BAB 17

330 37 3
                                        

Ayuni berdiri di hadapan pintu. Dia sedang menanti seseorang. Raz yang memerhati adiknya sejak awal tadi kini berdiri dari sofa. Dia berjalan ke arah Ayuni.

"Ayuni tak penat berdiri? Dari tadi lagi abang tengok Ayuni berdiri." Kata Raz lalu mendukung adik kesayangannya itu.

"Dik tunggu Bang Yam alik. Mama ka-ta Bang Yam alik ari ni. (Adik tunggu Abang Syam balik. Mama kata Abang Syam balik hari ni.)" Ayuni memeluk leher Raz dengan penuh kasih sayang.

"Ayuni sayang Abang Syam walaupun Abang Syam tak suka Ayuni?"

"Sayang. Sebab dik ada Bang Yam. Bang Yam selalu ajar dik baca. Dik suka. Bang Yam pun main ngan dik. Kalau Bang Yam tak ada mood Bang Yam tak nak kawan ngan dik. Dik faham. Bang Yam penanat. (Sayang. Sebab adik ada Abang Syam. Abang Syam selalu ajar adik baca. Adik suka. Abang Syam pun main dengan adik. Kalau Abang Syam tak ada mood Abang Syam tak nak kawan dengan adik. Adik faham. Abang Syam penat.)" Petah dia berbicara walaupun masih ada perkataan yang kedengaran pelik.

"Penat. Bukan penanat." Raz membetulkan sebutan perkataan Ayuni.

"Pe-nat." Ayuni ulang semula sebutan tersebut.

"Pandai. Macam ni la adik kesayangannya abang. Ayuni kan budak pandai." Raz memeluk erat Ayuni kerana terlalu gembira.

"Ya. Ayuni pandai." Ayuni turut gembira.

Telefon Raz berdering. Raz segera mencapai telefonya dari dalam poket. Panggilan dijawab.

"Hello, Syam? Kenapa telefon abang?" Tanya Raz kepada si pemanggil.

"Abang, nanti tolong beritahu mama. Syam tak jadi balik. Ada hal sikit."

"Hal apa? Serius ke?"

"Seriuslah. Syam ada meeting untuk siapkan assignment. Tajuk tugasan terpaksa ditukar sebab sama dengan kumpulan lain. Minggu depan kena hantar."

"Esok pun Syam tak balik la, ya?" Raz melihat ke arah Ayuni yang cuba mencapai telefonnya.

"Tak. Kenapa?"

"Kalau sibuk tak apalah. Ayuni rindu Syam. Dari tadi dia tunggu depan pintu bila dapat tahu Syam nak balik." Wajah Raz berubah sedih.

"Abang tak habis-habis dengan Ayuni. Buat apa dia nak tunggu Syam. Syam dah cakap dekat dia. Syam tak suka dia. Done!" Suara Syam kedengaran marah. Panggil terus ditamatkan.

Ayuni melihat wajah Raz. "Bang. Nape bang nangis? Tadi Bang Yam te-le-fon. Nape? (Abang. Kenapa abang nangis? Tadi Abang Syam telefon. Kenapa?)"

Raz ketawa. "Mana ada abang menangis. Habuk masuk mata je." Raz meletakkan Ayuni di atas lantai. Ayuni berdiri.

Raz mengelap air matanya menggunakan lengan baju t-shirt yang dipakainya. "Ayuni. Hari ni Abang Syam tak balik. Dia sibuk. Sebab tu dia telefon abang tadi."

"Tapi mama ka-ta..." Wajah Ayuni mula muram.

Raz bercangkung di hadapan Ayuni. "Abang Syam sibuk. Tiba-tiba ada kerja sekolah. Minggu depan dia kena hantar kerja sekolah dekat cikgu. Kalau tak hantar nanti cikgu marah."

"Cikgu garang. Kasihan." Kata Ayuni lalu meneluk leher Raz.

"Bang~Dik nak pergi umah Bang Yam, boleh? (Abang~ Adik nak pergi rumah Abang Syam, boleh?)" Soal Ayuni.

