BAB 4

508 42 4
                                        

[IMBAS KEMBALI]

Ayuni yang berusia enam bulan sedang lena di atas katil selepas puas bermain sendirian. Tidak lama selepas itu, Syam pula naik ke atas katilnya dan berbaring jauh dari Ayuni. Dia menghembus nafas keluhan dan mengiring ke kiri menghadap tingkap biliknya.

"Sampai bila aku kena jaga dia ni? Bosanlah. Lagi pun aku bukan suka budak ni. Siapalah nak ambil dia jadi anak angkat? Puas dah aku tanya kawan-kawan aku. Mungkin ni takdir aku. Tapi aku tak boleh terima." Syam membebel dalam hatinya.

Beberapa minit selepas itu, Syam terlena kerana kepenatan. Syam baru sahaja menyiapkan sebuah cerpen untuk dimuatkan dalam sebuah buku koleksi cerpen-cerpen daripada penulis yang berbeza sebelum dia naik ke atas katil tadi. Tidak hairanlah jika waktu siang pun dia boleh rasa mengantuk kerana berjaga sepanjang malam.

Perlahan-lahan Ayuni membuka mata. Dilihatnya ke arah Syam. Dia terus merangkak menuju ke arah Syam dan baring di sebelah kanan Syam. Tangan kecilnya memeluk lengan kanan milik Syam apabila Syam tidur terlentang. Syam pula tiba-tiba sahaja tersedar dan terus peluk tubuh kecil Ayuni dengan penuh kasih sayang.

Tepat jam 2:00 petang, Dato' Azmi pulang awal ke rumahnya kerana dia mahu mengambil fail syarikat yang tertinggal pada pagi tadi akibat terlewat menghadiri mesyuarat. Kepulangan Dato' Azmi ke rumah tersebut tidak diketahui oleh Syam.

Dato' Azmi terus masuk ke arah biliknya untuk mendapatkan fail tersebut. Kemudian, dia berhenti di hadapan pintu bilik Syam. Pintu bilik diketuk sebelum dibuka. Alangkah terkejutnya dia apabila dia melihat Ayuni cuba belajar bercakap di atas katil dan diajar oleh Syam. Masing-masing melihat ke arah Dato' Azmi apabila terdengar bunyi pintu yang dibuka luas.

"Papa." Ayuni berkata dengan wajah yang gembira.

Dato' Azmi segera berjalan ke arah Ayuni dan memeluk anaknya itu. "Ya, sayang. Papa di sini. Anak papa dah pandai bercakap." Dato' Azmi kelihatan sangat gembira apabila dia mendengar Ayuni bercakap buat pertama kalinya.

"Papa." Ayuni memanggil bapanya banyak kali. Syam pula hanya diam dan melihat sahaja.

Tiba-tiba, Dato' Azmi melihat ke arah Syam dan menghampirinya selepas melepaskan pelukannya terhadap Ayuni. "Syam. Papa sangka selama ni Syam tak sayang Ayuni sebab selalu kata tak nak Ayuni ada dalam keluarga ni." Dato' Azmi berbicara dalam nada berbisik kepada Syam.

Syam menempatkan ibu jari tangan kanannya di bawah dagu seperti sedang berfikir dan dia senyum. "Ya ke? Tapi saya pula tak pernah kata macam tu. Saya sayang Ayuni. Rasa tenang bila ada budak kecil dekat sebelah. Betul tak, pak cik?"

"Erzen?" Dato' Azmi kelihatan terkejut.

"Ya. Saya suka budak-budak." Katanya dengan jujur.

*

Ayuni dan Erzen menghabiskan masa mereka dengan sesi belajar perkataan. Erzen menjadi guru kepada Ayuni sehinggalah umurnya dua tahun lebih. Sikap Erzen terhadap Ayuni sangat berbeza berbanding sikap Syam terhadap Ayuni. Hal ini menyebabkan Ayuni berasa hairan terhadap abangnya itu. Kadang-kala baik, kadang-kala tidak sukakan Ayuni dan kadang-kala bermain dengannya.

Raz pula tidak pasti bagaimana mahu menjawab soalan Ayuni apabila soalan yang sama ditanya berkali-kali walaupun sudah diberi jawapan. Namun, Ayuni kelihatan tidak berpuas hati terhadap jawapan Raz. Tambahan pula, ketika usianya dua tahun lebih dia sudah pandai berbicara walaupun masih pelat kerana Erzan pasti akan mengajar Ayuni perkataan baru setiap kali dia muncul.

Keluarga Ayuni pula hanya ada masa pada waktu malam untuk berkumpul bersama-sama dan mengajarnya mengenali huruf. Pada waktu siang ketika Syam tiada di rumah, kebiasaannya Ayuni akan dijaga oleh jiran sebelah rumah dan diberi gaji. Tambahan pula, jiran sebelah rumah itu seorang suri rumah yang tinggal sendirian. Datin Baizura dan Dato' Azmi sudah lama kenal dengan jiran sebelah rumah mereka sejak mereka tinggal di kawasan perumahan tersebut. Lagi pun Puan Asmah bersetuju untuk menjaga Ayuni kerana dia tinggal sendirian sementara suami dan anak-anaknya sibuk bekerja.

[TAMAT IMBAS KEMBALI]

A.K.U : NAMA AKU RaSISTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang