EXTRA : RAYA (4)

317 35 2
                                    

Nana berdiri di hadapan Syam yang tertidur di bawah pokok rambutan. Dia penat bermain kejar-kejar dengan Ayuni. Kini, Ayuni mengikuti ibu bapanya ke pasar untuk membeli barang-barang persiapan masakan kerana esok merupakan hari raya pertama. Enes dan Rahim juga ikut sama.

"Abang Syam." Panggil Nana. Bahu kanan Syam dicuit beberapa kali sehingga Syam terjaga.

Syam melihat ke arah Nana dalam keadaan mamai. "Kenapa?"

"Nak tidur, masuklah dalam rumah. Tidur sini nanti kena gigit semut."

Perlahan-lahan Syam berdiri. Matanya dipisat-pisat. Dia menguap. Syam memulakan langkahnya. Jalan terhoyong-hayang ke beranda rumah. Nana hanya memerhati. Kemudian, Syam baring di atas sofa yang terletak di ruang tamu. Nana pula duduk di atas sofa bertentangan dengan Syam.

"Abang Syam, saya ada benda nak cakap dengan abang."

"Cakap je la."

Nana mula bertanyakan tentang Aron Raiz dan Erzen Laiss kepada Syam. Tetapi tiada respon. Dia hanya mendengar Syam bertengkur.

Tiba-tiba, Syam terjaga dan jawab soalan dalam keadaan mata masih dipejamkan. Tangan kanannya mencari bantal sofa di belakang badannya. "Tu DID. Tapi abang sendiri tak sangka semua tu wujud. Erzen Laiss muncul masa abang pergi kedai pedang di Jepun. Kebetulan berlaku rompakan depan mata. Lepas tu abang tak ingat apa yang jadi. Yang pasti tuan kedai pedang tu bagi abang sebilah pedang. Harga asalnya mahal. Aron Raiz... Masalah besar dalam kehidupan abang. Dia seorang playboy. Tapi dia tu berguna juga terutama bila cari maklumat dan kemahiran menembak. Kalau nak tahu lagi. Bacalah semua buku-buku yang abang pernah tulis."

"Dan mereka berdua ada dalam group yang sama. Apa makna semua ni?"

"Erzen Laiss, jumpa di mana?"

"Amino. Dalam kumpulan anime."

"Aron Raiz."

"Wattpad. Dia yang minta nak join."

"Abang pula?"

"Errr... Wattpad dan Amino kumpulan Wattpad. Saya yang invate."

Syam menguap. Dia tutup mulut menggunakan belakang tapak tangan kanannya. "Jadi? Ada beza tak dengan DID Nana punya tu?"

"..."

"Daripada apa yang Nana ceritakan kepada abang sepanjang pencarian idea untuk tema tu. Abang rasa ada sesuatu yang pelik."

"Maksud?"

"Maksudnya ialah abang tak akan ingat apa yang identiti lain buat. Kalau ingat pun. Macam mimpi je." Syam membuka mata.

Nana mati kata-kata. Syam pula duduk di atas sofa. Dia menghadap Nana.

"Apa yang Nana alami itu hanya ilusi bukan realiti. Realitinya ialah seseorang yang berada di hadapan Nana sekarang ni. Abang dah lama hadap semua ni. Sangat menyeksakan bila tak dapat kawal diri. Terutama RaSIS."

"RaSIS?"

"Ya. RaSIS. Rahsia Sebenar Identiti Syam (RaSIS). Ramai orang benci abang. Dendam dengan abang. Kalau tak disebabkan mereka. Abang tak akan jadi macam ni. Tak ada sesiapa yang fahami perasaan abang. Tapi entah kenapa abang rasa mahu saja lawan semula dan tamatkan riwayat orang yang menyakitkan hati abang. RaSIS muncul sejak abang terlibat dalam satu penculikan. Pada awalnya, abang rasa takut dengan diri sendiri kerana kebolehan dia. Abang jadi stress apabila fikir tentang perbuatannya berdasarkan kata-kata orang sekeliling. Sejak itu, abang mula mencipta novel-novel demi ketenangan jiwa abang. Abang simpan semua kenangan perit dalam novel tu. Beberapa tahu lepas tu, Erzen dan Aron muncul dalam diri abang. Keadaan jadi semakin rumit. Dalam kes Nana pula. Itu hanya ilusi."

A.K.U : NAMA AKU RaSISWhere stories live. Discover now