Part 33

10.2K 343 10
                                    

Keesokkan paginya, Edrianna dan Aiden memasuki kedai bayi itu. Sebulan lebih lagi penantian bagi mereka. Dan akan ada tambahan dalam keluarga kecil itu.

" Sayang, comel lah kasut ni!" kata Aiden gembira. Dia mengambil dua pasang kasut, satu untuk bayi lelaki, satu lagi untuk perempuan.

" Aha comel lah! Tapi baby tak pakai kasut macam ni awal awal abang," balas Edrianna.

" Ala, beli jom! Simpan lah sayang eh!" lalu Aiden terus memasukkan dalam cart tanpa menunggu balasan Edrianna. Excited sangat dah laki si Edrianna ni.

Edrianna hanya mampu menggeleng kepala. Sesekali tercuit hatinya melihat gelagat Aiden yang amat teruja membeli barangan bayi itu.

Selesai memilih beberapa barangan, Edrianna dan Aiden keluar dari kedai. Mereka membawa barangan belian mereka tadi. Tapi semua tu sebenarnya Aiden yang bawa sebab dia taknak Edrianna letih. Amboi!

Mereka berjalan menuju ke sebuah kedai kasut. Aiden menemani Edrianna mencari kasut nya apabila dia terlihat couple shoes. Set of kasut wanita pelbagai jenis dan kasut kulit.

" Sayang, nak beli yang tu tak?" tanya Aiden pada Edrianna.

Edrianna mengganguk lantas tersenyum dan menarik Aiden kesana. Mereka mengambil satu design yang simple tapi comel dimana ada king and queen pada kasut itu.

Setelah menjumpai saiz yang sesuai, mereka membuat pembayaran. Selesai membayar, mereka keluar dari kedai itu.

Sedang Edrianna dan Aiden berjalan, barangan Aiden terjatuh akibat terlanggar seseorang. Huh! Nasib bukan Edrianna yang dia langgar.

Aiden mula mengutip semula barangannya yang jatuh tadi. Dia mendongak apabila dapat mengecam empunya suara yang melanggarnya tadi.

"Sorry, my mistake! Oh my! Its you babe!" kata perempuan itu lantas memegang tangan Aiden.

" Its okay Ser. Tak perlu kot you pegang macam ni," lalu Aiden menepis lembut tangan Seraphina.

" Kenapa ni babe? Ni, siapa perempuan ni?" tanyanya sambil memandang sinis Edrianna.

" Heh, macamlah kau tak kenal aku!" getus Edrianna dalam hati sambil memaki Seraphina.

"My wife. Sayang perkenalkan, ni kawan abang, Seraphina, and Ser, ni wife I, Edrianna," kata Aiden lalu keduanya bersalaman. Ikhlas ke tak saya tak tahu.

" Maaflah Aiden, tak sangka tu wife you. I fikir you gurau je masa you cakap nak break up dengan I. Oklah Aiden, takpe! I redha. Semoga korang kekal bahagia, I pergi dulu," katanya ayu. Puih, memang ada gajah disebalik air!

Dia kemudian meneruskan perjalanannya sambil melangkah mendekati Edrianna lalu memeluknya.

" Soon girl, lets meet again, this time, seorang balik takda nyawa!" bisiknya pada Edrianna.

Edrianna hanya mengendahkan kata kata itu. Menghabiskan skill dia berlawan dengan orang otak kanak kanak macam tu.

Aiden dan Edrianna kemudian berjalan keluar menuju ke kereta. Edrianna hanya menyepikan diri dalam kereta. Habis bersepah mood tengok muka buruk tu!

" Abang, Edrianna nak singgah rumah ibu abang boleh?" tanya Edrianna lembut selepas marahnya redha.

" Sayang, you sure? Abang takut nanti sayang tertekan kalau ibu marah. Abang pun tak selalu balik sana," balas Aiden prihatin. Dia taknak Edrianna terlalu tertekan kalau pergi ke sana.

" I can handle abang, sayang nak mohon maaf pada mereka," pujuk Edrianna sambil membuat muka comelnya. Memang Aiden kalah kalau muka tu yang keluar.

Aiden kemudian menukar arah menuju ke kediaman ibu bapanya. Edrianna lantas senyum lalu mengucup pipi Aiden.

Setibanya mereka didepan pagar, berkerut dahi mereka melihat kereta mama dan papa Edrianna.

Aiden meletakkan kereta lalu membawa Edrianna keluar dari kereta. Langkah Edrianna amat terhad akibat perutnya yang sudah membesar itu.

Kedengaran gelak ketawa mereka dari luar rumah. Makin semangatlah Edrianna untuk berjumpa mereka berempat begitu juga Aiden.

" Assalamualaikum ibu, ayah!" panggil Aiden dari luar.

" Eh Aiden, bila sampai? Sorang?" serius saja muka ayah Aiden menanyakan soalan itu.

Dia mengambil tangan ayahnya dan ibunya lalu mengucup tangan itu penuh kasih.

" Baru sampai pa, tak, Edrianna ikut sekali! Siapa datang ma?" tanya Aiden pada ayahnya.

" Uncle Aziz dengan Aunty Bella," balas ibunya hambar apabila melihat kelibat Edrianna.

" Assalamualaikum ma, pa, apa khabar?" tanya Edrianna lalu meraih tangan mereka. Nak tak nak terpaksalah disambut sebab besan mereka sewaktu itu keluar.

" Dah, jom masuk," acuh tidak acuh sahaja ajakan yang diberikan pada mereka berdua.

Usai sahaja melabuhkan punggung, Edrianna menawarkan diri untuk memasak makanan tengah hari. Aiden awalnya menghalang namun setelah beberapa pujukan, barulah Aiden bersetuju.

" Azmeer, Syuhada, kami balik dulu lah. Ni ha si Aziz ni ada emergency meeting, maaflah ya," kata Puan Bella. Dato Azmeer dan Datin Syuhada mengganguk lantas tersenyum kepada sahabat mereka.

" Adik, mama jalan dulu bye," lantas mereka menyalam anak dan menantu mereka itu. Edrianna yang sibuk di dapur terus menghentikan kerjanya seketika untuk menghantar kepulangan ibu bapanya di muka pintu.

Bertolak sahaja kereta itu dari rumah agam tersebut, suasana rumah teramatlah dingin. Tiada lagi senyuman terukir pada wajah kedua ibu bapa Aiden.

" Aiden. Jarang nak datang sini. Bini kau nak apa kat mama?" tanya Datin Syuhada sinis.

" Ma, kita orang datang sini nak jenguk kot. Takkan tu pun mama marah?" tanya Aiden bengang dengan perangai mamanya.

" Entah lah Aiden! Kesian anak mama kena tipu dengan perempuan durjana tu!" tengking Puan Bella. Mujur saja mereka di bilik tingkat tiga.

" Ma! Watch your words! Jangan nak tuduh bini Aiden sesuka hati mama! Korang juga yang jodohkan kita orang dulu kan? Sekarang apa jadi?! Tell me Ma!" meninggi suara Aiden menengking mamanya. Papanya yang dari tadi berdiam diri terus berdiri lalu menampar pipi Aiden.

" Kau jangan nak kurang ajar eh! Kau tahu tak kau beristerikan ketua Mafia? Kau tahu bini kau tu gengster. Aku taknak bagitahu ibu bapa dia sebab kami kawan baik, tapi bukan anak dia merangkap bini kau tu! Tak sudi aku bermenantukan wanita tak beriman macam tu!" hembur Dato Azmeer. Aiden terpana. Mana mungkin Edrianna ialah seorang gengster. Tambahan lagi, dia seorang yang lemah lembut dan manis.

" Mama dan papa tak boleh tuduh suka hati macam tu! Dari mana korang dapat tahu ni pun korang tak pasti kan?!"

" Tak, mama percaya dan kenal siapa yang bagitahu mama! Dan Aiden pu mesti akan percaya. Kalau Seraphina tak beritahu mama dulu, mesti mama dah mesra dengan  wanita durjana tu! Kamu tahu tak selama ini Seraphina hilang sebab dikurung oleh setan tu! Sekarang dia baru pulih dan berjumpa dengan ahli keluarganya. Kamu tak kesiankan Seraphina ke Aiden?" marah Darin Syuhada ingin menyedarkan Aiden dari salah silap nya.

" Ceraikan Edrianna dan kahwin dengan Seraphina!" tambahnya lagi.

Aiden tersentak. Dia tidak tahu mahu pilih yang mana. Yang pasti dia kena siasat semua benda ni. Sebab dia takut yang Seraphina sedang membuat helah. Tapi tak mungkin, Seraphina seorang yang alim.

Ahh serabutnya!

*     *     *

Hello semua! Harap korang suka! Jeng jeng!

Your Votes & Comments are truly appreciated!







Penantian CintaWhere stories live. Discover now