Syam berbaring di atas katil selepas dia selamat tiba di dalam biliknya iaitu di sebuah rumah sewa berhampiran UKM. Beg sandang dan beberapa beg plastik yang berisi makanan di biarkan berada di tepi almari pakaiannya.
Syam mengiring ke kanan, ada patung beruang warna putih dengan riben berwarna merah pada leher. Syam mengiring ke kiri, ada patung beruang putih dengan topi berwarna coklat. Kemudian, Syam angkat tangan kanan ke atas dan mencapai satu lagi patung beruang putih yang memakai riben merah jambu pada telinga kanan. Patung beruang yang berada di atas katil Syam bukan hanya tiga malah tujuh. Lima lagi patung beruang berwarna putih berada di atas kepala katil yang seakan-akan meja. Semua itu ialah milik Aron.
"Kenapa aku rasa patung beruang ni semakin bertambah? Dia beranak ke?" Syam mempersoalkan hal tersebut sambil mengangkat patung beruang beriben merah jambu di hadapan mukanya.
Pintu bilik tiba-tiba dibuka tanpa diketuk. Syam terus melihat ke arah pintu bilik. Orang yang berada di hadapan pintu bilik Syam yang terkejut melihat Syam berada di atas katil dengan tiga ekor patung beruang.
"Hehehe... Sorry. Tak ketuk pintu." Pintu kembali ditutup dan diketuk. "Assalammualaikum."
"Waalaikummusalam. Masuklah." Syam pula rasa hairan dengan sikap rakan serumahnya itu.
"Apa hal pula dengan Nazrul ni? Terhendap-hendap bilik aku."
Nazrul masuk ke dalam bilik Syam sambil mengorokkan kedua-dua tangannya ke belakang. "Sorry la. Aku tak berniat nak ceroboh masuk bilik kau. Aku cuma nak buat kejutan je tapi aku pula yang terkejut."
Syam segera duduk di atas katilnya. "Kejutan?"
Nazrul keluarkan tangan yang disembunyikan tadi. Terdapat sekotak hadiah yang dibalut dengan pembalut hadiah berwarna merah dilengkapi riben berwarna putih. "Happy birthday, Syam.
"Eh?"
"Err... Hari tu birthday kau, aku seorang je yang tak bagi hadiah lagi. Aku harap kau boleh terima hadiah yang biasa-biasa ni." Nazrul berjalan menghampiri Syam. Hadiah dihulurkan kepada Syam.
Syam menerima hadiah tersebut. "Terima kasih. Kasihan kau. Susah-susah je bagi hadiah. Aku pula rasa bersalah."
"Eh? Taklah. Janganlah rasa bersalah. Aku ikhlas bagi hadiah dekat kau. Err... Aku masuk bilik dulu lah, ya. Nak siap-siap pergi kerja." Kata Nazrul sebelum keluar dari bilik tersebut. Pintu bilik ditutup.
"Hadiah apa yang dia bagi ni?" Syam terus membuka hadiah tersebut.
Alangkah terkejutnya Syam apabila membuka kotak hadiah yang sebesar buku novelnya itu. "Seluar dalam?"
Kemudian, dia mengambil sepucuk surat yang berlibat. Surat dibuka dan dibaca. "Happy birthday, Syam. Semoga panjang umur dan murah rezeki. Aku tak tahu nak beli apa untuk bagi dekat kau. Banyak benda yang aku nak beli tapi harga mahal sangat. Aku rasa aku tak mampu. Aku hanya mampu beli ni je sebab baru ni ada potongan harga 80% sebab nak habiskan stok. Nak buat macam mana? Aku kerja dekat shopping mall tu tak sampai sebulan pun. Aku minta maaf kalau tak menyenangkan kau. Bye."
Syam ketawa selepas membaca surat tersebut. "Ni betul-betul buat aku terkejut."
*
Syam turun ke dapur apabila terbau aura yang menyelerakan dari dapur. Ketika ini seseorang berapron hitam dengan gambar tapak kaki kucing berwarna putih sedang memasak di dapur. Syam menghampiri periuk kari yang berada di atas dapur. Dia melihat ke arah kari yang mendidih di dalam periuk tersebut. Si tukang masak pula sedang memasak sayur campur di atas dapur bersebelahan dengan periuk kari tersebut..
"Manu hari ni kari ayam dengan sayur campur. Sedapnya. Untung dalam rumah ni ada Chef Syafiq." Kata Syam sebelum berjalan ke arah rak gelas.
"Bila kau balik?" Syafiq bertanya kepada Syam.
Syam capai gelas dan dibawanya ke meja makan. Jus oren di dalam jug dituang ke dalam gelas. "Aku balik pagi tadi. Pagi tadi kau pergi mana? Tak nampak pun kereta." Syam duduk di atas kerusi berhampirannya.
"Pergi pasar raya beli barang dapur."
Syam sempat meneguk jus oren sebelum bertanya. "Duit aku bagi untuk beli barang dapur ada lebih lagi ke? Kalau dah habis nanti aku bagi lagi."
"Ada lagi RM200. Untuk bulan ni cukup rasanya." Api dapur dipadamkan selepas selesai memasak sayur campur dan kari ayam.
"Izwan mana?" Syam bertanya kepada Syafiq.
"Berkurung dalam bilik kot. Motor dia ada dekat luar." Jawab Syafiq sambil mencapai dua biji mangkuk dari rak pinggan mangkuk.
Syam berdiri dari kerusi. "Aku panggil dia turun makan kejap." Syam terus beredar dari situ.
"Pergilah." Kata Syafiq sambil mengacau kari ayam menggunakan senduk.

ANDA SEDANG MEMBACA
A.K.U : NAMA AKU RaSIS
Misterio / SuspensoDatin Baizura telah berjaya melahirkan anak perempuan, iaitu adik bongsu Syam. Namun, Syam tidak mahu adik selepas dirinya. Dia merasakan dirinya diabaikan. Syam berusaha untuk memberikan adiknya kepada rakan-rakannya kerana dia tidak mahukan adikny...