BAB 6

465 43 0
                                        

Kedengaran bunyi papan kekunci yang pantas ditekan oleh seseorang dalam sebuah bilik yang terang. Wajah si pengguna komputer riba jenama Acer tidak dapat dilihat dengan jelas kerana diselindungi oleh hud merah yang berada di atas kepalanya. Walau bagaimana pun, senyuman yang terukir pada wajahnya jelas dapat dilihat.

Pintu bilik diketuk oleh seseorang. Dia pantas melihat ke arah pintu tersebut. Pada masa yang sama jari-jemarinya berhenti menaip.

"Assalammualaikum. Izwan~ Jom makan tengah hari sama-sama. Syafiq dah siap masak." Kata Syam selepas mengetuk pintu bilik Izwan.

Izwan berdecit geram sebelum berkata. "Kejap lagilah. Aku ada kerja ni."

"Kerja? Ummm... Tak apalah. Nanti turun makan, ya. Syafiq masak sedap. Ada kari ayam dan sayur campur. Kalau kau lambat, aku makan habis kari ayam. Bye." Syam sengaja berseloroh.

Izwan mengetap bibir sebelum segala fail dan dokumen disimpan. Komputer riba ditutup. "Aku tak akan biarkan kari ayam dimakan oleh orang lain. Laparnya." Dia mengeluh.

Hud di atas kepala diturunkan. Dia membuka zip baju sejuk yang dipakainya. Maka, kelihatan singlet hitam yang dipakai pada bahagian dalam baju sejuk tersebut. Selepas itu, dia membuka pintu bilik dan keluar dari situ. Pintu kembali ditutup.

Sementara itu, Syam sedang menyendukkan nasi ke dalam pinggannya dan diletakkan di atas meja makan. Syafiq pula sedang minum jus oren sambil melihat perbualan melalui aplikasi WhatsApp di dalam telefon pintar miliknya.

"Hai." Sapa Izwan dengan suara yang malas.

Masing-masing melihat ke arah Izwan. "Hai."

"Dah mandi ke belum ni?" Syafiq pantas bertanya dengan wajah serius.

"Dah mandilah. Tadi sibuk edit gambar dan siapkan cerpen." Izwan duduk di sebelah Syam lalu mencapai senduk nasi yang berada di dalam periuk nasi.

"Eh? Kau pun masuk juga ke penulisan cerpen bulan ni? Masuk genre mana?" Syam bertanya dengan penuh minat.

Nasi disenduk masuk ke dalam pinggan yang berada di hadapannya. "Seram."

"Cerita hantu?" Syafiq bertanya sambil menggaul nasinya.

"Ya. Lembaga Malam."

"Seramnya." Kata Syam lalu sambung kunyah nasi.

"Syafiq. Nazrul kata minggu ni ada budak baru nak masuk sini. Bila dia nak datang?" Izwan terus tukar topik.

"Oh, budak tu nak masuk sini esok. Sebab tu semalam aku sibuk kemas rumah. Korang pula sibuk sepahkan rumah." Kata Syafiq.

"Esok? Dia nak duduk bilik mana?"

"Bilik Zakuan. Kan Zakuan dah pindah semalam. Dia dah jumpa rumah yang dekat dengan tempat kerja dia. Bukan dia ada datang bilik kau ucap selamat tinggal ke?"

"Semalam?" Izwan berfikir seketika. "Oh, masa tu aku tidur. Aku ingat mimpi. Sorry."

Syam ketawa. "Kasihan, Zakuan."

"Ni mesti main game tak ingat dunia. Lepas tu tidur pagi sampai petang. Hari ni baru nak siapkan kerja tu." Syafiq membebel.

"Alaaa... Syafiq. Janganlah membebel macam mak aku. Aku sedih, tahu tak?"

"Apa kaitannya?"

"Kaitannya ialah aku rindu mak aku dekat kampung. Aku nak balik sana tapi tiket bas habis." Izwan mula berlakon sedih.

"Konon je kau tu. Rumah kau bukan jauh pun. Selangor je. Kenapalah kau tak ikut je Syam balik?" Syafiq mempersoalkan hal tersebut kepada Izwan.

Izwan terdiam seketika. "Jemput makan semua. Sedapnya kari ayam Syafiq masak ni." Ujarnya untuk lari daripada menjawab soalan tersebut.

"Cepat betul tukar topik." Bicara hati Syam dan Syafiq yang sudah biasa terhadap sikap Izwan, iaitu cepat tukar topik jika dia sudah tiada jawapan.

A.K.U : NAMA AKU RaSISTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang