BAB 18

358 41 10
                                        

Empat bulan telah berlalu. Namun, misteri-misteri di dalam rumah ini masih tidak dapat dibongkar oleh sesiapa kecuali Syam dan lelaki misteri itu. Apabila ditanya kepada Syam tentang misteri tersebut, jawapannya pasti 'Ilusi.' Hal ini demikian kerana RaSIS telah memberi arahan untuk Syam menjawab sedemikian tanpa diketahui sebabnya. Syam juga tidak mahu menyemakkan fikirannya dengan masalah mereka kerana dia mempunyai masalahnya sendiri dan dia perlu selesaikan sendiri.

Cerita-cerita seram tentang rumah sewa tersebut mula merebak. Kes patung beruang dijumpai di merata-rata juga mula menjadi satu isu hangat sehingga mereka berempat melihat patung beruang tersebut seperti berhantu.

"Kenapa korang pandang aku macam tu?" Tanya Syam yang memeluk patung beruang bernama Ebby di atas sofa ruang tamu.

Patung tersebut berada di atas sofa sejak pagi tadi. Syam pula baru turun dari bilik dan duduk di sofa sementara menunggu nasi masak. Tanpa rasa segan, dia memeluk Ebby sambil tengok TV.

"Syam. Kau tak rasa seram tidur dengan patung-patung beruang tu? Ebby ni pula asyik jumpa dekat luar je." Tanya Syafiq sambil memegang senduk nasi. Tadi dia sedang memasak di dapur. Dia ke ruang tamu sebab dia nampak Syam duduk di situ.

"Yalah. Abang Syam tak takut ke? Macam mana kalau dia cekik Abang Syam waktu tengah malam?" Soal Irsyad sambil memeluk bantal sofa. Dia duduk jauh di tepi meja televisyen.

"Mungkin makhluk misteri yang Syafiq dan Irsyad nampak tu ialah Ebby. Jeng jeng jeng... Misteri Rumah Sewa. Eh? Boleh la buat tajuk buku aku." Kata Izwan yang berdiri di sebelah Nazrul.

"Boleh pula kau terfikir nak buat cerita seram. Tapi betul ke Ebby boleh berjalan? Ada bateri ke?" Nazrul kelihatan sedang berfikir.

"Sini aku buka." Kata Syafiq.

Syam peluk erat pada dadanya. "Tak boleh. Ni bukan aku punya. Tapi aku bertanggungjawab untuk jaga Ebby. Kalau rosak. Tuan dia marah. Korang tak takut ke? Malam-malam tuan dia cari orang yang rosakkan Ebby?" Syam pula memulakan cerita seram. Suasana sepi.

Mereka terkejut apabila pintu rumah tiba-tiba diketuk. Irsyad sudah menjerit. Nazrul pula jentik dahi Irsyad. Irsyad terdiam. Syafiq terus berjalan ke arah pintu dan membuka pintu tersebut.

"Salam-ekom." Seorang kanak-kanak perempuan berdiri depan pintu dengan baju kembang berwarna merah jambu.

"Anak siapa ni?" Syafiq bertanya kepada mereka.

"Hai. Saya anak mama dan papa." Jawab kanak-kanak tersebut.

Syam yang mendengar suara kanak-kanak itu terus berdiri sambil memluk Ebby. Dia kelihatan tidak berpuas hati.

Kanak-kanak itu melihat ke arah Syam. " Bang Yam ~ Dik da-tang." Katanya dengan gembira.

"Apa kau buat dekat sini? Mana Abang Raz?" Syam bersikap dingin terhadap Ayuni.

Ayuni terdiam. Wajah cerianya tadi telah berubah menjadi sedih. "Dik indu Bang Yam. (Adik rindu Abang Syam.)"

"Aku tak suruh pun kau rindu aku. Baliklah!" Api kemarahannya kini membara tetapi dia tidak pernah menyentuh atau memukul adiknya.

Raz yang sejak tadi menyorok di belakang dinding kini menunjukkan dirinya. "Ayuni. Jom balik. Dah jumpa Abang Syam, kan?"

"Tak nak. Nak duduk sini ngan Bang Yam." Ayuni berdegil lalu masuk ke dalam rumah Syam.

Syam pula lari naik ke biliknya. Kedengaran pintu bilik dihempas. Ayuni pula menangis. Dia terduduk di atas lantai.

Raz mendukung Ayuni. "Jom balik. Abang Syam tak ada mood. Lain kali kita datang lagi ya. Mungkin cuti nanti Abang Syam balik rumah kita." Raz cuba memujuk Ayuni.

A.K.U : NAMA AKU RaSISTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang