BAB 26

347 40 0
                                        

Pintu bilik bacaan dibuka. Seseorang keluar dari bilik tersebut. Dia terus menuju ke arah tangga dan menapak turun anak tangga untuk menuju ke kawasan dapur. Tudung saji di atas meja diangkat. Terdapat bihun goreng, telur goreng, jagung bakar dan sayur campur di atas meja makan. Tudung saji dialihkan di atas sebuah kerusi. Selepas itu, dia pergi ke arah peti sejuk. Pintu peti sejuk dibuka dan sebuah jug plastik berisi air anggur dikeluarkan dari peti sejuk. Kemudian, dia menuju ke arah rak pinggan mangkuk dan cawan.

"Mana semua orang? Sepi je rumah." Pinggan, cawan dan jug dibawa ke meja makan.

Kedengaran bunyi kereta berhenti di hadapan rumah. Seseorang membuka pintu rumah dan masuk ke dalam rumah. Ketika ini, lelaki tersebut sedang menuang minuman ke dalam cawan.

Syafiq merebahkan dirinya di atas sofa. "Penatnya. Macam-macam hal la adik aku ni. Awal-awal tak nak cakap warna pelamin. Aku dah pilih, baru dia telefon beritahu warna pelamin. Rasa nak cubit je pipi dia tu."

"Rehat kejaplah. Lepas ni nak kena masak. Malas pula nak turun naik tangga pergi bilik."

Seseorang yang berada di meja makan, senyap-senyap menghabiskan makanan yang ada. "Dia dah balik."

*

Tiga orang jejaka sedang menghabiskan masa mereka di sebuah pusat membeli belah. Tidak membeli barang, sebaliknya hanya mencuci mata. Kemudian, mereka bertiga pergi ke sebuah kedai sushi berhampiran.

"Rasa tak lengkap bila tak ada Syam bersama-sama dengan kita." Safuan mengeluh. Dia bersandar pada kerusi.

Fahmi menyedut coconut shake dari dalam gelas. "Tadi aku chat dia. Dia ada dating hari ni."

"Oh, dating. Bagus juga. Bukan selalu dia dapat laungkan masa dengan Enes." Bray meletakkan telefon pintar di atas meja selepas selesai menaip mesej kepada seseorang.

Pintu kedai sushi tersebut dibuka oleh penyambut tetamu. Bray melihat ke arah pintu tersebut. Mereka berdua turut melihat ke arah yang sama. Dua orang jejaka masuk ke dalam kedai sushi itu. Bray berdiri dan melambai-lambaikan tangan. Dua orang pelanggan yang baru masuk tadi berjalan menuju ke arah Bray.

"Korang apa khabar?" Bray menghulurkan tangan kepada Andi. Mereka bersalaman.

"Khabar baik." Jawab Andi.

Bray bersalaman pula dengan Salleh. "Alhamdulillah. Sihat je."

Safuan dan Fahmi turut bersalaman dengan Andi dan Salleh selepas mereka berdiri.

"Kenalkan. Ni Fahmi. Kawan kami masa sekolah dulu. Jiran sebelah meja Safuan." Beritahu Bray. Fahmi hanya senyum kepada dua orang rakan baru yang ditemuinya itu.

"Saya, Andi. Ni kawan saya, Salleh."

"Syam mana?" Salleh bertanya kepada mereka.

"Syam pergi dating dengan kekasih dia." Jawab Safuan tanpa ragu-ragu.

"Wah, untungnya." Kata Andi.

"Ha'ah... Untung sangat." Safuan kelihatan sedih.

"Kenapa?" Soal Andi.

"Saya ni tiada sesiapa yang nak jadi kekasih saya. Asyik kena rejek je. Sedih." Safuan berdrama.

"Belum tiba masa lagi. Sabarlah." Bray tepuk bahu rakannya itu.

"Bray, saya ada benda nak bincang dengan awak. Tapi..." Kata-kata Andi tamat di situ.

Bray senyum sebagai tanda faham. "Boleh. Nak jumpa Syam sekali?"

"Hmmm... Kalau dia tak sibuk." Kata Andi.

"Apa kes ni?" Safuan menyampuk.

Bray menepuk bahu kanan Safuan. "Tak ada apa. Hal peribadi."

"Ya la. Kau orang penting Syam. Aku faham." Katanya dengan nada merajuk.

