BAB 16

343 36 0
                                        

Syam terlena di dalam perpustakaan. Nazrul dan Bray menghampiri Syam di sebuah meja yang terletak tidak jauh dari kaunter peminjaman buku. Bray meletakkan dua buah buku yang dipinjamnya di atas meja tersebut.

"Syam. Hei, bangunlah. Kau tak nak balik ke?" Bray menggoyang-goyangkan bahu Syam.

"Angkat jelah." Cadang Nazrul.

"Kau angkat. Aku kemas barang dia. Bawa dia masuk kereta aku."

"Tapi dia bawa kereta. Aku bawa motor." Beritahu Nazrul kepada Bray.

Bray mengeluh. "Kalau macam tu, nanti kau hantar aku ke sini semula. Aku bawa kereta Syam balik."

"Okay."

*

Perlahan-lahan Syam membuka matanya. Dia melihat ke arah ruangan yang berada di hadapannya pada ketika ini. "Bila masa aku balik bilik?"

Pintu bilik dibuka oleh seseorang. Seekor patung beruang berjalan masuk ke dalam bilik Syam. Ada tangan seseorang yang memegang telinga patung tersebut. Syam duduk di atas katil dan melihat Ebby ditinggalkan di tepi dinding dan pintu ditutup.

"Tunggu." Kata Syam kepada orang tersebut.

Orang itu berdiri di hadapan pintu sambil menggalas beg sandang. Siang hari juga dia berhud hitam. "Ada apa? Aku nak pergi kuliah."

Syam diam seketika. "Tak apalah. Nantilah aku cakap. Hati-hati."

"Ya." Dia terus menapak turun anak tangga.

Syam kembali baring di atas katil. "Erzen, aku patut tolong dia? Aku pun tak pasti perkara yang aku buat ni betul atau tak. Tapi yang pasti, aku rasa macam menarik." Syam bermonolog sendirian.

Tiada sesiapa yang tahu punca Syam ketawa selepas berkata sedemikian. Namun, dia bukanlah Syam tetapi RaSIS. Hanya RaSIS yang mengetahui identiti sebenar lelaki misteri dan hubungan Ebby dengan orang itu. Dia juga tidak pernah perkenalkan dirinya sebagai 'RaSIS' kepada orang itu kerana dia tidak mahu menjelaskan apa-apa tentang dirinya kepada orang itu. Dia hanya membiarkan sahaja orang itu berfikir bahawa dirinya ialah Syam Syahrul Azmi.

Pada masa yang sama, Irsyad sedang menapak naik anak tangga menuju ke arah tingkat dua bersama-sama dengan secawan milo suam. Tujuannya ialah untuk naik ke tingkat tiga tetapi langkahnya terhenti apabila terdengar RaSIS ketawa di dalam bilik. Disebabkan dia terkejut, milo suam yang berada di dalam cawan tersebut bergongcang.

"Si... Siapa yang ketawa tu? Kenapa seram sangat?" Irsyad cuak. Kaku di atas tangga.

"Irsyad."

Irsyad menjerit apabila namanya dipanggil. Hampir sahaja dia terlepas cawan yang dibawanya itu. Namun, Syafiq sempat menyambut cawan tersebut.

"Apa hal kau ni?" Syafiq bengang.

"Tatatatatataaaa..." Dia sangat ketakutan sehingga gagap.

"Apa 'ta'?"

"Tadi saya terdengar orang ketawa dekat tingkat dua. Hantu ke?" Irsyad menggigil.

"Orang ke hantu? Kau ni cakap mana satu?" Syafiq mengeluh. Dia berjalan ke arah biliknya yang terletak berhampiran dengan kawasan tangga tersebut.

"Betul. Tak tipu." Irsyad cuba meyakinkan Syafiq.

"Dahlah. Pergi naik bilik tu. Study. Nah, cawan kau." Syafiq menyerahkan cawan yang disambutnya tadi.

Irsyad segera mengambil cawan tersebut dan terus menapak naik anak tangga menuju ke arah biliknya. Syafiq pula masih berdiri di hadapan pintu bilik. Dia sempat melihat ke arah pintu bilik Syam sebelum dia memulas tombol pintu biliknya.

A.K.U : NAMA AKU RaSISTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang