Telefon pintar milik seseorang berbunyi menandakan mesej diterima. Seseorang yang berada di dalam selimut segera mencapai telefon pintarnya di bawah bantal. Ikon WhatsApp ditekan. Mesej tersebut daripada Syam.
Syam : Hai, dah tidur ke?
APX : Ya. Kenapa?
Syam : Aku ada berita gembira.
APX : Berita apa?
Syam : Aku akan bunuh kau.
APX : Apa? Apa kau merepek ni? Kau kata, kau nak tolong aku. Kau tipu aku?
Syam : Aku tak tipu kau. Tapi aku memang akan bunuh kau atas permintaan seseorang.
APX : Siapa?
Syam : Kau cuba teka.
APX : Perempuan tu, kan?
Syam : Yes. Delina Rose. Atau aku patut panggil mak tiri kau, Puan Nadiana Rahimah Binti Hussien.
APX : Aku tak sangka kau sanggup berkomplot dengan dia.
Syam : Hahahahaha... Kau percaya ke? Aku nak bunuh kau atau aku nak tolong kau?
APX : Apa maksud kau?
Syam : Maksud aku, kalau tak boleh guna cara biasa. Kita guna cara luar biasa. Mungkin kau boleh bunuh dia dari dalam kalau kau tak boleh bunuh dia dari luar.
APX : Dari dalam?
Syam : Ya. Aku dah setuju nak berjumpa dengan dia di satu tempat untuk mendapatkan wang pendahuluan misi membunuh kau.
APX : Kauuuuuu!!
Syam : Sabar. Aku tak habis cakap lagi.
APX : Cepatlah cakap!
Syam : Aku nak kau yang pergi ambil wang pendahuluan tu. Itu kan duit ayah kau.
APX : Apa? Kau sengaja nak perangkap aku ke?
Syam : Tak. Aku tak perangkap kau.
APX : Dia tahu muka aku. Dia tahu cara aku berpakaian sebab aku pernah cuba bunuh dia.
Syam : Kau ada otak tak?
APX : Ada la.
Syam : Apa guna bakat kau kalau kau tak pernah guna untuk kebaikan diri, Mr. Cosplayer.
APX : Maksud kau, aku kena menyamar?
Syam : Ya. Guna The Power Of Makeup.
APX : Tapi aku tak yakin.
Syam : Kau kenal Erzen, kan?
APX : Ya.
Syam : Kau ada pedang.
APX : Ya.
Syam : Kau ada pistol.
APX : Ya.
Syam : Kau ada topeng full face?
APX : Ya.
Syam : Kau ada pakaian hitam? SELAIN JAKET BERHUD yang kau selalu pakai.
APX : Ada.
Syam : Kau guna la. Dan kau jangan sebut nama aku sebab aku guna nama lain.
APX : Nama apa kau guna?
Syam : Aron Raiz. Pembunuh upahan.
APX : Okay. Thanks.

ANDA SEDANG MEMBACA
A.K.U : NAMA AKU RaSIS
Mystère / ThrillerDatin Baizura telah berjaya melahirkan anak perempuan, iaitu adik bongsu Syam. Namun, Syam tidak mahu adik selepas dirinya. Dia merasakan dirinya diabaikan. Syam berusaha untuk memberikan adiknya kepada rakan-rakannya kerana dia tidak mahukan adikny...