah masyarakat! Aku nak kau dengan anak bodoh kau tu keluar dari rumah aku! Jangan sesekali kau jejak kaki kat sini atau minta nafkah dekat anak aku. Sundal!" lalu dia menolak Edrianna dengan tangan kosong itu keluar rumah.

Edrianna terkesima. Sebegitu besarkah hinanya seorang gangster? Mengapa? Mereka tidak tahu menahu belakang cerita! Kenapa dia tidak pernah diberi peluang menegakkan kebenaran. Mengapa Edrianna Rose selalu diseksa.

Biarlah Edrianna, tak semua orang suka kita. Yang suka tu, terima kasih sebab hadir dan ajar erti kasih sayang. Dan yang benci, terima kasih kerana jadi pembakar semangat untuk terus menempuhi kehidupan.

Edrianna merasa bahawa tempat yang selamat adalah hospital. Lagipun dia memang dah nak bersalin beberapa hari lagi. Tahanlah Edrianna untuk 10 kilometer lagi.

Kenapa tak pakai teksi? Dah keluar tangan kosong, phone pun tak sempat bawa apatah lagi duit.

Dalam perjalanan, dia merasa bayinya sudah ingin keluar. Edrianna mempercepatkan langkahnya namun sia sia apabila rasa sakit semakin mencengkam badannya.

Dia tiba tiba terjatuh dan kepalanya terhantuk penghadang jalan. Tambahan pula, kawasan rumah agam itu memang jarang dilintasi oleh kereta. Edrianna yang terbaring itu segera meneran sekuat hatinya. Setelah beberapa kali, anaknya, Aryan Elman telah lahir ke dunia. Sekarang dia cuma menunggu masa untuk yang kedua. Edrianna melihat jam di tangannya. 10:50 pagi adalah waktu Aryan dilahirkan. Tangisan seorang bayi kedengaran di telinga Edrianna. Dia meneran sekali lagi untuk mengeluarkan anak keduanya. Dan 11:00 pagi adalah waktu Edryna dilahirkan. Tangisan kedua dua bayinya bergema di telinganya.

Dia mengucapkan syukur. Dia berdiri semula untuk menuju ke hospital. Namun apakan daya, sakit kepalanya kembali mencengkam seluruh tubuhnya.

"Hai putera puteri mama, comel je mama tengok korang dua. Hihi muka Aryan ada iras papa lah. Aryan, Edryna, maaf eh kalau mama tak sempat susukan korang. Mama nak sangat tapi keadaan tak mengizinkan jadi maafkan mama eh. Ingat tau, dengar cakap papa paling penting, kalau ada mama baru, dengar cakap dia, hormati dia, dengar cakap nenek dan atok, tokma dan tokpa, pak long dengan pak ngah juga eh. Jangan lupa solat kalau dah besar. Jadi anak yang soleh ya buah hati mama. Sayang korang berdua," Edrianna mengucapkan bait bait kasih kepada anak anaknya. Dia tidak tahu sama ada dia berkesempatan untuk melihat anak anaknya lagi atau tidak.

Terdengar seseorang memanggil namanya lalu dia melihat seseorang datang menghampirinya.

" Anna!" jerit orang itu. Edrianna terus mengecam suara tersebut. Kamalia!

" Lia, hantar anak anak aku pergi hospital. Yang lelaki nama dia, Ar..Aryan Elman bin Abdullah lahir jam 10:50 pagi dan yang perempuan Edryna Adelia bin Abdullah lahir jam 11:00 pagi. Jangan letak Tengku atau nama Aiden. Terima kasih atas jasa kau. Aku biarlah dulu. Memang masa aku pun tak lama lagi, jumpa lagi sahabat, terima kasih, aku pergi dulu eh, nak rehat jap, penat," kata Edrianna lemah sambil tersenyum kepada Kamalia yang mengangkat Aryan dan Edryna.

" Tak! Aku takkan tinggalkan kau. Jangan tutup mata! Jangan rehat dulu Anna!! Tolonglah kali ni je kau tahan! Sini aku papah! Abang!" teresak esak Kamalia. Dia memanggil abangnya untuk mengendong Aryan dan Edryna.

Edrianna diletakkan di kerusi belakang manakala Aryan dipegang oleh Edrianna. Kamalia duduk bersebelahan Edrianna dan memegang Edryna.

" Kamalia, terima kasih sebab sudi jadi kawan aku. Aku tak tahu macamana nak balas jasa kau. Kalau ni lah kali terakhir kita jumpa, aku nak cakap yang aku bersyukur ada kawan macam kau. Kalau aku pergi, hantar anak anak aku kat Aiden tau tapi kalau dia tak sudi, tolong hantar dekat keluarga aku. Aku amanahkan mereka dengan kau. Bakery, Flower Shop dan Rose Apparel, aku bagi kau kalau aku dah takda nanti. Jaga elok elok eh! Kirim salam sayang kat semua. Bagitahu Aiden, aku maafkan dia dan sayang dia sangat sangat. Jenguk jenguklah aku walau hanya tinggal tanah sahaja nanti. Kalau aku masih diberi kesempatan hidup, biarlah mereka bersama aku. Aku tak tahu kalau ni kata terakhir aku atau bukan tapi selamat tinggal sahabat, aku sayang kau," Edrianna memeluk Kamalia. Kamalia segera mengambil Aryan apabila tangan Edrianna jatuh melorot dari lengannya.

" Ed! Bangun Ed! Jangan tinggalkan aku! Kau kena kuat! Anak anak kau perlukan kau Ed! Aku nak kita sama sama berusaha untuk bakery tu!" tangis Kamalia. Mana mungkin sahabatnya pergi meninggalkannya. Dia selalu bersama Edrianna sewaktu suka dan duka.

                              

* * *
Saya tak tahu tapi saya terkeluar air mata tulis chapter ni. Tak tahu lah samada sebab saya baru bangun tidur atau terlalu sedih. HAHAHAHA!

Maaf lambat update. Supposed to  publish this chapter semalam tapi lupa hehe. Jangan marah eh.

Okaylah apa apapun tetap comment dan vote sebab saya sayang diri sendiri. K bye lovelies !

Penantian CintaWhere stories live. Discover now