PROLOG

945 48 10
                                    

Tepat jam 10:30 malam, Datin Baizura telah selamat melahirkan anak keempat. Dato' Azmi dan ahli keluarganya sangat bersyukur kerana dikurniakan bayi perempuan. Namun, Syam rasa tidak berpuas hati. Entah apa yang disimpan dalam hatinya itu. Ketika semua orang melawat Datin Baizura di dalam wad, Syam hanya duduk di hadapan pintu sehinggalah Raz memaksanya masuk.

Syam berdiri di sebelah kanan bayi. Dia hanya melihat dengan perasaan tidak berpuas hati. "Kenapa aku dapat adik?"

"Syam." Panggil Datin Baizura apabila melihat Syam. Ketika itu, Syam hanya fokus melihat ke arah bayi yang berada dalam di sebelah kanan ibunya.

Syam terus melihat ke arah Datin Baizura. "Ya, mama."

"Syam seronok dapat adik?" Datin bertanya.

Syam cuba senyum paksa. "Ya. Seronok." Katanya yang melihat ke lantai.

"Syam." Datin Baizura memanggil anaknya lagi.

"Ya, mama." Syam melihat ke arah ibunya.

"Mama tahu Syam tak suka adik, kan?" Datin Baizura meneka.

Syam terkejut. Dia terdiam sambil bermain dengan jari-jemarinya.

"Tapi mama harap Syam boleh terima adik Syam. Sekarang Syam dah jadi abang. Syam patut bersyukur sebab ..."

"Syam faham." Syam mengetap bibir. "Syam nak pergi tandas kejap." Syam terus berlalu pergi meninggalkan wad tersebut.

Datin Baizura pula kelihatan sedih. Dia melihat pula ke arah cahaya mata yang baru dilahirkannya beberapa jam yang lalu. "Anak mama jangan risau, ya. Nanti lama-lama abang boleh terima anak mama yang ni."

Dato' Azmi dan anak-anaknya melihat ke arah Datin Baizura yang kelihatan sedih. Datin Baizura mengusap kepala bayi yang berada di atas katil tersebut.

"Papa, Raz nak pergi tengok Syam kejap." Beritahu Raz kepada Dato' Azmi sebelum keluar dari wad tersebut.

"Pergilah."

A.K.U : NAMA AKU RaSISTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang