Part 42

16.2K 485 28
                                    

Aiden mencelikkan matanya beberapa kali. Pandangannya yang kabur akibat bangun dari lenanya itu dihapus.

" Putera mama, wake up sayang!" sapa Datin Syuhada. Dia tersenyum manis pada anak sulungnya itu. Dato Azmeer juga kelihatan disana.

Ammar dan Ammir dilihat monyok saja duduk di tepi sofa. Hakikatnya mereka geram dengan sikap keluarga mereka yang menyebabkan hilangnya kak long kesayangan mereka.

" Aiden, tengok siapa nak lawat kamu. Mama pasti Aiden mesti suka," kata Datin Syuhada girang. Dia segera membuka pintu wad lalu kelibat seorang wanita yang bertudung labuh dan membawa sejambak bunga kelihatan.

"Edrianna?!" getus hati Aiden. Dia mula mengoyakkan senyuman manis untuk menyambut kedatangan isterinya.

" Hai Aiden. Awak apa khabar?" tanya Seraphina lembut. Hashtag talam dua muka.

Hancur berkecai harapan Aiden apabila melihat yang datang adalah orang lain.

" Ma, Edrianna mana? Kenapa dia tak datang?" tanya Aiden pada mamanya.

" Aiden, sudahlah berharap pada betina tak sedar diri tu!"

" Ma! Jangan hina dia. She is my wife. Now tell me where she is!" jerkah Aiden. Jelas kelihatan api kemarahan membara dalam sinar matanya.

" Ammir, nanti dah besar kita jangan ikut perangai mereka tau. Hargai seseorang itu sebelum dia pergi, bukan selepas dia pergi." sindir Ammar sambil tersenyum sinis. Masalah ini sedikit sebanyak membuatkan keduanya berfikiran matang bagi kanak kanak lelaki berusia 10 tahun.

" Aiden, Seraphina minta maaf. Tapi Ser dah bawakan Aiden makanan. Nak makan tak? Jom ma, pa, Ammir dan Ammar kita makan sekali" kata Seraphina lembut. Aiden termakan dengan silaan lembut itu. Dia mengambil sedikit lalu memakannya.

Datin Syuhada menyenggol bahu Seraphina. Langkah pertama, berjaya!

Ammar dan Ammir membuat muka lalu keluar dari wad itu. Mereka tidak rela makan dari tangan wanita itu. Dahlah pemarah, talam dua muka pun ada. Bukan macam kak long, baik, peramah, tak pernah marah, siapkan bekal ke sekolah, sayang kita. Haih rindunya.

" Ammir, kau tak hairan ke kak long kemana?" tanya si cilik Ammar.

"Sometimes ," balasnya. Ececeh, speaking pula  dia.

Sedang mereka sibuk bergaduh tentang bahasa ingerris itu, Ammar telah terlanggar seorang wanita perempuan hingga terjatuh makanannya.

" Ammar? Ammir?" kata wanita itu hairan.

" Eh, kak Alondra! Hi kak!" Ammar dan Ammir terus memeluk doktor muda itu.

" Ha, buat apa kat sini? Lawat abang?"

" Iya. Tapi kita keluar sebab tak sanggup tengok malam dua telinga," kata Ammir. Ammar lebih petah dan jelas berkata kata berbanding Ammir.

Alondra mula mengerutkan dahi. Apa ke jadah malam dua telinga ni?

" Malam dua telinga kepala along kau! Talam dua muka lah!" marah Ammar.

" Talam dua muka?" tanya Alondra lagi.

" Haah, kaka kur..kura.. siapa eh nama dia?!"

" Kur hotak kau. Sarapina lah!" bidas Ammir.

" Seraphina ke? Buat apa dia sini?"

" Entah. By the way kak, kakak tahu tak mana kak long kita. Kita rindu sangat tapi mama dengan papa tak bagi jumpa dia. Dia janji kita dapat main dengan anak buah kita tapi dia hilang. Sekarang kerja rumah Inggeris Ammar banyak tak siap sebab takda orang tolong," balas Ammar sayu. Dia memandang Alondra penuh pengharapan.

Penantian CintaWhere stories live. Discover now