BAB 1

644 49 8
                                    

Suasana yang sepi di dalam rumah Dato' Azmi dipenuhi dengan suara ketawa seorang bayi perempuan, Ayuni Amalina Azmi. Ketika ini, Ayuni yang berumur enam bulan berada di ruang tamu bersama-sama dengan Syam. Syam pula duduk di tepi sofa. Manakala, Ayuni duduk di atas toto bayi yang terletak di atas lantai. Mereka bertentangan.

"Lama lagi ke mama memasak?" Syam merungut dalam hati sambil melihat Ayuni ketawa ketika gongcang mainan loceng.

Tanpa diduga, mainan tersebut tercampak kena muka Syam. Ayuni ketawa. Syam pula sudah marah. Syam melihat ke arah Ayuni dengan wajah tidak puas hati. Ayuni terdiam dan senyum.

"Dah. Tak payah main. Asyik tercampak kena muka aku je." Syam meletakkan mainan tersebut di atas sofa. Ayuni pula isap jari tangan kanan.

"Eh? Kotorlah. Jangan isap jari tu. Nak susu ke?" Syam marah Ayuni.

Perlakuan Ayuni terhenti. Ayuni melihat ke arah Syam. Dia ketawa dan angkat tangan ke atas. Mahu didukung. Syam hanya melihat. "Eeee... Tak nak lah dukung. Wekkkk..."

Itulah yang akan terjadi apabila Syam menjaga Ayuni ketika datin sedang mandi, memasak dan sebagainya. Syam terpaksa menjaga Ayuni walaupun dia tidak mahu kerana hanya dia sahaja yang berada di dalam rumah ini bersama-sama datin dan Ayuni. Maklumlah, Syam sedang menunggu surat tawaran sambung belajar ke universiti. Dato' Azmi, Raz dan Ash sedang sibuk dengan urusan masing-masing. Namun, Syam juga sebenarnya sibuk menyiapkan novel terbarunya. Asyik tertangguh sebab perlu jaga Ayuni.

*

Syam hanya memerhati keluarganya sedang bermain-main dengan Ayuni dari koridor biliknya. Mereka kelihatan sangat mesra dan gembira sejak Ayuni berada dalam keluarga tersebut. Syam pula semakin sepi. Wajah Syam yang kelihatan ceria pada suatu ketika dulu, kini semakin hilang. Dia lebih banyak menghabiskan masanya di dalam biliknya.

"Syam." Raz memanggil adiknya apabila melihat Syam berdiri di koridor.

Syam terus tersedar daripada lamunannya. Dia berjalan ke arah tangga dan menapak turun anak tangga menuju ke arah dapur. "Nak bancuh air kejap."

Raz berdiri dari sofa dan berjalan ke arah dapur. Manakala, yang lain masih melayan Ayuni.

"Kenapa dengan abang tu? Kenapa? Ayuni tahu tak kenapa?" Soal Dato' Azmi sambil memicit-micit lembut tangan kanan Ayuni. Ayuni ketawa. Mereka turut ketawa.

Sementara itu, di dapur pula Raz berdiri di hadapan meja makan. Syam pula baru sahaja menutup pintu peti sejuk selepas mencapai sebotol air mineral dari dalam peti sejuk tersebut.

"Syam. Sampai bila Syam nak jadi murung macam ni? Syam tahu tak, Syam je macam ni? Erzen dengan Aron, okay je. Syam..."

"Dah. Syam sibuk. Lain kali borak lagi." Syam mencapai cawan berisi milo panas dan berlalu pergi dari situ bersama-sama botol air mineral sejuk yang di ambilnya dari peti sejuk tadi.

Raz mengeluh. "Syam tak sayang Ayuni ke?" Raz bertanya kepada Syam.

Syam pantas menjawab soalan tersebut sambil berjalan. "Tak."

*

"Hello, Fahmi. Buat apa tu?" Ketika ini Syam sedang berbaring sambil menelefon rakan sekolahnya.

"Aku tengah tengok movie seorang dekat rumah. Kenapa? Nak datang ke?"

"Taklah. Aku nak tanya kau sesuatu."

"Apa? Penting ke?"

"Ya. Penting sangat."

"Cakap je lah. Aku dengar."

"Kau nak adik aku?"

Kebetulan pada masa itu Fahmi sedang minum air kopi. Habis tersembur air kopi di atas meja yang terletak bertentangan dengannya. "Soalan ni sama macam Bray beritahu aku hari tu." Monolognya.

"Kalau Syam beri tawaran, siapa nak adik dia. Kau jangan terima. Cakap je tak nak. Kasihan mama dia." Fahmi teringat perbualan dia dan Bray pada dua hari lepas.

"Errr... Tak apalah Syam. Aku tak nak. Lagi pun mak ayah aku bukan ada dekat dalam negara. Siapa nak jaga adik kau nanti? Aku pula kerja siang balik malam. Kalau overtime, pagi baru balik."

"Kau kerja apa?"

"Aku kerja dekat kedai burger kawan abang aku."

"Okay. Kalau macam tu nanti kau tolong aku tanya kawan-kawan kau yang nak adik perempuan." Syam duduk di atas katil dan berdiri. Langkahnya menuju ke arah tingkap biliknya.

"Errr... Okay. Tapi aku tak janji. Mungkin nanti aku terlupa. Err... Syam. Telefon aku ada panggilan lain masuk. Boss aku telefon. Okay, bye. " Fahmi serba salah mahu berbual panjang dengan Syam.

Panggilan ditamatkan. Syam pula mengeluh. "Siapa nak adik aku? Semua kawan-kawan aku, aku dah tanya. Semuanya tak nak. Tak apa. Mungkin sebab terlalu muda lagi. Tengoklah dalam beberapa tahun lagi. Mesti ada orang nak."

A.K.U : NAMA AKU RaSISWhere stories live. Discover now