Aiden baru bangun kira kira pukul 10:00 pagi. Sudah habis digunakkan tenaganya untuk clubbing pada malam tadi.
Aiden segera menjenguk tilam dekat bilik air itu.
"Eh mana bini aku? Eh dia dah lari lah bodoh!" kata Aiden dalam hati. Bagus Aiden, penuhkan hati kau tu dengan sumpah seranah!
Aiden segera berlalu ke bilik air lalu memberus giginya. Dia mandi lalu mengambil pakaian. Dia hanya mengenakan baju T-shirt dan seluar paras lutut.
" Hi mama, papa! Morning!" Aiden mengambil tempat di meja makan setelah mengucup pipi kedua ibu bapanya.
" Hai anak mama. Kan bagus macam ni. Tak sakit mata mama tengok Aiden dengan betina tu!" perli Datin Syuhada.
Aiden hanya mendiamkan diri lalu menjamah makanan yang telah tersedia.
" Ammar dengan Ammir mana?" tanya Aiden.
"Ada je tengah siapkan kerja rumah. Awal sangat mereka bangun tadi," balas Dato Azmeer.
Aiden segera bangun lalu menyuci pinggannya. Sudah lama dia tidak bermesra bersama adik adiknya itu.
" Hai Ammir, Ammar," sapa Aiden lalu berjalan menuju ke meja belajar mereka.
" Buat apa tu?" tanyanya lagi.
" Hai along, Ammar dengan Ammir tengah buat bahasa Inggeris ni ha. Peninglah. Selalu kak long tolong kita orang. Mana dia? Tadi kita lama tunggu dia kat bawah," panjang lebar si cilik Ammar bercerita.
" Ah, kak long ada urusan dan lama nanti baru balik sini," balas Aiden.
" Along tak rindu kak long ke?" tanya mereka berdua lagi.
Aiden dia sejenak. " Rindu. Along rindu dengan Kak long 24/7. Tapi kak long buat along kecewa. Dia tipu along," balas Aiden. Ah kenapa kau nak sedih Aiden, dah dia tinggalkan kau. Sekarang ni lah chance kau dengan Seraphina!
Momentum mereka hilang apabila terdengar jeritan Datin Syuhada dari bawah. Aiden segera turun lalu menuju ke arah Dato Azmeer dan Datin Syuhada.
" Aiden! Kamu tahu tak Rose Apparel. Co?" tanya Datin Syuhada.
Aiden terus teringat isterinya. Pemilik kedai itu. " Ha ah tahu. Kenapa?"
" Kamu tahu tak CEO dia meninggal dunia baru baru ni, papa dengan wakil syarikat baru nak sign contract minggu lepas. Kamu tahu tak CEO dia seorang wanita muda. Cubalah kami paksa kamu kahwin dengan dia dulu dari betina tak guna tu. Kamu tahu pemilik tu graduan Harvard. Haish!" kata Dato Azmeer. Haihla, dah memang kahwin dah pun.
Aiden terkesima. Meninggal dunia? Aiden bagai tidak percaya. " Pa, ulang lagi ayat papa,"
" CEO Rose Apparel.Co meninggal dunia baru baru ni!" kata Dato Azmeer dengan jelas.
Lutut Aiden berasa lemah. Reality hits him hard today.
Terdengar bunyi lonceng rumah bergema di seluruh rumah agam itu. Datin Syuhada pergi membuka pintu.
" Assalamualaikum. Ada orang bernama Tengku Aiden Mikael bin Dato Azmeer?" tanya gerangan itu.
" Ada. Awak siapa ya?" tanya Datin Syuhada hairan melihat wanita itu. Tambahan lagi dengan yang dibawanya.
" Saya kawan dia," balas wanita itu lembut. Datin Syuhada mengganguk lalu memanggil Aiden.
" Ye saya, nak apa?" kelihatan Aiden keluar sambil menyeka air matanya. Dia mendongak memandang gerangan di hadapannya.
" Kamalia right? Edrianna's bestfriend? Ada apa jumpa saya?" tanya Aiden terkejut.
" Yes, you're right. Saya nak serahkan amanah Edrianna, isteri awak. Saya rasa awak dah dengar kat media kan apa dah jadi pada dia," kata Kamalia sinis. Aiden memandang pelik kehadiran wanita itu.
"Okaylah, aku malas nak bersopan dengan kau. Nah, ni anak - anak kau. Yang lelaki nama dia Aryan Elman bin Abdullah dan yang perempuan Edryna Adelia binti Abdullah. Kau jangan tanya kenapa ada bin Abdullah sebab aku pun tak tahu. Aku ikut apa yang diamanahkan," tambah Kamalia lalu memberi kedua mereka pada Aiden. Dia tidak memberi Aryan Emran dan Edryna Amelia kerana Alondra mencadangkan mereka untuk tinggal bersama Edrianna di hospital baru nanti.
Aiden hanya menyambut huluran itu lalu sambil merenung muka anaknya. Muka Aryan sangat mirip dengannya manakala Edryna lebih kepaa Edrianna.
" Kau nak dengar tak satu cerita?" tanya Kamalia sinis.
Aiden hanya mendiamkan diri kemudian merenung anak anaknya.