"Awak merajuk ke?" Soal Andi.

"Tak." Pantas Safuan menjawab.

*

Syam berpusing di atas kerusi di dalam biliknya. Dia sedang berfikir. Pada tangan kanannya terdapat sepucuk pistol yang dihalakan ke hadapan. Pistol yang dilengkapi dengan penyerap bunyi. Pistol tersebut sempat diambil ketika kes penculikannya. Itu pistol milik penjenayah tersebut.

Kerusi berhenti berpusing. Dia menghala ke arah komputer riba yang berada di atas meja. Siku tangan kanan ditempatkan di atas meja dan menampung dagunya menggunakan belakang tangannya. Matanya melihat ke arah komputer riba. Dia senyum melihat paparan tetingkap Facebook milik seorang wanita bekerjaya sebagai pengeluar beg tangan.

"Apa patut aku buat? 'Pencarian bodyguard yang hebat dan kuat'. Aku patut sertai? Tak boleh sasarkan dari luar. Apa kata aku sasarkan dari dalam." Kata Syam atau lebih tepat lagi ialah RaSIS yang mula merangcang tindakan seterusnya untuk membantu seseorang membalas dendam.

Ikon mesej pada Facebook ditekan menggunakan tangan kiri kerana tangan kanannya masih berada dalam posisi tersebut. Dia mula menaip sesuatu dan dihantar kepada pengguna Facebook bernama Delina Rose.

DEVIL EYES : Hai, apa khabar? Saya, Aron. Saya tertarik untuk sertai tawaran bodyguard.

"Send." Kata RaSIS dengan senyuman puas.

Tidak lama selepas itu, mesej dibalas oleh Delina Rose.

Delina Rose : Khabar baik. Saya, Delina Rose. Apa yang menyebabkan kamu berminat untuk terima tawaran tu? Duit? Atau kamu ada kemahiran?

DEVIL EYES : Saya berminat sebab saya dah lama tak bekerja.

Delina Rose : Kerja? Siapa kamu?

DEVIL EYES : Aron Raiz.

Delina Rose : Maksud saya, siapa diri kamu sebenarnya?

DEVIL EYES : Pembunuh upahan.

Delina Rose : Pembunuh upahan? Rasanya saya ada kerja lagi bagus daripada jadi bodyguard.

DEVIL EYES : Kerja apa?

Delina Rose : Saya nak kamu bunuh seseorang. Harga ganjaran penuh RM30000. Setuju?

DEVIL EYES : Menarik. Siapa yang perlu saya bunuh?

Beberapa minit selepas itu, muncul gambar seorang remaja lelaki. RaSIS tersenyum melihat gambar tersebut. "Aku dah agak."

DEVIL EYES : Boleh. Tapi kena bagi ganjaran awalan dulu.

Delina Rose : Okay. Nanti saya bank in. Bagi nombor akaun.

DEVIL EYES : Sorry. Saya tak ada akaun bank. Biasa saya ambil ganjaran face to face. Jadi?

Delina Rose : Baiklah. Kalau macam tu. Kita jumpa. Lokasi saya akan beri nanti. Nombor telefon?

DEVIL EYES : Saya tak guna nombor telefon. Telefon lama saya hilang. Telefon baru tak ada kad sim. Disebabkan kita berhubung dengan Facebook. Mungkin cara itu lebih bagus.

Delina Rose : Okay. Esok kita jumpa.

DEVIL EYES : Terima kasih.

10 minit selepas itu, Delina Rose menghantar nama lokasi yang menjadi tempat pertemuan mereka. RaSIS bersandar pada kerusi. Pistol diletakkan di atas meja.

"Step by step." Dia senyum dan ketawa.

"Ya. Aku patut bersyukur sebab aku ada kau, Aron Raiz." Matanya melihat nama pengguna Facebook yang dia guna, iaitu DEVIL EYES. Akaun tersebut dicipta sendiri oleh RaSIS sejak dia terlibat dalam kes orang misteri di dalam rumahnya itu.

Kerusi dipusingkan oleh RaSIS. "Aron. Aron. Aron." Dia ketawa. Sepantas kilat dia mencapai pistol di atas meja sambil berpusing di atas kerusi. "Jangan marahkan aku sebab aku guna nama kau, Aron Raiz. Terima kasih."

A.K.U : NAMA AKU RaSISTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang