Syam membuka mata. Dia berada di dalam wad. Dia mengeluh. "Bosannya."
"Tahu pun bosan. Lain kali jangan nakal sangat." Kata seorang wanita di sebelah kanannya, Enes.
"Salahkah saya nak selamatkan kawan saya?" Soalnya berpandukan kata-kata RaSIS yang berada dalam mindanya pada ketika ini.
"Tak salah. Tapi cara awak tu salah. Awak tahu kan pedang Erzen dan dirampas oleh polis? Awak tak ada lesen senjata. Simpan pedang import pula tu." Enes membebel.
"Ummm... Tapi apa saya nak jawab kalau Erzen cari pedang dia?" Syam duduk di atas katil.
Enes mengeluarkan pisau dari beg tangannya. Kemudian, dia memotong buah epal merah yang berada di atas pinggan. "Awak jawablah sendiri."
Syam hanya memerhati. "Bagi dia hadiah pisaulah. Pisau tak perlukan lesen senjata."
"Eh? Awak ni dah kenapa?"
Syam senyum. "Tak ada apa-apa."
"Macam mana dengan ketarangan polis semalam? Ada masalah?"
"Okay je. Lagi pun saya tak ingat sangat apa yang dah berlaku masa kes pembunuhan tiga orang lelaki sebelum ini." Syam membuka mulut ketika Enes menyuap potongan epal kepadanya.
"Habis tu siapa yang buat?"
"Entah. Biarlah. Kes dah tutup. Lagi pun saya ni 'unik'." Syam mengenyit mata kanan kepada Enes.
Enes mencubit pipi Syam. "Unik la sangat awak tu. Geram saya rasa. Ada masalah bukan nak kongsi dengan saya. Sedih tahu tak?"
"Sorry. Nanti saya kongsi dengan awak semua masalah saya. Termasuklah masalah saya rasa nak muntah sekarang."
"Muntah? Kejap kejap. Saya nak cari tong sampah." Enes kelam-kabut. Syam ketawa.
"Awak saja mainkan saya, ya." Enes geram terhadap gurauan Syam.
"Awak marah saya?" Syam berubah perangai seperti kebudak-budakkan.
Pisau dan buah epal diletakkan di atas pinggan. "Eh? Syam. Awak okay ke?" Enes mula risau.
Syam pandang Enes dengan pandangan manja. "Awak marah saya?" Dia main jari-jemarinya.
"Saya... Saya tak marah awak. Saya sayang awak." Wajah Enes berona merah.
Syam senyum ceria. "Kalau awak sayang saya. Boleh saya peluk awak?"
"Tidak! Aron!" Enes menjerit. Enes menjauhkan diri dari katil Syam.
Syam ketawa. "Saya gurau je la. Saja nak tengok reaksi awak. Comel."
"Syam!" Enes geram kerana perasaannya dipermainkan oleh Syam.
*
Irsyad berdiri di hadapan pintu rumahnya. Dia bukan lagi Irsyad tetapi Insyirah. Dia kembali ke rumahnya kerana permintaan dan rayuan daripada ibu bapanya. Selama ini mereka telah membuat kesilapan yang besar terhadap Insyirah. Namun, kebenaran akhirnya terungkap apabila si subahat telah membuka mulut dan cerita hal sebenarnya. Lelaki yang menghantar gambar-gambar tidak senonoh kepada keluarga Insyirah juga telah meninggal dunia akibat dibunuh oleh Syam ketika kes penculikannya itu. Ternyata lelaki tua yang menjadi ketua dalam kes penculikan itu ialah orang yang sama telah merosakkan nama baik Insyirah.
"Assalammualaikum." Sapa Insyirah di hadapan pintu.
Kedua ibu bapanya keluar ke muka pintu. "Waalaikummusalam." Mereka kelihatan gembira apabila melihat anak mereka sanggup kembali ke rumah setelah dihalau dari rumah.

ANDA SEDANG MEMBACA
A.K.U : NAMA AKU RaSIS
Mystery / ThrillerDatin Baizura telah berjaya melahirkan anak perempuan, iaitu adik bongsu Syam. Namun, Syam tidak mahu adik selepas dirinya. Dia merasakan dirinya diabaikan. Syam berusaha untuk memberikan adiknya kepada rakan-rakannya kerana dia tidak mahukan adikny...