" Aku bukan reka tapi ni berdasarkan cerita brnar yang aku saksikan guna mata aku sendiri! Kau buka telinga kau, keluarkan telinga gajah tu, dengar betul betul, aku taknak ulang benda yang sama," kata Kamalia lalu memandang Aiden tajam.
" Kau tahu tak Aiden, aku geram betul dengan kau. Kau nak tahu tak Edrianna bersalin ni kat mana? Kat tepi jalan. Nasib aku lintas sana. Waktu aku sampai sana, dia hampir pergi. Aku boleg selamatkan dia tapi aku terlambat. Dia kesakitan kau tahu. Dia teran seorang diri, dia balut anak dia seorang diri. Mana ayah dia? Mana perasaan belas kasihan korang? Boleh tak, kalau kau tahu isteri kau dah sarat macamtu, kau sekurang kurangnya jaga dia. Kau tahu kan dia lemah waktu tu. Eh kau fikir aku tak tahu ke kau berhubungan dengan Seraphina? Kau pergi kelab malam jumpa dia kan? Majlis perkahwinan korang bulan depan kan? Kalau Edrianna ada title seorang mafia, tu sebab kau tinggalkan dia, kenapa tak Seraphina?
Kau beruntung tahu tak dapat Edrianna. Kau tahu tak dia sebenarnya dah kenal kau dari dulu. Kita orang dah kenal, cuma sebab sakit dia tu, dia terkadang lupa. Kau ingat junior kau dalam business course tu? Yang dulu terkenal sebab ambil dua course dalam satu semester, business dengan medicine dan lulus first class with honor? Kau tahu dia dari dulu suka kau. Dia baru teringat lepas pulih dari amnesia dia. Entah kau Aiden, semua aku serahkan dekat kau, amanah Edrianna adalah jaga anak anak ni, dan surat ni, benda terakhir dia tinggalkan untuk kau. Dia ucapkan tahniah atas perkahwinan kau, okay aku pergi dulu. Jaga betul betul Edryna dengan Aryan, Assalamualaikum," panjang lebar Kamalia meluahkan apa yang terbuku dalam hatinya. Biar, biar Aiden menyesal atas perbuatannya.
Baru sahaja Kamalia hendak melangkah, dia terhenti oleh suara Aiden.
" Boleh aku tahu kat mana Edrianna sekarang?" tanya Aiden sayu. Sinar matanya benar menunjukkan dia ingin berjumpa dengan isterinya. Namun, Edrianna sudah mengingati Kamalia untuk tidak memberitahu keberadaannya kepada Aiden.
" Buat apa kau nak tahu? Kau sepatutnya bahagi-" kata kata Kamalia dipotong.
" Dia isteri aku. Dia wajib tahu aku nak kahwin lagi satu. Aku tahu dia belum meninggal kan? Dia memang sengaja nak susahkan aku dengan anak anak ni kan?" kata Aiden kembali. Entah apa yang menguasai fikiran Aiden sehingga berkata begitu.
" Menyusahkan? Tu anak kau! Sedarlah sikit!" tengking Kamalia.
" Memang, kehadiran dia menyusahkan aku! Anak anak ni, aku tak hadap lah!" kata Aiden tanpa dia sedar apa yang dikatakannya.
" Kau tahu tak? Edrianna maafkan kau. Dia ajar anak anak ni jangan benci kau dan keluarga kau. Dia kata dia masih sayang kau dan semoga kau berbahagia dengan pilihan hati kau. Sudahlah Aiden. Muak aku. Dengar eh, jangan sesekali kau cari mereka. Sekali aku tahu kau jejak anak anak ni, siap kau. Kalau kau rasa anak anak ni menyusahkan, kenapa kau buat dengan Edrianna dulu? Nafsu? Heh, tak cukup satu badan!" Kamalia lantas mengambil Aryan dan Edryna dari Aiden. Dia memboloskan diri dalam kereta.
Tergantung indah gambarnya dengan Edrianna di univerisiti dulu. Senyuman manis Edrianna terpapar di gambar itu.
" Kau baik Edrianna, kau terlalu baik sampai kau biarkan orang seperti mereka mengawal hidup kau. Aku rindu kau Edrianna. Kenapa kau tinggalkan aku Ed, kau je sahabat aku, Aryan dan Edryna rindu kau tahu tak!" kata Kamalia teresak esak.
Bertabahlah wahai manusia sekalian. Sesungguhnya Tuhan tidak menguji umatnya melebihi kemampuan mereka.
* * *
Maaf eh kalau bosan. Saya tak tahu macamana nak memantapkan. Maaflah kepada sesiapa yang menaruh harapan tinggi. I apologised in the first place.
Tapi tolong vote and comment okay? Hehe. Love you!
![](https://img.wattpad.com/cover/129629619-288-k87302.jpg)
YOU ARE READING
Penantian Cinta
RomanceHighest: [ #17 in Romance, #28 in Romance ] Kahwin Paksa? Ya, memang tipikal. Siapa sangka hidup Edrianna Rose bertukar 360° setelah di paksa untuk berkahwin dengan CEO yang keras kepala, Tengku Aiden Mikael. Mungkin sesetengah orang berasa bersyuk...