"Dik rindu Bang Yam. (Adik rindu Abang Syam.)" Ayuni menangis.

"Lain kalilah. Abang Syam sibuk. Nanti dia tak ada mood. Dia marah Ayuni lagi. Ayuni tak takut ke?" Raz cuba memujuk adik kecilnya itu.

"Takut." Pelukkannya semakin erat.

"Nanti ada masa kita pergi rumah Abang Syam sama-sama, ya."

"Ya." Jawab Ayuni sambil mengelap hingus pada bahu Raz.

"Habis baju aku." Terpaksalah dia reda. Baju t-shirtnya menjadi mangsa hingus Ayuni.

*

Syam merenung komputer riba miliknya. Terdapat tiga buah buku dan beberapa helai kertas bersepah di atas meja belajar. Syam kelihatan tertekan. Dia menghantukkan kepalanya di atas meja.

"Apa hal tajuk tugasan bertindih pula ni?" Dia menjerit kerana geram.

"Awal-awal dulu tak nak pastikan betul-betul tajuk tu. Dah la bahagian maklumat aku yang kena cari. Deorang ingat senang ke nak cari informan? Semua benda aku kena buat seorang. Stress la aku kalau macam ni." Syam mengamuk lalu membaling buku rujukan yang berada di atas meja tadi ke lantai.

Irsyad dan Syafiq yang menapak naik anak tangga tadi terus terhenti. Mereka terkejut mendengar suara Syam yang mengamuk di dalam bilik.

"First time dengar dia mengamuk." Kata Syafiq.

Syam keluar dari bilik secara tiba-tiba. Hal ini menyebabkan Irsyad menjerit kerana dia terkejut. Irsyad hampir jatuh dari tangga tetapi Syafiq sempat mencapai tangan kanan Irsyad. Syam terus menapak turun anak tangga selepas menghempas pintu biliknya. Tiada sesiapa yang berani menghalang laluannya.

Nazrul keluar dari bilik. "Kenapa tu?" Dia bertanya kepada Syafiq dan Irsyad.

"Entah." Jawab Syafiq.

Irsyad pula terduduk atas tangga. "Terima kasih. Nasib baik tak jatuh."

"Irsyad. Lembutnya tangan kau. Pakai losyen ke?" Tegur Syafiq yang masih memegang tangan Irsyad.

Irsyad pula terus menarik tangannya. "Err...Ha'ah. Pakai losyen. Saya naik bilik dululah." Irsyad berdiri.

Syafiq berjalan ke arah pintu biliknya. "Hati-hati. Jangan jatuh lagi."

"Okay." Irsyad memegang tangan kanannya yang dipegang oleh Syafiq tadi.

"Kenapa aku rasa lain macam je ni? Ni dah dua kali jadi. Apa hal dengan aku ni? Tak mungkinlah. Tapi... tapi dia tak boleh tahu siapa aku." Irsyad terus berlari ke arah biliknya. Dia sempat tersandung di depan pintu bilik Izwan.

Ketika itu, pintu bilik bacaan ditutup oleh seseorang. Irsyad bingkas bangun dan berjalan ke bilik bacaan. "Ada orang masuk?"

Irsyad memulas tombol pintu dan pintu dibuka. Bilik tersebut terang dan sejuk. Irsyad masuk ke dalam bilik itu. Kelihatan kosong. Dia berjalan dari rak buku ke rak buku yang lain. Tiada sesiapa. Tiba-tiba, pintu yang dibuka tadi tertutup dengan sendiri. Dia dengar orang berjalan dan pintu dibuka. Irsyad pantas berlari ke arah pintu tersebut dan buka pintu. Pada masa itu juga dia terdengar pintu bilik ditutup tetapi dia tidak tahu pintu bilik yang mana satu.

"Hantu?" Dia mula ketakutan dan hanya perkataan tersebut yang dia mampu ungkapkan.

A.K.U : NAMA AKU RaSISTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang