Part 51

14.4K 538 32
                                    

!Kita try eh!

Note: 85 votes 35 comments.

______________________________________

Semua mata memandang kearah gerangan yang menggangu momentum jahat Seraphina. Kelihatan Tengku Fadueq Syazril berdiri dengan megahnya di hadapan pintu bilik yang pecah itu.

" Fadueq?! Macamana kau sampai sini?!" suara Seraphina naik seoktaf.

" Macam tu lah," balasnya sambil tersenyum sinis.

" Jangan main main!" kata Seraphina lalu mengacukan pistolnya kearah Fadueq.

" Hi Era," sapa wanita itu dengan senyuman yang manis dan ikhlas. Pistol Seraphina jatuh terus dari tangan.

" Anna," Tangan Seraphina terketar ketar memandang wajah bekas sahabatnya itu. Tanpa sedar, kenangan lama mereka berempat kembali menguasai minda Seraphina. Air matanya menitis setitik demi setitik.

" Ye, ini saya Era. Era apa khabar?" kata Edrianna lalu tanpa segan silu berlari lalu memeluk Seraphina yang terpaku itu.

Aiden dan yang lain hanya memerhatikan adegan itu dan tidak mahu menyampuk. Zara yang berdiri ditepi sudah berasa muak. Muak dengan drama semua orang.

" Anna! Jangan peluk Era! Era dah tak baik Anna!" nangis Seraphina sambil meleraikan pelukan Edrianna. Edrianna semakin mengetatkan pelukan sambil berkata," Era tak pernah tak baik dimata Anna. Era adalah teman paling baik yang Anna ada,"

Seraphina tiba-tiba tersenyum sinis. Dia melepaskan pelukan itu lalu menampar Edrianna.

" Tak pernah tak baik? Habistu kenapa kau dan kawan kawan bodoh kau nak tangkap aku dulu?! Join kelab anti jenayah dan rancangankan plan tangkap aku! Apa tu bodoh?!" tanya Seraphina yang sudah bertukar merah.

" Anna minta-" percakapan Edrianna tiba tiba dipotong.

" Alasan alasan! Aku dah muak lah bodoh! Dari mula kita kawan sama sekarang semua nak bagi alasan bodoh! Korang memang benci aku ke? Aku tak layak bahagia? Dari mula korang rampas lelaki yang aku cintai! Korang buat aku terjebak dalam jenayah pembunuhan. Ni semua ke erti sahabat? Aku menyesal anggap korang sahabat aku! Tapi tak apalah, dua dah mati, tinggal kau lagi!!" jerkah Seraphina sambil mencengkam rambut Edrianna. Tudungnya sudah lama lepas entah kemana dicampak oleh Seraphina.

Aiden berasa berang namun Edrianna telah mengarahkan Fadueq untuk tidak melepaskan mereka sehingga Edrianna dan Seraphina habis berurusan.

" Kau salah Ser. Kami tak pernah rampas dia. Aiden sendiri yang datang. Kecuali aku. Kami dikhawinkan Ser. Aku tak dapat buat apa-apa. Takkan sebab benda ni kau sanggup bunuh mereka Ser. Kitakan kawan. Janji sehidup semati. Aku lemah bila korang satu persatu tinggalkan aku. Kau dera aku Ser. Tapi aku tak dapat dendam, sebab aku sayang kau sebagai sahabat. Kami bawa kau join anti-gangsterisme tu sebab diaturkan oleh pihak universiti kan? Dan dari situ kau baru kenal Aiden kan? Aku lemah Seraphina. Aku rindu kita yang dulu tapi Tuhan lebih sayang mereka berdua dan aku hanya ada kau. Atau mungkin lepasni kau seorang je. Aku dah-" kata-kata Edrianna terhenti disitu dan hanya esakkan yang kedengaran memenuhi bilik itu. Semakin lama semakin kuat sehingga Edrianna yang berdiri itu terduduk dengan sendirinya.

Seraphina yang berapi-api tadi sudah mulai sebak melihat bekas sahabatnya. Tipulah kalau dia tidak menyayangi mereka, namun, tamak dan nafsu bertakhta dihati. Seraphina mulai mendekati Edrianna lalu mengusap bahunya dan mengangkatnya untuk berdiri semula.

" Kau betul Ed, mereka tak salah. Aku yang bodoh sebab terlalu fikirkan perasaan aku. Aku minta maaf atas segala yang telah aku lakukan. Sebab perbuatan aku, kau disahkan menghidap ketumbuhan otak. Sekarang kau ditahap yang akhir kan? Aku minta maaf sangat sangat. Aku rasa macam manusia paling bodoh sekarang ni. Aku tak layak berkawan dengan kau," Seraphina menundukkan pandangannya kebawah. Namun ianya kembali naik apabila Edrianna mulai bersuara.

