Part 45

16.5K 442 8
                                    

Aiden memandang sepi wad Edrianna. Rasa sedih timbul dalam hatinya.

" Sayang tak tahu, abang pun berperang dengan emosi abang. Abang tertekan, thats why i accidentally threw foul words to you," getus hati Aiden.

Dia menunggu Edrianna dirawat dan sambil itu Aiden melihat kembali gambar mereka berdua dahulu.

Senyuman terbit di bibir Aiden apabila melihat aksi aksi lucu mereka sewaktu menangkap gambar ini suatu ketika dahulu.

Pintu wad dibuka. Muka Alondra yang tiada riak itu menjadi pandangan Aiden.

" Macamana dia doktor?" tanya Aiden risau.

" She's fine. Jangan bagi dia stress. Kalau boleh jangan jumpa dia buat seketika ni," kata Alondra senada.

" No, she's my wife. I have the right to see her. Macamana dengan anak saya?" balas Aiden. Dia sudah berubah menjadi formal kepada Alondra.

" Cukuplah kau sakitkan dia Aiden. Anak? Cermin diri kau! Ada ke rupa seorang bapa?" tanya Alondra sinis.

" Kenapa Alondra? Sewaktu aku nak berubah kau layan aku macam ni? Apa hak kau nak nilai aku? Kau sempurna sangat ke jadi manusia? Bagitahu aku!Kau tahu tak selama ni aku sendiri terseksa! Kau tahu aku lawan emosi yang bercelaru dalam diri aku ni sendiri! Kenapa korang nak sangat tengok aku tinggalkan Edrianna? Apa motif korang? Aku tak da dengan dia korang nak marah, aku ada korang halau. Tolonglah Alondra. Aku manusia. Aku ada perasaan. Aku buat silap. Faham lah hati lelaki aku ni sikit," kata Aiden sedih. Air matanya menitis.

" Aiden aku tak bermaksud nak-" namun kata kata Alondra dipotong.

" Tak bermaksud nak cakap macam tu? Habis apa Alondra?" ujar Aiden. Aiden terus berdiri lalu memasuki wad Edrianna.

Alondra tidak menghalang kerana dia sudah kehilangan kata. Teringat akan Aiden, seorang pesakit yang dirawat dan dijaga bagai anak sendiri.

Aiden, seorang jutawan muda yang kacak dan baik hati namun berubah 360° akibat kehadiran beberapa wanita dalam hidupnya.

Tanpa sedar, wanita wanita yang hadir dalam hidupnya itu adalah sangat rapat dan berhubungan sebagai sahabat. Namun, hanya satu dari empat sekawan itu adalah penawar bagi racun dari yang tiga.

*     *    *

Aiden memasuki wad Edrianna. Tubuh Edrianna yang terbaring itu dibawa kedalam pelukan. Dahi Edrianna dikucup oleh Aiden.

" Sayang, abang tak tahu kalau sayang dengar atau tak, tapi percayalah, abang masih cintakan sayang. Abang bodoh sebab percayakan Seraphina dan kata-katanya. Abang minta maaf atas segala kekasaran yang abang pernah lakukan. Abang sayang sangat -sangat. Okaylah abang pergi dulu, sayang rehat lah. Abang nak sangat teman sayang tapi abang tak dapat, abang tak nak kesihatan sayang terjejas. Tidurlah wahai permaisuriku dan mimpi indah sayangku," dahi Edrianna yang lena itu dikucup sekali lagi lalu air mata Aiden tanpa sengaja menitis di dahi Edrianna menyebabkan dia mengeliat.

Aiden terus mengalihkan mukanya lalu berlalu pergi dari situ. Dia sempat mencium putera puterinya yang berada dalam kubu itu juga.

  *     *     *

Aiden tiba di rumah ibu bapanya pada petang itu untuk menyampaikan hajat.


Kelihatan papa dan mamanya sedang menjamu minuman petang sambil borak borak kopi o.

" Assalamualaikum," sapa Aiden.

" Waalaikumusalam," balas kedua mereka lalu memandang pada gerangan yang memberi salam. Terbit senyuman di wajah tua itu apabila melihat anaknya.

" Eh anak mama, jom duduk!" kata Datin Syuhada lalu memeluk Aiden seketika.

" Ma, Pa, Aiden tak perlu lah tapis sana sini. Aiden datang sini bawa hajat" katanya selamba. Datin Syuhada sudah tersenyum girang. Hatinya berfikir bahawa hajat Aiden ialah mengikhlaskan perkahwinannya dengan Seraphina.

" Aiden minta maaf in the very first place," tambahnya lagi. Datin Syuhada memandang hairan anaknya itu.

" Aiden.. uhm Aiden nak batalkan perkahwinan dengan Seraphina. Aiden takkan kahwin dengan dia. I have my wife and kids untuk dijaga. Tak perlu tambah tolak. Maaflah kalau ni semua memalukan mama dengan papa begitu juga parents Seraphina. Tapi Aiden betul betul tak dapat teruskan," kata Aiden sambil memandang kedua ibu bapanya. Tangan mereka digenggam lalu tanpa sedar air mata Aiden turut menitis.

" Apa bodoh sangat kamu ni Aiden! Pergilah tinggalkan si Ed tu. Perempuan murahan dan tak guna macam dia tu tak perlu dilayan sangat! Anak anak sampah tu tak patut ada bapa pun tak apa sebab anak perempuan murahan memang dajjal!" herdik Datin Syuhada. Dato Azmeer kurang senang dengan gelaran yang diberi isterinya.

" Mama tak ada hak nak kata macam tu kat bini Aiden! Mama dan Seraphina tu memang sama! Mata dan hati mama terlalu terpengaruh dengan duit sampai mata mama tertutup untuk melihat kebaikan dan kebenaran!" jerkah Aiden. Datin Syuhada berang akan kata kata Aiden lalu tangannya dinaikkan ingin menampar Aiden namun dihentikan oleh tangan yang lain.

" Sayang stop it!" herdik Dato Azmeer.
Amarah Datin Syuhada yang berkorbar korbar sebentar tadi terus mati. Dia tidak menyangka suaminya sanggup mengherdiknya.

" Listen, abang terima Edrianna kembali sebagai menantu dan abang setuju nak batalkan perkahwinan Seraphina dan Aiden. Dia tak layak untuk anak kita! " tambah Dato Azmeer.

" Habis siapa yang layak? Pembunuh gangster macam Edrianna tu? Tu yang layak?!" tanyanya bengang.

Dia tanpa peduli lagi tentang mereka terus mencapai kunci kereta lalu memandu menuju ke hospital.

Datin Syuhada memang gila!

Aiden merasakan sesuatu buruk bakal berlaku pada isterinya. Dia mengesan jejak langkah mamanya kerana kereta itu dahulu kerap dia gunakan dan dapat dia trek melalui aplikasi.

Dia dan papanya segera masuk ke kereta lalu mengikuti arah Datin Syuhada.

"Ya Tuhan, redahkanlah amarah mama dan lindungilah isteri serta anak anakku," doa Aiden didalam hati.


  *     *     *

Chapter tak best. Maaf sangat😔 Lama tak update juga, maaf sekali lagi.

Saya harap korang tetap support dengan cara vote dan comment💕

Penantian CintaWhere stories live. Discover now