BAB 7

464 34 0
                                        

Hari ini merupakan hari yang kelima sejak penghuni baru masuk ke dalam rumah sewa ini. Sejak itu juga Syam dan rakan-rakannya tidak pernah berkomunikasi mesra dengan penghuni baru. Mana tidaknya, remaja yang berusia 19 tahun itu banyak menghabiskan masanya sendirian di dalam bilik. Ketika waktu makan pula, dia akan turun makan sebagai orang terakhir iaitu sewaktu tiada sesiapa yang kelihatan di ruang tamu untuk menuju ke dapur. Tujuan dia menyewa rumah ini ialah dia tidak dapat tinggal di kolej kediaman lagi.

Rumah ini juga merupakan rumah yang dibeli oleh Dato' Azmi untuk Syam kerana berhampiran dengan universiti yang menjadi tempat Syam belajar. Dato' Azmi juga bercadang untuk menyewakan bilik di dalam rumah ini kepada pelajar-pelajar universiti di kawasan perumahan tersebut. Hal ini juga dapat membantu Syam untuk mendapatkan rakan baru.

Rumah ini mempunyai tiga tingkat dan terdapat lima buah bilik. Empat bilik pada tingkat kedua mempunyai bilik mandi di dalam bilik. Manakala, dua lagi bilik pada tingkat tiga tiada bilik mandi. Di tingkat tiga juga terdapat sebuah bilik bacaan yang dipenuhi dengan bahan bacaan milik Syam dan keluarga Dato' Azmi yang asalnya berada dalam bilik bacaan di rumah mereka. Bukan itu sahaja, di tingkat tiga juga terdapat sebuah bilik yang menjadi tempat larangan bagi penghuni rumah tersebut kecuali Syam. Bilik tersebut menyimpan banyak rahsia Syam. Gambar hantu emoji sebesar pintu yang bertulis 'DILARANG MASUK' ditampal pada pintu bilik tersebut dan pintu bilik berkunci.

Walaupun rumah ini kelihatan sangat mewah, namun harganya agak murah berbanding harga sewa rumah mewah yang lain. Wang untuk membeli barang dapur juga diuruskan oleh Dato' Azmi. Penghuni yang tinggal di dalam rumah ini hanya perlu bayar duit elektrik, air dan sewa bilik sahaja iaitu sebanyak RM200 sebulan. Wifi yang disediakan menjadi tanggungjawab Dato' Azmi untuk membayarnya. Namun, hal ini hanya berlaku selagi Syam masih berada di dalam rumah tersebut.

*

Syam naik ke tingkat tiga. Dia terlihat seseorang berdiri di hadapan bilik larangan yang terletak di sebelah bilik bacaan. Syam menghampiri orang tersebut tanpa sebarang bunyi yang menyedarkan orang itu tentang kehadirannya.

"Irsyad. Buat apa dekat sini?" Syam menegur Irsyad dari belakang.

Irsyad terkejut. Dia terus lari masuk bilik yang terletak bertentangan dengan bilik larangan itu. Pintu bilik segera dikunci. Syam hairan melihat tingkah laku Irsyad. Selama mereka berada di dalam rumah ini, mereka tidak pernah bertembung dengan Irsyad. Mereka juga sedari bahawa Irsyad selalu keluar malam. Tiada sesiapa yang tahu ke mana dia pergi pada waktu malam.

Syam membuka kunci pada pintu bilik larangan dan dia masuk ke dalamnya. Pintu bilik tersebut kembali ditutup dan dikunci. Di dalam bilik tersebut terdapat sebuah set meja dan kerusi yang lengkap. Sebuah katil dan almari yang kelihatan mewah. Terdapat juga meja solek dan rak buku. Tidak lupa juga dengan sebuah almari kaca yang berkunci. Pada tingkat atas alamri tersebut terdapat beberapa buah topeng yang pelbagai jenis. Manakala, di tingkat bawah terdapat sebilah pedang yang sangat cantik iaitu pedang milik Erzen. Pada tingkat paling bawah ada lima buah kotak berkunci yang berwarna merah dengan huruf 'A' berwarna emas. Masing-masing mempunyai saiz yang berbeza. Semua kotak tersebut milik Aron. Pada dinding berhampiran pintu bilik pula terdapat sebuah peti sejuk bersaiz sederhana.

Syam membuka almari kaca yang berkunci itu selepas kunci dibuka. Dicapainya sebilah pedang dan berkata. "Dah lama aku tak sentuh kekasih aku, Yami." Lantas sarung pedang dibuka. Pedang dilibas-libas ke udara dengan senyuman kepuasan.

*

Tepat jam 12:00 malam. Suasana sepi di dalam rumah ini kerana masing-masing berada di dalam bilik dan sibuk dengan hal masing-masing. Ketika ini, Syam berada di ruang tamu. Dia sedang menonton drama waktu malam.

Irsyad menapak turun anak tangga menuju ke ruang tamu untuk pergi ke pintu utama rumah ini. Langkahnya terhenti apabila melihat Syam berada di ruang tamu. Kemudian, dia berjalan perlahan-lahan menuju ke pintu.

"Nak pergi mana malam-malam ni? Esok ada kuliah, kan?" Syam menegur tanpa melihat ke arah Irsyad.

Irsyad berhenti melangkah dan menjawab soalan tersebut. "Jumpa kawan."

"Kawan? Tengah malam? Lepas tu balik waktu pagi dah nak dekat subuh. Pergi kelab ke?" Kali ini kedengaran suara Syam lebih serius.

Irsyad rasa geram. "Taklah. Mana ada. Saya pergi rumah kawan saya je. Study."

Syam berdiri dan menghadap ke arah Irsyad. "Study? Mana beg? Mana buku?"

"Pinjam buku kawan." Dia juga serius melihat ke arah Syam.

"Rumah kawan tu dekat mana?" Dia terus menyoal lagi kepada Irsyad.

"Kenapa sibuk nak tahu hal orang lain?" Soalan dibalas dengan soalan kerana Irsyad berasa tidak selesa terhadap soalan-soalan Syam yang menyentuh hal peribadinya.

"Sebab ni rumah aku. Jadi aku kena tahu ke mana penghuni rumah ni nak pergi sebab tu dah jadi tanggungjawab aku. Apa-apa jadi nanti, orang akan cari aku. Kalau benda buruk jadi dekat kau nanti keluarga kau akan cari aku dulu. Faham tak?" Syam cuba berbicara dengan baik.

"Keluarga? Heh, andai saja saya ada keluarga yang sayangkan saya."

"Kenapa? Kau ada masalah keluarga ke?" Syam rasa berminat untuk ketahuinya.

"Tak ada apa-apalah. Saya nak naik bilik." Irsyad kembali menuju ke arah tangga.

"Irsyad. Kalau ada apa-apa masalah. Kau boleh beritahu aku. Aku ada je nak dengar masalah kau. Tak kisahlah masalah peribadi atau bukan peribadi. Kalau aku boleh tolong, aku akan tolong. Yang pasti kau tak buat masalah besar." Syam berpesan kepada Irsyad.

"Okay." Dia terus menapak naik anak tangga menuju ke biliknya.

A.K.U : NAMA AKU RaSISTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang