BAB 21

324 33 1
                                    

Suasana sepi antara sepasang kekasih di dalam sebuah restauran mewah yang terletak di Kuala Lumpur. Manu makanan barat dipilih oleh mereka dan suasana agak janggal. Syam sibuk menjamu selera. Manakala, Enes dari awal tadi hanya memerhati Syam. Mungkin ada sesuatu yang tidak kena.

"Syam."

Syam segera melihat ke arah Enes apabila namanya dipanggil. Mulutnya masih mengunyah.

"Kenapa awak dah lama tak telefon saya? Tiba-tiba hari ni telefon saya dan ajak keluar. Datang rumah pun tak beritahu. Saya keluar rumah terus nampak kereta awak." Enes mengkritik sambil memotong-motong daging dalam pinggannya.

"Awak tak suka ke? Kalau tak suka. Lepas ni saya tak buat dah." Syam letak pisau dan garfu di atas pinggan. Dia bersandar pada kerusi.

Enes tersipu-sipu. "Bu-bukan tak suka. Cuma... Saya fikir awak dah lupakan saya sebab awak dah lama tak telefon saya."

"Saya sibuk. Awak pun mesti sibuk dengan praktikal. Saya tak nak ganggu awak. Malam ni je awak tak sibuk sebab esok cuti, kan? Saya pun tak sibuk sebab exam dah habis." Syam menyedut air lemon ais di dalam gelas.

"Awak... Saya tak sangka akhirnya saya dapat jadi kekasih awak. Selama ni saya cuma berangan je. Lagi pun, siapalah saya ni. Hanya gadis biasa je." Wajah Enes berona merah kerana malu.

Syam tongkat dagu di atas meja makan. Matanya melihat ke arah Enes sambil senyum. "Saya pun tak sangka ada orang yang sanggup terima diri saya yang 'unik' ni. Selama ni saya fikir saya akan sendirian selamanya. Tapi..."

Tangan kiri Syam menyentuh tangan kanan Enes yang memegang garfu. "Awak ialah bidadari saya yang saya cari selama ni."

"Aron?" Wajah Enes terus bertukar serius.

"Salah."

"Syam?"

"Yup."

"Tipu." Bahas Enes.

Syam ketawa. Tangan Enes dilepaskan. "Tak tipulah."

Enes muncungkan mulutnya sebagai tanda protes. "Awak saja nak main-mainkan saya."

"Awak ingat 'Syam' tak boleh jadi romantik ke? Awak silap tu." Syam ketawa nakal.

Wajah Enes semakin berona merah kerana malu terhadap sikap nakal Syam. "Saya rasa nak sorok muka bawah meja."

"Eh? Sampai macam tu sekali? Sorok muka dalam baju saya jelah." Sakat Syam. Dia ketawa.

"Syam!" Enes geram.

*

Syam yang bersandar pada tempat duduk pemandu kereta telah membuka matanya. Dia melihat ke hadapan cermin kereta. Pintu rumah. Dia kembali memejamkan matanya dan tidur di dalam kereta.

Pada waktu pagi selepas azan Subuh, Syam masuk ke dalam rumah. Selepas pintu rumah ditutup, dia merebahkan dirinya di atas sofa. Mungkin dia masih mengantuk.

Sekali lagi pintu rumah dibuka. Seseorang masuk ke dalam rumah tersebut. Dia berhud hitam dan menuju ke arah Syam selepas pintu rumah ditutup. Pipi Syam dicuit beberapa kali untuk mengejutkan Syam tetapi jari yang mencuit pipi Syam telah ditangkap. Orang itu terkejut.

"Pejam mata pun boleh tangkap jari aku?"

Syam melihat ke arah orang tersebut dengan pandangan maut sebagai RaSIS. "Kau nak apa?" RaSIS tidak berpuas hati kerana diganggu.

"Suruh kau tidur dalam bilik. Nanti sakit belakang." Beritahunya.

RaSIS melepaskan jari orang itu. "Kau naiklah. Kejap lagi aku naik. Mengantuk sangat ni."

"Malam tadi kau pergi mana?"

"Rahsia." Jawab RaSIS.

"Ooo..."

"Tak akan la aku nak beritahu kau, aku berhadapan dengan sekumpulan mafia yang tak sayang nyawa." Monolognya dalam hati.

*

Izwan mengunyah nasi sambil memejamkan mata. Syafiq pula melihat Izwan sambil menggelengkan kepalanya. Sudah banyak kali dia membebel kepada Izwan tetapi Izwan tetap juga makan sambil memejamkan mata. Irsyad pula melihat ke arah Syam yang berdengkur di atas meja makan. Nasi goreng masih elok di atas pinggannya.

"Hari ni musim malas serumah ke? Nazrul malas pergi kerja. Izwan makan sambil tidur. Syam terus berdengkur. Irsyad..." Syafiq merenung ke arah Irsyad. "Mata panda. Apa yang korang buat malam tadi, ha?" Syafiq sudah mula membebel macam ibu kepada empat orang anak.

Tubuh Syam terlalu mengantuk dan kepenatan kerana dia balik hampir pukul 3:00 pagi. Selepas makan malam, mereka terus pergi membeli-belah di pusat membeli belah berhampiran. Kemudian, Syam diburu oleh sekumpulan pembunuh upahan yang dia sendiri tidak tahu sebab pemburuan itu berlaku. Namun, nasibnya baik kerana memiliki RaSIS di dalam dirinya. Kepantasan RaSIS mengesan bahaya telah menyelamatkan nyawanya dan menghindari Enes daripada terlibat dalam hal tersebut. Jika mengikut perancangan temu janji mereka, mereka akan pergi menonton wayang sehingga pagi. Sampai sahaja di rumah, dia sudah pun tertidur dalam kereta. Kemudian, tidur di atas sofa sehingga seseorang memaksanya berjalan naik ke biliknya. Selepas mandi, dia turun ke dapur untuk sarapan tetapi dia terlena sementara menunggu Syafiq goreng nasi tadi. Izwan dan Nazrul pula tidak tahu kenapa mereka mengantuk serta malas pergi kerja. Irsyad mata panda pun kena marah.

"Apa salah aku? Aku layan drama Korea sampai tak ingat siang dan malam je." Bicara hatinya sambil menyuap nasi goreng ke dalam mulutnya.

"Izwan!" Syafiq menjerit apabila sudu Izwan pegang tadi terjatuh di atas lantai.

"Ya, mak." Jawab Izwan lalu sambung mengunyah.

Syafiq mengeluh. "Penat dah aku layan kau ni. Lantak kau la."

A.K.U : NAMA AKU RaSISWhere stories live. Discover now