" Takda yang tak layak kawan dengan aku. Semua layak tau. Aku bukan Tuhan nak menghakimi. Maaf kalau aku buat kau rasa teruk. Tentang sakit aku tu, aku dah redha. Balas dendam dengan kau bukan dapat sehatkan aku, makin sakit adalah," kata Edrianna lembut sambil menampar lembut lengan Seraphina.

" Ouch, sakitlah!" marahnya dalam keadaan yang bergurau.

" Eleh walaupun dah bertahun aku tak jumpa kau, perangai crybaby kau ni masih setia eh dalam diri, tak lari lari!" usik Edrianna. Seraphina hanya membuat muka masam.

Edrianna tersengih lalu menarik Seraphina kedalam pelukan yang kemudian dibalas oleh Seraphina yang tersenyum lebar. Inilah senyumannya yang paling ikhlas.

"Sahabat?"

" Sahabat!"

Edrianna menarik hingusnya lalu menggosoknya dibahu Seraphina.
Belakang Edrianna terus ditampar oleh Seraphina. "Woi, kau pun sama! Masih pengotor!"

" Ala, janganlah cakap besar-besar. Laki aku kat sini kot! Malulah!" katanya sambil memandang arah Aiden yang menggelengkan kepalanya.

Senyuman ikhlas Seraphina membuatkan Fadueq Syazril terpaku. Dia turut tersengih memandang wajah cantik itu.

Edrianna yang tersenyum itu terpandang kearah satu wajah yang tersenyum kembali kepadanya. Namun senyuman itu agak sinis sebelum sebuah objek diacukan kearah Seraphina.

One.Two.Three.

Bang!

"Anna!"

" Adik!"

" Sayang!"

Edrianna jatuh tersungkur begitu juga dengan Zara yang ditembak oleh pihak polis yang baru tiba.

Polis melepaskan ikatan pada mereka berlima dan terus mereka meluru kearah Edrianna.

Badan Edrianna jatuh dari pelukan Seraphina. Seraphina terus memegang tangan sahabatnya. " Anna, kenapa ni? Bangunlah"

Aiden meletakkan kepala Edrianna diribanya. Edrianna memandang mereka semua dengan senyuman.

" Along, Angah, Arash, terima kasih telah menjadi abang yang terbaik buat adik. Adik akan ingatkan jasa korang," mata Edrianna memandang abang-abangnya yang mengalirkan air mata itu.

" Mama, Ed sayang mama dan terima kasih kerana sudi terima Ed sebagai menantu, Ed maafkan mama dan Ed harap mama maafkan Ed," kini pandangannya dialihkan pada mertuanya.

" Seraphina, kau saja sahabat yang tinggal. Dan maafkan aku jika aku pergi dulu. Aku sayang kau sangat sangat. Kalau aku pergi, aku izinkau kau kahwin dengan Aiden. Tapi, Fadueq nampak macam tengah tunggu kau tu," katanya sambil bergurau. Senyuman terlakar dibibirnya.

" And to you, my beloved husband- uhuk!" Edrianna mulai batuk lalu mengeluarkan darah.

" Don't continue sayang, kita chat dirumah lagi eh," kata Aiden sambil mengusap kepala Edrianna. Dia hanya menggeleng lalu meneruskan percakapannya.

" To you, terima kasih kerana jaga sayang, cinta sayang dan anak anak. Sayang doakan yang terbaik untuk kita namun kalau ajal menjemput sayang, sayang izinkan abang mencari bidadari peneman dan penjaga anak anak kita. Halalkan makan minum sayang dan maafkan atas segala salah silap sayang," kata Edrianna sambil mengusap pipi Aiden yang mulai megalirkan air mata. Air mata kesedihan melihat kesakitan isterinya.

Tangan itu mulai jatuh dari pipinya. Mata yang terbuka itu mulai tertutup. Suara merdu yang menjadi halwa telinganya mulai sunyi. Bidadari yang menghiasi syurganya mulai pergi.

" Sayang!" jerit Aiden dalam tangisan memeluk jasad Edrianna.

* * *

Siapa nak jaga anak-anak mereka? Sorry kalau tak ada feel sebab saya betul betul baru first time buat novel.

Maaf kalau tak best😭😭 Kalau best, vote and comment please. Sayang korang semua.

!Kita try eh!

Note: 85 votes ,35 comments.

Penantian CintaWhere stories live. Discover now