Cuti semester sudah pun tiba. Syam bercadang mahu pulang ke rumah keluarganya. Maka, pada malam tersebut dia bersiap-siap mengemas barang sehingga tengah malam. Setelah selesai dia mengemas pakaian di dalam beg sandang, dia merebahkan dirinya di atas katil dan terlena. Selepas setengah jam dia beradu, dia terjaga dari lena apabila terdengar bunyi deringan telefon pintar yang berada di sebelah kanan bantal alas kepala. Telefon dicapai dan panggilan dijawab.
"Hello?" Dia duduk di atas katil lalu menguap.
"Cuti ni, Syam balik rumah tak?"
"Oh, Abang Raz rupanya. Entah. Syam tak kata apa-apa pun dekat saya. Saya pun baru je bangun tidur."
"Err... RaSIS ke ni?"
"Ya la. Siapa lagi kalau bukan saya?"
"Tapi kenapa RaSIS datang sini? Ada orang buru Syam lagi ke?" Suara Raz kedengaran cemas.
"Tak ada. Cuma ada hal sikit malam ni. Abang janganlah risau. Saya tahu jaga diri. Okay la. Good night." Panggilan ditamatkan. Telefon pintar tersebut diletakkan ke tempat asalnya tadi. RaSIS berdiri dari katil dan keluar dari biliknya. Langkahnya kini menuju ke arah kawasan dapur kerana berasa dahaga.
Pintu rumah dibuka oleh seseorang selepas bunyi kereta berhenti. RaSIS keluar dari kawasan dapur dengan secawan milo suam pada tangan kanannya apabila terdengar pintu rumah ditutup. Kemudian, dia melihat ke arah lelaki yang berhud di hadapan pintu rumah tersebut. Lelaki itu sedang memegang bahu kirinya.
"Awalnya balik. Biasanya kau balik tengah malam." RaSIS menuju ke arah ruang tamu dan meletakkan cawannya di atas meja ruang tamu.
Lelaki itu pula membuka penutup mulutnya. "Syam. Tolong aku."
RaSIS kembali melihat ke arah lelaki itu. "Tolong apa?" Pandangan RaSIS tertacap ke arah lantai yang berdarah.
"Kau..." Dia terkejut, lantas dia mencapai beberapa helai tisu yang berada di atas meja tersebut.
Sehelai tisu dilap pada hujung jari lelaki tersebut, tempat menitisnya darah. Tisu selebihnya dilap pada lantai sehingga bersih. "Masuk bilik aku. Pastikan darah tak menitis merata-rata. Macam mana boleh jadi macam ni? Kau pergi mana?" RaSIS sedikit bengang terhadap kejadian tersebut.
"Aku minta maaf." Dia berjalan menuju ke arah tangga untuk ke bilik Syam.
*
Selepas selesai sesi mengeluarkan peluru daripada bahu kiri lelaki tersebut dan merawatnya, RaSIS membiarkan lelaki itu terlena di atas katilnya sambil memeluk patung beruang bernama Ebby. Lampu bilik ditutup dan RaSIS keluar dari bilik tersebut.
"Berani betul dia pergi ke sana. Habis kereta aku bercalar. Lebih baik aku pergi tengok kereta aku." RaSIS pantas keluar dari rumah dan melihat keadaan keretanya di garaj kenderaan, Honda berwarna hitam.
Selepas puas dia melihat keseluruhan kenderaannya. Dia berasa puas hati kerana tiada sebarang kerosakan dan calar. Hal darah lelaki itu tiada masalah. RaSIS hanya perlu membasuh pelapik tempat duduk pemandu sahaja.
*
Pintu bilik Syam diketuk. "Syam. Sarapan dah siap. Dah pukul berapa dah ni? Bila kau nak bangun. Aku nak pergi kerja ni. Nanti panggilkan deorang makan sekali. Korang hari cuti macam ni, terbongkang tak ingat dunia. Yang pergi kerja pagi pun malas nak bangun awal. Aku dah tak tahu nak cakap apa lagi. Dah ketuk pintu banyak kali suruh pergi kerja. Kalau aku tak panggil, kata aku tak ambil berat pula. Aku panggil, buat pekak je..." Syafiq mula membebel panjang lebar. Semakin hari semakin panjang ceramah pagi di dalam rumah ni.
Penghuni bilik Syam menutup kedua-dua telinganya di dalam selimut. "Pagi-pagi dia tak membebel tak boleh ke?"
"Aku pergi kerja dulu. Bye." Kata Syafiq sebelum berlalu pergi.
![](https://img.wattpad.com/cover/149094241-288-k66083.jpg)
YOU ARE READING
A.K.U : NAMA AKU RaSIS
Misteri / ThrillerDatin Baizura telah berjaya melahirkan anak perempuan, iaitu adik bongsu Syam. Namun, Syam tidak mahu adik selepas dirinya. Dia merasakan dirinya diabaikan. Syam berusaha untuk memberikan adiknya kepada rakan-rakannya kerana dia tidak mahukan adikny...