Part 38

13.7K 463 30
                                    


Aiden pulang dari kedai. Dia keluar untuk membeli ubat Edrianna yang dia katakan habis itu.

" Assalamualaikum," Aiden memberi salam kemudian masuk kedalam rumah. Kelihatan mama dan papanya duduk di ruang tamu. Dia merasakan aura yang janggal dalam rumah ini.

" Waalaikumusalam. Kamu dari mana Aiden?" tanya Datin Syuhada.

" Dari kedai. Belikan ubat untuk bini Aiden. Dia kata ubat dia habis. Dia kat mana?" balas Aiden selamba. Tetapi, naluri orang yang melahirkannya lebih kuat, terpancar sinar kerisauan dalam mata Aiden mengenangnya perihal isterinya.

" Mama bukan nak jahatkan isteri kamu, tapi tadi mak kejut jugalah sebab mak tengok dia keluar dari rumah tadi masuk satu kereta hitam ni dengan seorang lelaki," tipu Datin Syuhada.

" What?!" Aiden meluru ke bilik tidur mereka. Dia melihat sekeliling bilik itu. Barang Edrianna semua ada. Tilamnya, oxygen tanknya. Telefon dan beg duitpun masih ada.

Aiden hairan lalu membuka almari. Dia melihat keseluruhan pakaian Edrianna masih terletak elok dalam almari.

Aiden tertekan. Dia tidak menyangka bahawa isterinya sanggup meninggalkannya. Aiden mengambil telefon Edrianna. Terpapar wallpaper Edrianna yang menunjukkan selfie mereka berdua.

"Kau kenapa nak ingatkan dia bodoh! Dia dah lari! Tinggalkan kau! Jangan nak ingat tentang dia lah!" bentak minda Aiden.

Aiden mencampak telefon Edrianna lalu meluru ke stor di aras bawah. Dia mengambil beberapa kotak lalu menyimpan semua barangan Edrianna.

Selesai menyimpan semua itu, Aiden mengambil telefonnya semula. Dia mencari nama Roy dalam kenalannya.

Roy ada tugas baru
lagi untuk kau!

Tugas apa bos?

Cari mana bini aku!
Kesan jejak dia dan
jumpa secepat mungkin!

Okay bos! Beres!

Aiden menghela nafas kasar. Awas kau Edrianna! Sekali aku dah jejak kau, simpanlah angan angan kau nak bahagia dengan jantan tu!

Aiden mula naik angin. Dia memecahkan segala gambar milik Edrianna. Gambar yang telah diprintnya di guntingnya lalu dibuang.

Dia sekali lagi mengambil kunci keretanya lalu mencari tempat yang dulunya kegemarannya. Kelab.

* * *

" Kamalia kan? Kawan Edrianna?" tanya Doktor Alondra.

" Yes? Eh kak Alondra! Kak, macamana Edrianna kak?" tanya Kamalia risau. Sudah 5 jam dia menunggu Edrianna dirawat.

" Lia, her condition is getting worse. Her blood pressure is too low and lately dia sesak nafas. Kakak tak sangka rupanya dia mengandung empat. Sekarang kondisi dia lemah sangat sebab dia guna sepenuh tenaga dia untuk teran dua orang anak yang lainnya," kata Alondra sayu. Dia masih ingat senyuman manis Edrianna sewaktu melahirkan tadi. Segala penderitaannya.

" And by the way, Aryan Elman dengan Edryna Adelia selamat. The other twins juga selamat. Lelaki dan perempuan. Edrianna suruh bagitahu nama anak lelaki ketiga dia ialah Aryan Emran dan Edryna Amelia. And here's the letter she told me to give Aiden," Alondra menghulurkan sepucuk surat yang dipenuhi dengan tompokan darah.

"Kenapa akak tak bagi Aiden. Akak lagi rapat kot," tanya Kamalia hairan.

" Tak tahu. Ini semua Edrianna yang suruh. Sekejap lagi kami nak pindahkan dia ke hospital lain sebab dia taknak Aiden tahu dia kat mana. Dia cakap bagi surat tu pada Aiden bila dia dah-" kata Alondra terpotong disitu.

" Doktor! Masuk wad Edrianna! Emergency!" panggil seorang nurse dari dalam wad ICU itu.

Doktor Alondra segera masuk kedalam wad Edrianna. Dia melihat kondisi Edrianna yang sangat lemah itu.

Setelah beberapa minit, Alondra keluar dengan senyuman dibibir.

"Kamalia, jom masuk jenguk Edrianna," Alondra dan Kamalia membuka pintu wad Edrianna. Edrianna sedang menyusukan keempat empat anaknya itu. Elman, Emran, Adelia dan Amelia.

Kedengaran suara Edrianna berbisik kepada keempat empat putera dan puterinya. " Hai kesayangan mama. Mama tak sangka lepas Abang Aryan dan Kaka Adelia lahir, kamu berdua pun tumbuh dalam perut mama. Handsome dan cantik je anak anak mama ni. Comel pun ada. Mama happy sangat sebab dapat susukan korang. Mama rasa macam pemergian mama selepas ni dapat mama ikhlaskan sebab mama dah sempat susukan korang. Maaf eh kalau mama tak sempat belai korang. Jadi anak yang pintar dan soleh faham? Dengar cakap papa, jangan berdendam dengan papa, tokma, tokpa okay? Mama loves you all," dia mengucup dahi anak anaknya.

Kamalia dan Alondra menitiskan mata mendengar kata kata Edrianna. Lembut sungguh hati wanita itu sehingga dia masih mahu anaknya berkenal dengan papanya walaupun mereka dibuang.

Kamalia menapak masuk ke dalam wad Edrianna diiringi Alondra. Mereka memeluk Edrianna lalu menangis di bahunya.

Setelah pelukan dileraikan, kelihatan Edrianna tersenyum lemah kepada keduanya. Bibirnya yang dulu semula jadinya merah telah menjadi pucat.

" Hai Kamalia, kak Alondra," sapanya mesra. Dia bangkit dari baringnya sebagai menghormati tetamu yang datang.

" Hai bakal adik ipar. Baring je lah, kita okay ni," kata Alondra lembut. Dia mengusap kepala adik iparnya.

" Kamalia, Kak Alondra, lepas ni tolong pindahkan Edrianna dengan anak anak Edrianna dekat hospital lain. Edrianna taknak di tempat hospital Aiden. Edrianna taknak menyusahkan dia kak. Ed sayang dia. Jangan bagitahu siapa siapa tentang keberadaan Edrianna termasuk mama dan papa Edrianna okay? Maaflah kalau permintaan ni agak berat tapi Ed taknak susahkan dorang. Biarlah duit tu guna untuk majlis pengebumian nanti. Kita tiga je yang tahu semua ni okay? Lagi satu, Ed amanahkan korang jagakan baby Edrianna eh. Kalau Ed rehat sekejap, jagakan eh. Kalau Ed tidur lama, hantarlah pada Aiden okay? Terima kasih atas pertolongan kamu berdua. Ed sayang sangat.

Kak Alondra jaga abang Edrian betul betul eh. Dan Kamalia, tolonglah angah aku tu tackle budak kewangan si Vivyana tu. Haha. Tak sabar nak tunggu along dengan angah dan kau juga kawin. Kalau kau,along dan kak Alondra atau angah dah kahwin, ambil surat yang Edrianna tulis khas untuk korang dalam drawer lama bilik Ed. Dan Kamalia, kalau aku tidur tak bangun bangun, kau bagi ni terus kat Aiden eh. Cakap kat dia aku masih sayangkan dia no matter what. Okaylah, naik pening Edrianna cakap panjang lebar. Okay Edrianna nak tidur dulu, bye," kata Edrianna sambil mengucup anak anaknya. Dia segera baring lalu memejamkan matanya.

Alondra dan Kamalia berasa risau. Edrianna jarang bersikap tidur dahulu sebelum tetamu pulang. Alondra mengoyang lembut bahu Edrianna. Tiada respon. Lagi sekali, namun tiada.

Tiba tiba, mesin pernafasan yang digunakan Edrianna berbunyi bip dan satu garisan lurus terpapar di mesin itu.

* * *

Hai! Macamana chapter kalini. Okay ke? Kalau seronok comment #authorcomel. [ p/s: saya memang suka angkat bakul sendiri :p]

Tetap vote and comment kepada semua pembaca saya yang comel manis dan indahni ya.

Thankas for the support!


Penantian CintaWhere stories live. Discover now